Sunday, November 05, 2023

Teroka potensi baharu dalam industri -Sultan T'ganu.

 


Promosi keunikan tujuh pulau di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Keunikan tujuh pulau peranginan utama di negeri ini berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat global.

Pulau berkenaan ialah Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulau Bidong, Pulau Lang Tengah dan Pulau Kapas.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, kerajaan negeri hendaklah meneroka potensi baharu dalam industri terbabit agar dapat memberi nilai tambah kepada aset pelancongan sedia ada.

“Kepelbagaian dan keunikan sumber alam semula jadi bermula dari jajaran pantai sepanjang 244 kilometer, kehijauan hutan hujan tropika, kepelbagaian sumber flora dan fauna, keindahan dasar laut yang memukau.

“Selain itu, khazanah seni, budaya dan warisan yang masih terpelihara merupakan anugerah tidak terhingga daripada Allah SWT buat seluruh rakyat negeri ini.

“Sehubungan itu, kerajaan beta perlu memberi penekanan terhadap penjenamaan produk dengan mengenal pasti Unique Selling Point (USP) yang ditawarkan untuk menarik minat pelancong seperti menjenamakan Terengganu sebagai destinasi pelancongan marin terkemuka di negara ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Baginda juga bertitah kerajaan negeri seharusnya mencari kaedah promosi yang lebih strategik bagi melonjakkan aktiviti pelancongan marin Terengganu.

“Penemuan Bidong Shipwreck yang berusia 500 tahun di Pulau Bidong membuktikan terdapat banyak lagi khazanah dasar laut yang perlu diterokai.

“Justeru itu, Galeri Arkeologi Maritim Terengganu wajar diwujudkan agar segala penemuan berharga ini dapat disimpan di suatu tempat yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan kajian,” titah baginda.

Titah Sultan Mizan, pelancongan marin yang mencakupi aktiviti-aktiviti berkaitan seperti voluntarism program konservasi penyu dan hidupan marin, penganjuran pelbagai acara berimpak tinggi di pulau-pulau, serta menonjolkan kebudayaan negeri melalui penglibatan komuniti setempat perlu diperluaskan.

“Pengiktirafan Geopark Kenyir baru-baru ini, sangat membanggakan dan memberi citra baharu kepada segmentasi ekopelancongan negeri Terengganu yang perlu diterokai lebih mendalam lagi,” titah baginda. HARAKAHDAILY 1/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teroka potensi baharu dalam industri -Sultan T'ganu.

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, k'jaan negeri PAS/PN tetap terus berkongsi rezeki, bantu rakyat miskin.


Di Bachok, bantuan bulanan berupa beras al ita’am dicadang agar ditingkatkan kepada 20 kilogram khusus bagi keluarga atau ibu tunggal, yang mempunyai anak yang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelawat, Zameri Mat Nawang berkata kerajaan melalui penghulu mukim dapat melaksanakan serta mengenal pasti individu terbabit untuk menerima bantuan.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup ketika ini bukan sahaja membabitkan barangan keperluan lain malah makanan ruji rakyat Malaysia, beras turut mengalami kenaikan yang mendadak.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Agihan Beras Ita’am yang diadakan secara bulanan membabitkan 300 penduduk di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jelawat di sini, hari ini.

Kerajaan negeri sejak 2011 melaksanakan skim al Ita’am yang membabitkan 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tetap diteruskan sehingga kini membabitkan peruntukan RM49.1 juta.

Malah bantuan itu dinikmati lebih 13,000 penerima beras 10 kilogram, minyak masak satu kilogram, gula, dan tambahan satu kotak kurma pada bulan Ramadan turut diagihkan kepada penerima.

(ii) Ekonomi negara tambah buruk bila dikenakan caj pembayaran QR. 

Prof Mohd Nazari Ismail

Caj pembayaran QR yang dikenakan oleh mana-mana pihak bank hanya memburukkan lagi keadaan ekonomi yang sedia ada di negara ini.

Pakar ekonomi Islam bebas Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Nazari Ismail berkata, harga-harga barang telah pun meningkat dari semasa ke semasa akibat daripada penurunan nilai mata wang negara ini melalui inflasi.

(iii) Ditambah lagi dengan nilai ringgit jatuh paling rendah angkara riba.

Muhammad Zahid

Di KL, kejatuhan nilai matawang ringgit terkini adalah bukti yang amat kukuh bahawa sistem kewangan negara ini masih berasaskan riba.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetori Malaysia, Muhammad Zahid Abdul Aziz berkata kejatuhan nilai matawang negara iaitu 1 Dolar Amerika (AS$) bersamaan RM4.71 merupakan yang paling rendah berlaku berbanding dengan sebelum ini.

“Kejatuhan nilai matawang mana-mana negara termasuklah Malaysia hanya memberikan kekuatan kepada Dolar AS dan ini membuktikan masih ada lagi sistem ekonomi yang berasaskan riba yang mana sesebuah negara membuat keuntungan di atas kemerosotan ekonomi negara-negara lain,” tegasnya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, setiap mata wang negara ini adalah berasaskan Dolar AS melalui Perjanjian Bretton Woods tahun 1945 dan diikuti dengan perjanjian Petrodollar 1973 yang mana ianya hanya menjamin kekuatan mata wang Amerika Syarikat itu sendiri.

“Maka apa yang terjadi ialah apabila matawang negara-negara lain semakin turun nilainya akibat inflasi maka ianya akan menyebabkan wujudnya persepsi pelbagai pakar ekonomi yang menyatakan lemahnya matawang negara-negara tersebut,

“Namun, apa yang mereka gagal lihat ialah ia berpunca daripada penciptaan wang berasaskan hutang yang turut diamalkan oleh Amerika Syarikat sendiri melalui surat hutang berbentuk Bon Perbendaharaan AS (US Treasury Bond),” ujarnya.

Demikian antara beberapa sedutan ringkas sahaja.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails