Friday, August 25, 2023

PRK (P&DUN) pun bermula.. Jom rempuh!

 


PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

JOHOR BAHRU: Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti.

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini dan di Muar.

Semua bakal calon mempunyai tempoh hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di kedua-dua pusat penamaan calon, sebelum diisytihar layak bertanding dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 5 Sept, manakala 9 Sept sebagai hari pengundian.

Ini bermakna semua calon yang layak bertanding di kedua-dua PRK mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 8 Sept.

Pakatan Harapan (PH) telah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.

Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera menentang calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.

Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan juga turut mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.

Berdasarkan statistik SPR, Parlimen Pulai mempunyai sebanyak 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) sebanyak 26 orang.

Sementara itu, terdapat 40,379 pemilih di DUN Simpang Jeram dengan 40,373 pengundi biasa manakala enam orang PTH.

Pada PRU15 lepas, Salahuddin menang di Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi selepas memperoleh 64,900 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendapat 31,726 undi, manakala calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Loh Kah Yong meraih undi sebanyak 20,677.

Salahuddin juga mengekalkan kemenangan di DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lepas, buat kali kedua apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada hari ini dijangka hujan di sebelah pagi, manakala sebelah petang diramal ribut petir. BERNAMA  

Komen Weblog Ibnu HasyimPRK (P&DUN) pun bermula.. Jom rempuh! 

Lihat juga komen ini..

(i) Ini bukti PAS tak ekstrem, sederhana, adil, bahkan pandai memerintah.  

1. Sebagai contoh tindakan sederhana PAS Kedah melantik:
 
-Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar, 
-3 Jawatan Exco daripada BERSATU, 
-2 Jawatan Exco mewakili PKN (ADUN PKR yang beralih sokongan kepada PN, juga mengekalkan jawatan Exco yang beliau pegang ketika PH sebelum peralihan. Dan YB Dr Robert yang dilantik sebagai Exco bagi mewakili masyarakat bukan-Islam. 
-1 jawatan Exco mewakili BN dari 2 ADUN BN.
-4 jawatan Exco diberikan kepada PAS walaupun PAS mempunyai kerusi paling banyak, iaitu 15 kerusi DUN, BERSATU 4, PKN (yang keluar PKR) 2, dan 2 daripada BN menjadikan jumlah kerusi ADUN kerajaan 23 kerusi. 
-Seorang lagi ADUN BERSATU dilantik sebagai Speaker DUN atas pengalaman beliau sebagai Timbalan Speaker semasa pentadbiran PH. 
Walaupun PAS mempunyai kerusi terbanyak, tapi agihan kerusi exco meraikan kepelbagaian dan waqie yang sedia ada. 

2. Pelantikan Exco Kedah 2023.

-PAS 6 daripada 21 ADUN.
-BERSATU 3 daripada 11 ADUN.
-GERAKAN seorang Exco daripada satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh calon PN (bukan Islam) yang menang.

Pembentukan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Sanusi daripada PAS, tidak pernah mengabaikan rakan-rakan parti serta keperluan Exco bukan-Islam walaupun hanya beliau seorang sahaja yang menang. 

Ini adalah satu contoh daripada banyak fakta mengenai kesederhanaan dan keadilan PAS dalam mendepani politik Malaysia dan menjadikan politik Islam sebagai acuan dalam setiap tindakan. 

(ii) Al-hamdulillah, 250 pelajar dapat mengikuti kelas pengajian Islam di sebuah masjid di Leicester, England. Tapi di M'sia 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan haknya apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindahkan. PMX M'sia buat apa?

Kita tidak boleh leka dengan perkara-perkara ini. Seramai 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan haknya apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindah. Malah mereka kena saman pula.

Ini kerana kita membenarkan menteri DAP dari Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Hal ini sangat membahayakan agama dan bangsa Islam jika kita tidak bertindak sekarang.

Bertindak bagaimana? Sekurng-kurangnya hukum dan tolaklah mereka dalam PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram yang bermula hari ini.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Lama dah tak tengok Mr.Bean Kedah dan Mr.Bean Perak dari parti Gurka DAP? Kadang2 seronok juga tengok gelagat pemimpin2 perasan yang telah ditolak rakyat secara total ini.

Anonymous said...

Apa perkembangan terkini seorang peguam tersohor yang mendakwa ada bom dibawah keretanya? Tak masuk bertanding dlm PRN di Johor ke?

Saje je nak tahu?

Anonymous said...

Jom semua Bangsa Johor sama2 bersatu hati menolak calon2 dari parti Gurka DAP dalam PRU 9 Sept nanti.

Sama2 pilih PN BEST BERSIH!! Kekal istiqamah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails