Tuesday, October 03, 2023

Robot hantar makanan X diperalat, X macam DAP madani..

 

Ali Kashani di samping robot penghantaran makanan yng kini beroperasi di Los Angeles, Amerika Syarikat. (FOTO: Linkedln)

Robot selamatkan diri diculik, tangkap penculik

LOS ANGELES: Dua lelaki yang cuba ‘menculik’ robot di bandar raya ini mendapati ia bukan sekadar mesin, kerana bukan sahaja berjaya menyelamatkan diri daripada dilarikan mereka, tetapi robot berkenaan berjaya mengesan sehingga kedua-dua pencuri itu ditangkap, lengkap dengan bukti video kejadian penculikan itu.

Robot yang gagal ‘diculik’ oleh dua lelaki itu merupakan robot penghantaran makanan automatik beroperasi di jalan raya di  bandar raya ini pada awal musim panas lalu, lapor 404 Media.

Dua suspek itu cuba memuatkan robot kecil itu ke dalam trak pada siang hari, namun  bukan sahaja robot itu berjaya melarikan diri dengan sendirinya, ia juga merakam keseluruhan adegan percubaan untuk menculiknya itu; dan susulan itu kedua-duanya itu dikenal pasti oleh polis dan disabitkan dengan kesalahan cuba mencuri. 

Selepas perbicaraan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Serve Robotics, Ali Kashani berkongsi video itu di media sosial dengan mengulas: “Sesetengah genius pernah cuba mencuri salah satu robot kami… Ia tidak berakhir dengan baik (untuk mereka).”

Ini merupakan kali pertama robot jenis ini menjadi objek percubaan kecurian, namun kes  ini juga menimbulkan persoalan privasi, kerana robot berkenaan dilengkapi dengan kamera yang merakam seluruh persekitaran mereka ke mana sahaja mereka pergi, lapor pula AFP.

Serve Robotics berfungsi dengan jenama seperti Uber Eats dan 7-Eleven untuk apa yang dipanggil penghantaran jarak jauh di California. Syarikat itu menyatakan bahawa robotnya sama sekali tidak digunakan sebagai alat pengawasan. 

Model robot penghantaran yang cuba dilarikan dua suspek di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini. (FOTO: Quartz)

Walau bagaimanapun, Serve Robotics kadangkala akan bekerjasama dengan polis dan sistem keadilan jika diminta secara khusus oleh pihak berkuasa. Sekurang-kurangnya, itulah yang dilaporkan 404 Media pada hari ini (3 Okt), dengan e-mel sokongan.

Satu-satunya faktor yang tidak diketahui ialah Serve Robotics tidak menyatakan berapa lama rakaman harian yang dibuat oleh robotnya itu disimpan.

Kes ini boleh membuka perdebatan awam yang lebih luas mengenai pelanggaran privasi oleh robot automatik ini, yang semakin digunakan untuk menghantar barangan di Amerika Syarikat, sama ada di bandar-bandar, kampus-kampus atau di syarikat-syarikat bisnes. – HARAKAHDAILY 3/10/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Robot hantar makanan X diperalat, X macam DAP madani..

Lihat komen ini..

(i) Maaf, ini kisah robot mirip Gundam bakal dijual RM14 juta setiap satu. 

Pekerja Tsubame Industries Co, Akinori Ishii, duduk di dalam kokpit robot ARCHAX di Yokohama, Jepun pada 27 Sept 2023. (FOTO: REUTERS)

Di Yokohama Jepun,Tsubame Industries yang baru berpangkalan di Tokyo telah membangunkan robot beroda empat setinggi 4.5 meter mirip Mobile Suit Gundam, karakter siri animasi Jepun yang sangat popular, bakal dijual dengan harga AS$3 juta (RM14 juta) setiap satu.

Dikenali sebagai ARCHAX sempena nama burung dinasaur, archeoptery, robot berkenaan  mempunyai monitor kokpit yang menerima imej daripada kamera yang disambungkan ke bahagian luar supaya pengendalinya boleh menggerakkan lengan dan tangan dengan kayu bedik dari dalam badannya.

Robot seberat 3.5 tan itu, yang akan diperkenalkan pada Pameran Mobiliti Jepun pada akhir bulan Okt  ini, mempunyai dua mod – ‘mod robot’ tegak dan mod kenderaan’ yang membolehkan ia bergerak sehingga 10km per jam (kmj).

Ketua Eksekutif Tsubame Industries, Ryo Yoshida berkata: “Jepun sangat maju dan terbaik dalam industri animasi, permainan, robot dan kereta, jadi saya fikir ia bagus jika saya boleh mencipta produk yang menggabungkan  kesemua elemen itu  menjadi satu.

“Saya mahu mencipta sesuatu yang menyatakan; ‘’Ini Jepun!’.” 

Ryo Yoshida bergambar dengan ARCHAX, robot gergasi yang boleh dipandu manusia di Yokohama, selatan Tokyo, Jepun pada 27 Sept 2023. (FOTO: REUTERS)

Sehubungan itu, Yoshida, 25, merancang untuk membina dan menjual lima daripada robot berkenaan untuk peminat fanatik tetapi berharap suatu hari kelak, ia  boleh digunakan untuk bantuan bencana atau dalam industri angkasa lepas.

(ii) Maaf lagi, kasihanilah rakyat di era madani kini, berebut-rebut demi sekampit beras. 

Visual aksi rakyat Malaysia terpaksa berebut-rebut sesama sendiri demi sekampit beras kelihatan menyedihkan. (FOTO: Facebook/video Missz Mira Angel/Sandakankini)

Di KL, Visual aksi rakyat terpaksa berebut-rebut sesama sendiri demi sekampit beras yang viral di media sosial baru-baru ini kelihatan menyedihkan, malah boleh dikatakan tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan sejak 66 tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan lagi, ada kalangan orang ramai yang bergaduh antara satu sama lain demi mendapatkan beras harga lebih murah yang dijual oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan PH-BN gagal menangani isu kekurangan beras tempatan di pasaran.

“Lebih pelik lagi ke mana hilangnya bekalan beras tempatan yang didapati berlambak sebelum ini.

“Soal perut rakyat adalah kayu ukur terpenting dalam menilai gagal atau tidak sesebuah kerajaan. Apa makna gah bercakap di pentas dunia tetapi rakyat terpaksa berebut demi sekampit beras.

“Riuh sana-sini rakyat meluahkan rasa kecewa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pasca kemerdekaan, rakyat terpaksa berebut demi mendapatkan makanan asasi.

“Belum pun reda masalah bekalan beras, muncul pula kekurangan gula di saat nilai ringgit sedang menjunam dengan ketara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, tinjauan HarakahDaily di beberapa lokasi sekitar Selangor mendapati kebanyakan pasar raya mengalami masalah bekalan beras tempatan, telur, minyak masak peket dan gula.

Ketiadaan bekalan gula pasir di pasar raya sekitar Selangor mengecewakan pengguna. (FOTO: HARAKAHDAILY/Sriayanis Abasri)

Terdapat hanya gula premium sahaja dipamerkan, manakala bekalan gula pasir langsung  tiada bekalan. Gula premium dijual pada harga RM4.90 berbanding gula pasir halus RM2.95. 

(iii) Maaf lagi, ini cadangan penyelesaian. ‘Lantik segera Menteri khas perangi monopoli kartel’

Mohammad Tawfik Yaakub

Di KL, kerajaan digesa agar segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menghadapi isu kenaikan harga beras pada masa ini, yang dikhuatiri dimonopoli golongan kartel.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, jawatan tersebut telah dikosongkan begitu lama dan merupakan antara yang terpenting bagi menghadapi pelbagai krisis melibatkan kos sara hidup yang berlaku pada masa ini.

“Apa yang menimbulkan satu persoalan saya ialah mengapa tidak disegerakan pelantikan Menteri berkenaan kerana tidak cukup jika hanya melantik pemangku,” tegasnya kepada HarakahDaily.

Menurut beliau, kebanyakan rakyat marhaen telah terkesan daripada kenaikan harga beras yang berlaku lebih-lebih lagi apabila pengeluaran beras tempatan semakin berkurangan di negara ini.

“Malah, saya sendiri juga turut terkesan daripada kenaikan beras sekarang dan kita boleh kata beras banyak di pasaran tetapi hakikatnya itu merupakan beras import yang mana bukan semua orang mampu beli,” ujarnya.

Begitu kira-kira, sekit cabutan dari komen beliau.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails