Tuesday, November 14, 2023

DAP dah gila ke? Paksa PAS jadi sekular. Bengong!



Presiden PAS buat panggilan telefon kepada Ketua HAMAS

Yakin kebangkitan di Palestin adalah permulaan ke arah kemenangan


KUALA LUMPUR: Ketua Biro Politik HAMAS, Syeikh Ismail Haniyeh telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, demikian lapor web rasmi pergerakan itu, semalam.

Dalam panggilan tersebut, beliau menyatakan keyakinan mewakili PAS bahawa kebangkitan sedang berlaku di Palestin kini adalah permulaan kepada kemenangan yang nyata.

Tuan Guru Abdul Hadi turut mengesahkan dukungan dan menegaskan solidariti penuh PAS kepada HAMAS dan rakyat Palestin di mana melihat sokongan sama ditunjukkan rakyat Malaysia termasuk negara Islam dan Arab lain.

“Kami berada dalam kedudukan yang sama dengan Palestin. Tua dan muda, lelaki dan wanita. Orang-orang itu (Zionis-Israel) melakukan Holocaust di Gaza,” ujarnya memuji HAMAS dan Al-Qassam telah berada di barisan hadapan negara dan tetap mempunyai pelapis.

Bagi Syeikh Ismail, beliau sangat menghargai pendirian jelas PAS menyokong Palestin dan penentangannya terhadap Israel serta membawa Malaysia untuk mengangkat sokongan ke pentas sejagat.

Beliau turut memaklumkan kepada Presiden PAS itu sebab-sebab pertempuran, akibatnya dan situasi semasa di Semenanjung Gaza, selain menyatakan keteguhan HAMAS memimpin kebangkitan itu sehingga mencapai kemenangan besar.

Syeikh Ismail turut menyeru pelbagai pihak termasuk media untuk membantu rakyat Palestin di segala peringkat, selain membantu mendedahkan jenayah penjajahan serta menyangkal naratif Zionis. – HARAKAHDAILY 31/10/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP dah gila ke?  Paksa PAS jadi sekular. Bengong!  

Lihat komen ini..


(i) DAP dah gila ke? Mahu paksa PAS terima M'sia sebagai negara sekular. Kenapa bengong sangat? 

 

Dalam Muktamar Tahunan PAS ke-69 di IDCC Shah Alam baru-baru ini, Presiden PAS menyebut: “Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama negara ini. PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.” 

Tetapi Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng memberi reaksi bahawa untuk mencapai hasrat tersebut, PAS mestilah terlebih dahulu menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Sebenarnya dalam perlembagaan DAP sendiri, di bawah Fasal II disenaraikan matlamat-matlamat DAP. Matlamat kedua berbunyi: Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal. 

Dalam versi Bahasa Inggerisnya ‘memulihkan’ bermaksud  ‘restore’. Ini bermakna pada DAP Perlembagaan Negara kita tidak sekular, tetapi perlu diperjuangkan agar ia dipulihkan menjadi sekular.

Apakah maksud sekular? Menurut kamus Oxford ia bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan dengan agama atau kerohanian. Manakala menurut kamus Collins pula ia bermaksud sesuatu yang tiada berkaitan dengan kecenderungan agama.

Bermakna memperjuangkan sekular ini adalah usaha untuk memisahkan agama dari hal ehwal kenegaraan dan dalam hubungan ini bermaksud DAP mahu agar undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan bebas dari sebarang ikatan dengan urusan keagamaan kecualilah Islam itu sebagai agama Persekutuan dengan maksud hanya untuk adat istiadat kenegaraan dan tidak lebih daripada itu.


(ii) Ni satu lagi. Tindakan pemimpin DAP yang bertaraf Menteri, Nga Kor Ming bersama 12 MP dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang patut dikecam pun. 

Ini kerana mereka sengaja memperlihatkan tindakan guru dan anak murid yang hanya berserban menutup muka dan ala-ala pejuang sebagai satu tindakan ekstremis. Mereka menghina dengan menggambarkan pejuangan Islam sebagai ekstremis. Kurang ajar!

(Sila rujuk MOHAMAD AZREEN JUMRI T/Ketua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Perlis – HARAKAHDAILY 31/10/2023


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.


Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails