Tuesday, October 03, 2023

Pilih Pusat Didik Islam Nusantara, atau semai racun komunis bedebah!



Kelantan lokasi pusat pendidikan Islam di Nusantara

KOTA BHARU: Kelantan berhasrat untuk muncul sebagai pusat perkembangan ilmu agama yang terkenal di Nusantara.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, usaha ke arah itu dirintis sejak tahun 1990 dengan memberi perhatian terhadap sektor pendidikan.

“Saya memberi komitmen akan memperhebatkan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah YAKIN, Mohd Zamri Ibrahim; Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Che Kamaruddin Kamel Che Muhammad dan Rektor KIAS, Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin.

Pada majlis itu, Menteri Besar meraikan 102 pelajar YIK lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Tahfiz al Quran (STTQ).

Selain itu seramai 17 mahasiswa KIAS turut diraikan, di mana mereka bakal melanjutkan pengajian ke tahun tiga di Universiti al Azhar, Mesir dalam bidang usuluddin dan syariah secara muadalah.

Mohd Nassuruddin juga berkata, usaha memperkasakan bidang pendidikan diperluaskan melalui penggubalan Dasar Pendidikan Rabbani.

“Insya-Allah saya yakin Dasar Pendidikan Rabbani yang digubal kerajaan negeri sebelum ini akan menjadi lonjakan utama kepada kecemerlangan pendidikan di Kelantan,” katanya.

Menurutnya juga, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif kepada pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Sementara itu pelajar YIK dijangka bertolak ke Mesir pada 3 dan 5 September ini dengan diiringi dua pegawai dari Unit Hal Ehwal Murid YIK.

Mereka terdiri daripada 61 pelajar lepasan STAM yang akan mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Islam.

Selain itu 36 pelajar lepasan Sijil Tinggi Tahfiz al Quran (STTQ) akan mengikuti pengajian dalam bidang Qiraat Syubra dan lima pelajar lepasan SPM melanjut pengajian bidang pergigian.

Asrama KIAS di Nilam Puri  
Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

Pusat Pengajian Tinggi

Kelantan pernah memiliki Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri yang ditubuhkan pada 1963 sehingga menjadi tumpuan pelajar dari seluruh nusantara termasuk Thailand dan Indonesia.

Namun selepas Barisan Nasional mentadbir negeri itu pusat pengajian terbabit diserap kepada Akademi Islam Universiti Malaya.

Bagaimanapun selepas PAS kembali mentadbir Kelantan pada 1990, usaha awal dirintis bagi mewujudkan semula Pusat Pengajian Tinggi Islam. Pada peringkat awal dikenali Maahad ad Dakwah Wal Imamah.

Kemudian dinaik taraf kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Tiga tahun lepas KIAS dinaik taraf sebagai Kolej Universiti.

Selain itu terdapat puluhan pondok pengajian agama tradisional. Antara yang terkenal Pondok Pasir Tumboh di Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 30/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pilih Pusat Didik Islam Nusantara, atau semai racun komunis bedebah! 

Lihat komen rakyat ini..

(i) Tolak 'Bumiputera', penyebab DAP Malaysian Malaysia wajib disingkir.  

Bila pengundi Cina dan India menjadi majoriti di P.161 Pulai, dengan kadar 53.1 peratus berbanding 46.7 peratus sahaja pengundi Melayu, logiknya hampir mustahil untuk calon PH, Suhaizan Kaiat, kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai pada 9 September ini.

Seperti disebut oleh Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semua pemboleh ubah di Pulai (dan Simpang Jeram) memihak kepada Pakatan Harapan (PH) kerana berdasarkan rekod dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru lalu ia dan Barisan Nasional (BN) mudah menang di kerusi majoriti pengundi Melayu bawah 65 peratus.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah sebanyak manakah undi yang akan diperolehi oleh calon PN dari BERSATU, Zulkifli Jaafar, dalam PRK ini. Apakah beliau mampu melipatgandakan undi calon PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 yang berjumlah sebanyak 20,677 dengan mencuri 31,726 undi calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed?

Jika Zulkifli mampu meningkatkan undi PN menjadi 40,000 atau 50,000 daripada keseluruhan 78,119 undi Melayu di Pulai maka itu sudah menjadi kejayaan besar kepada PN kerana dengannya ia boleh mendakwa bahawa gelombang hijau sudah memasuki Johor. 

Sebab itulah, kata Nur Jazlan, dalam keadaan landskap politik hari ini, bukan hanya Umno yang perlu berubah tetapi semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan juga mesti berubah jika mahu diterima oleh orang Melayu, dengan DAP digesa membuat perubahan besar untuk menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaannya.

(ii) KAMI sama sekali tidak bersetuju dengan SKMM yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai ‘big brother’ (Abang Besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian. 

Kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

Komen oleh:

TAN SRI JOHAN JAAFFAR
DATUK A KADIR JASIN
DATUK HUSSAMUDDIN YAACOB
DATUK SERI AZMAN UJANG
DATUK DR CHAMIL WARIYA
DATUK YONG SOO HEONG
DATUK ZAKARIA WAHAB
DR G MANIMARAN
(rujuk HARAKAHDAILY 1/9/2023)

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails