Friday, October 06, 2023

M'sia/Indo, perkokohkan! Apa kaitan demontrasi Riau?

 

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

Penduduk Pulau Rempang, di Riau Indonesia dalam demontrasi lawan kezaliman kapitalis ke atas rakyat..(foto: Benar News Indonesia)

Perkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia

MARANG: PAS menyarankan agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia diperkukuhkan dalam mendepani pertembungan kuasa antara China dan Amerika Syarikat (AS) di rantau ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Malaysia perlu mengadakan hubungan lebih akrab dengan negara-negara jiran  khususnya negara-negara Islam bagi mengimbangi pengaruh kuasa-kuasa besar yang sangat mengimpikan penguasaan di rantau ini khususnya Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia di samping hasil buminya yang kaya.

“Tidak ada campurtangan asing dalam politik negara adalah prinsip tetap yang mesti dipertahankan,“ tegasnya.

Justeru katanya, titik persamaan yang paling ketara antara Malaysia dan Indonesia ialah agama, bangsa dan budaya.

“Negara Islam terbesar di ASEAN ialah Malaysia dan Indonesia, hubungan kedua-duanya perlu diperkukuhkan tanpa perlu menjemput kuasa luar menangani masalah serantau,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentang kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Malaysia dan Indonesia Dalam Konteks Pertembungan Antara AS dengan China di Majlis Daurah Kitab di Masjid Rusila di sini hari ini.

Oleh kerana itulah, ujarnya hubungan yang sedia ada antara kedua-dua negara itu perlu diperkukuhkan lagi dalam semua aspek seperti aktiviti agama, budaya dan ilmu pengetahuan melalui NGO, pusat-pusat pengajian dan lain-lain lagi.

“Kita (Malaysia dan Indonesia) adalah serumpun dari segi agama, bahasa, kaum, adat resam dan budaya lebih kurang sama antara satu sama lain,” jelasnya yang juga Exco Kerajaan Terengganu.

Justeru katanya, Malaysia dan Indonesia hendaklah meletakkan keutamaan bergantung dengan kekuatan sendiri dalam semua aspek tanpa bergantung kepada kuasa asing.

Dalam masa yang sama, tambahnya Malaysia juga perlu mengambil pendekatan meramaikan kawan bukannya lawan dengan terus menjaga keharmonian dengan negara-negara jiran yang bukan Islam.

“Negara bukan Islam itu termasuk Kemboja, Thailand dan Laos,” tambahnya lagi.

Program daurah yang diadakan itu bertujuan untuk membudayakan majlis ilmu bagi menambah tsaqafah dan kefahaman masyarakat khususnya anak muda terhadap agama Islam dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa umat Islam. – HARAKAHDAILY 18/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasym: M'sia/Indo, perkokohkan! Apa kaitan demontrasi Riau?

Lihat juga komen ini..

(i) Demonstrasi besar-besaran gegarkan wilayah Riau di Indonesia. 

Masyarakat Melayu dalam protes di Pulau Rempang. (FOTO: DetikSumut)

Di Rempang, Indonesia, demonstrasi besar-besaran telah menggegarkan wilayah Riau di Indonesia ketika penduduk Pulau Rempang membantah rancangan kerajaan untuk mengusir beribu-ribu orang bagi memberi laluan kepada kilang kaca milik China bernilai berbilion dolar dan pembangunan ‘Eco-City’ di situ.

Pertikaian mengenai pengusiran penduduk  semakin hangat selama berbulan-bulan, selepas kerajaan mengumumkan bahawa 7,500 penduduk Rempang perlu berpindah ke pedalaman, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari kediaman mereka kini di  pantai mereka, lapor Al Jazeera. 

Penduduk di Pulan Rempang selama ini meraih rezeki daripada laut, yang sudah lama menjadi kawasan penempatan mereka. (FOTO: Cilacap Update Pikiran Rakyat)

Ramai dari kalangan mereka yang menyara hidup hasil rezeki daripada khazanah laut, dengan menjual ikan, ketam, udang dan makanan laut lain.

Walaupun rancangan untuk membangunkan Rempang telah diusahakan selama hampir 20 tahun, penduduk tempatan memberitahu Al Jazeera bahawa mereka hanya dimaklumkan pada awal September tahun ini bahawa mereka perlu berpindah dari kampung mereka sebelum akhir bulan.

Pemangkin protes adalah rancangan untuk membina kilang kaca China untuk memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat untuk panel solar.

Loji itu telah dijadikan sebagai pusat hab ekonomi yang digelar Rempang Eco-City – projek bersama antara Pihak Berkuasa Zon Bebas Indonesia Batam (BP Batam) dan syarikat tempatan, PT Makmur Elok Graha (MEG), yang bekerjasama dalam perkongsian. dengan Xinyi Glass China, pembuat kaca dan panel solar terbesar di dunia.

Xinyi telah menjanjikan kira-kira AS$11.6 bilion kepada kilang pembuatan kaca dan panel solar, yang diunjurkan menjadi yang kedua terbesar seumpamanya di dunia.

(ii) Apakah hal di Indonesia itu hampir sama dengan kes ini di Kedah? Mari lihat kisah nasib pasangan daif ini pula.. 

Mardhiyyah (kiri) menziarahi pasangan daif di Kuala Kedah, Kedah pada hari ini, 18 Sept 2023.

Di Kuala Kedah, kisah pasangan daif yang tular di media sosial telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari.

Beliau bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kebun Pinang, Che Hawa Madon serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turun meninjau untuk melihat keadaan sebenar pasangan suami isteri terbabit. 

Mardhiyyah berkata, pasangan berkenaan bukanlah anak tempatan kampung terbabit sebaliknya, suami berasal dari Changloon sementara isterinya dari Perak.

“Sebelum ini, mereka tinggal di rumah anak perempuan (telah berkahwin) di sebelah pondok yang didiaminya sekarang,” jelasnya, di sini, hari ini. 

Menantu pasangan tersebut terpaksa mendirikan pondok untuk didiami  mertuanya memandangkan ibunya yang pernah diserang penyakit angin ahmar dan tidak tahan dengan panas. 

Menurut beliau lagi, pondok yang didiami pasangan suami isteri itu sangat daif dan tidak mempunyai keperluan asas seperti bilik air dan lain-lain. 

Dalam tinjauan itu, LZNK akan berusaha mencari rumah sewa dengan kelengkapan untuk pasangan suami isteri terbabit selain bantuan katil dan lain-lain berkaitan. 

“Saya mengharapkan mereka ini mendapat rumah baharu dengan kadar segera kerana keadaan kesihatan mereka terutama si isteri agar uzur, mata pun tak berapa nampak dan pernah diserang angin ahmar sebanyak dua kali,” ujarnya.

Terdahulu, kisah pasangan ini tular di media sosial dan mengharapkan agar bantuan diberikan segera untuk menampung keperluan hidup mereka yang agak daif. 

Sementara itu, setiausaha MKK Kampung Kebun Pinang, Maznah Hamid berkata, pihaknya bersama Muslimat PAS Cawangan telah beberapa kali ziarah serta menyampaikan sumbangan keperluan kepada pasangan berkenaan. 

Namun begitu, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membaiki pondok kediaman terbabit memandangkan ia dibina di tanah milik orang lain. 

Begitu, kira-kiranya. Sama-sama kes kesusahan rakyat, bezanya cuma di Malaysia, PAS/PN adalah juara pembela rakyat. Jom sokong terus!

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails