Saturday, November 18, 2023

Israel sama DAPmadani, menuju nazak?

 

Penunjuk perasaan berkumpul di depan Rumah Putih di Washington bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin pada Sabtu. - Foto AFP (Gambar kecil: Muhammad Fauzi)

Tujuh petunjuk jelas Israel diambang kehancuran -05 Nov Sinar Harian

SHAH ALAM - Pemimpin Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik masih mempunyai masa untuk membetulkan pendirian dengan memihak kepada Palestin kerana Israel akan hancur.

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, terdapat tujuh petunjuk ringkas bahawa hakikat kemusnahan Israel hampir menjadi kenyataan.

“Antaranya, selain bantuan tunai AS$8 bilion RM37.8 bilion) dari Amerika Syarikat (AS), penghantaran 10,000 tentera dan aset ketenteraan semasa awal Taufan al-Aqsa, negara ini mengambil alih ‘war room’ secara langsung menunjukkan anggapan mereka Israel tidak mampu mempertahankan sendiri.

“Selain itu, kabinet Israel selepas serangan 7 Oktober lalu merupakan gabungan parti pemerintah dan pembangkang yang mana ahli politik Israel bertelagah buat kali pertama ketika menghadapi rakyat Palestin.

“Bacaan mudah dalam persaingan politik, bila seteru bersatu maknanya mereka ada musuh lebih besar yang tidak boleh dihadapi sendirian,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

“Kos perang dalam masa 20 hari pertama sudah menelan belanja sebanyak AS$25 bilion (RM118 bilion) manakala kos harian pula AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion) menunjukkan Israel tidak akan mampu menanggung lagi jika peperangan ini berpanjangan.

“Rakyat Israel turut hilang keyakinan kepada kemampuan negara mempertahankan mereka. Selama puluhan tahun tertanam dalam minda mereka bahawa negara ini terkuat di dunia dan mampu menyerang Iran bila-bila masa.

“Serangan beberapa minit yang menjatuhkan 11 penempatan askar dan 21 penempatan haram Israel sehingga membunuh lebih 1,000 tentera serta menawan lebih 200 tawanan menghilangkan mitos kepercayaan itu dari minda rakyat,” ujarnya.

Menurut Muhammad Fauzi, rakyat Israel yang mempunyai kewarganegaraan lain dan wang juga keluar beramai-ramai kembali ke negara asal selain serangan membabi buta terhadap orang awam hanya dibuat untuk mengembalikan keyakinan bahawa mereka masih kuat.

“Pergerakan ahli politik dan rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertambah kuat apabila semua menafsirkan pemimpin ini sudah hilang kredibiliti untuk memimpin.

“Netanyahu tidak ada pilihan selain meneruskan serangan sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana sumber mengatakan sasarannya adalah 50,000 kematian di Palestin dan ada bacaan beliau akan jatuh dalam tempoh terdekat.

“Pergerakan Iran dan sekutunya Syria; Hizbullah, Lubnan dan Houthi, Yaman sudah berlaku, mungkin juga Iraq tidak lama lagi. Semua mendapat peluang keemasan ini untuk meluaskan projek Hilal Syiah (Syiah Raya) mereka,” jelasnya.

Katanya, jika negara tersebut bersatu menyerang serentak, AS dan sekutunya yang juga sedang sibuk dengan isu Ukraine dan lain-lain belum tentu mampu menyelamatkan Israel.

“Sebahagian pimpinan Fatah sudah mula mengubah cara pandang mereka dan negara Arab seperti Mesir juga sudah menunjukkan ketegasan terhadap Israel dalam beberapa isu kerana sudah membaca arus sekarang bukan lagi berpihak negara berkenaan. S/Harian. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel sama DAPmadani, menuju nazak?

Lihat komen ini..


(i) Benerapa jam lagi pengumuman nama calon PAS bagi Parlimen Kemaman akan dilakukan.


PRK Kemaman: PAS yakin menang majoriti lebih 30,000 undi.

PRK Kemaman: PAS yakin menang majoriti lebih 30,000 undi

Pengarah pilihan raya PAS Sanusi Nor berkata pengundi perlu memberi mesej jelas kepada BN dan PH.

144Shares
facebook sharing button Share
twitter sharing button Tweet
whatsapp sharing button Share
email sharing button Email
Sanusi Nor mengakui pengundi di Kemaman mungkin penat kerana perlu mengundi dalam tiga pilihan raya dalam tempoh 12 bulan.

PETALING JAYA: PAS yakin mampu menang PRK Kemaman dengan majoriti lebih 30,000 undi, kata pengarah pilihan raya parti itu Sanusi Nor.

“Pilihan raya ini tidak perlu diadakan sebenarnya tetapi oleh kerana Umno ini gila, mereka buat petisyen juga walaupun sedar akan kalah.



(ii) Anwar & San Francisco

Anwar tiba di San Francisco untuk mesyuarat APEC | Berita Harian



Seorang wartawan dari Republik Czech, Milan Nosek sedang membawa kamera di Columbus Avenue di kawasan kejiranan North Beach di San Francisco. Nosek dan pasukan wartawan televisyen yang bersamanya telah dirompak kamera mereka dan peralatan lain berhampiran kawasan itu ketika membuat liputan sidang kemuncak APEC. (FOTO: The San Francisco Standard/diedarkan oleh wartawan Bohumil Vostal)


Seramai 21 APEC tiba di San Francisco bagi menghadiri mesyuarat kali ke-30 forum antara kerajaan itu yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 17 Nov ini, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada ham 9.37 malam (Waktu Standard Pasifik), semalam di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pertamanya.

APEC adalah forum antara kerajaan membabitkan 21 ekonomi yang mempromosikan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik; dan sebagai Pengerusi APEC bagi 2023, Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah AELM untuk kali ketiga.

Itu saja mengenai PM M'sia setakat ini..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails