Tuesday, November 14, 2023

Dakyah Islamofobia DAP.. walau PAS X musuhi non Muslim.

 

Tuan Guru Abdul Hadi (tengah) dalam sidang media selepas ucaptama Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, Selangor pada hari ini, 20 Okt 2023.

Dakyah Islamofobia DAP wujudkan persepsi negatif terhadap PAS

SHAH ALAM: DAP dianggap menggunakan dakyah Islamofobia untuk dijadikan senjata dalam mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap PAS.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu dilihat sering kali menimbulkan kekeliruan orang ramai khususnya bukan Islam bagi mempengaruhi mereka menolak PAS pada pilihan raya.  

“Namun tidak mustahil sokongan kaum bukan Islam boleh direalisasikan pada masa akan datang. Kalau itu boleh dilakukan, tak kan kaum Cina tidak boleh undi calon Islam. 

“Inilah bukti maklumat kita tidak sampai kepada mereka kerana sering diganggu dakyah negatif terhadap Islam.

“Hubungan kita dengan bukan Islam tiada masalah. Ini kerana sekiranya ideologi Barat mereka boleh terima, sudah pasti bukan Islam boleh terima ideologi Islam,” katanya pada sidang media selepas ucaptama Muktamar PAS ke-69 di IDCC, di sini, hari ini.

Tambahnya, kenyataan beliau sebelum ini berkaitan bukan Islam sering disalah tafsir sehingga difahami di luar konteks. 

Menurutnya lagi, salah faham bukan Islam terhadap PAS disebabkan maklumat tidak sampai dengan baik kepada mereka dan ia hanya terhad di media sosial sahaja.

“Peranan media masih terbatas bagi menyampaikan maklumat secara tepat mengenai Islam. Selain itu gerakan penerangan tak sampai ke lapangan,” katanya. 

Menurutnya sebelum ini PAS pernah menganjur program dialog dengan pemimpin masyarakat bukan Islam.

Namun beliau berkata, program dialog yang dianjurkan PAS sering berdepan dengan halangan terutamanya ketika era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. 

“Zaman kerajaan Umno dahulu kita nak anjur sesi dialog di hotel-hotel tidak diberi kebenaran. Program itu disekat, dihalang sehingga akhirnya ada yang terpaksa dibatalkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadilan pemerintahan Islam terhadap masyarakat majmuk dapat dibuktikan di negeri-negeri yang diterajui PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Di empat negeri kita perintah, boleh dilihat dengan jelas keadilan terhadap rakyat bukan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Dakyah Islamofobia DAP.. walau PAS X musuhi non Muslim.

Lihat komen ini..

(i) PAS tidak musuhi bukan Islam -N. Balasubramaniam. 

Bahkan menggambarkan ketegasan parti itu terhadap aspirasi penyatuan ummah dan kebersamaan dengan orang bukan Islam yang tidak ekstrem, menurut beliau lagi.

N. Balasubramaniam

Di Shah Alam, N. Balasubramaniam, selaku Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) juga  berkata, malah hal itu mencerminkan pendirian PAS yang tidak memusuhi orang bukan Islam seperti yang didakwa musuh politik.

“Dalam ucapan dasar itu lengkap penjelasannya bahawa PAS sentiasa menyantuni pelbagai kaum dengan tidak pernah mengetepikan konsep Islam untuk semua.

“Dalam konteks itu juga, memang dia membela Islam dan orang bukan Islam yang tidak ekstrem dengan menjaga kebajikan bersama.

“Jadi pandangan saya, kalau masih menuduh PAS ekstrem kepada orang bukan Islam, mereka itu tidak lain dan tidak bukan hanya musuh politik yang sengaja mencipta persepsi untuk mencemar imej dan kewibawaan PAS di kaca mata orang bukan Islam,” katanya.

Beliau ditemui Harakahdaily selepas menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, pagi tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapan dasar muktamar bertemakan Adil, Prihatin dan Berkebajikan menekankan PAS akan meneruskan hala tuju dan pendekatannya dengan meletakkan jaminan kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 20/10/2023)


(ii) PAS satu jasad dengan perjuangan Islam seluruh dunia. Bahkan wakil Palestin pun hadir pada perasmian Muktamar PAS ke-69 ini.

Barisan sebahagian perwakilan luar negara yang hadir dalam perasmian Muktamar PAS kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada hari ini, 20 Okt 2023.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails