Friday, August 25, 2023

PAS prihatin, desak teruskan subsiddi elektrik rakyat Sarawak.



Rakyat Sarawak masih memerlukan subsidi elektrik.

RAMAI pengguna elektrik di Sarawak merungut menerima bil yang tinggi berikutan tiada lagi diskaun 25 peratus (subsidi) seperti yang diterima sebelum ini.

Kerajaan Sarawak perlu meneruskan subsidi lima hingga 25 peratus bil elektrik untuk pengguna domestik, komersial dan industri sehingga akhir tahun ini. Pengguna khususnya golongan B40 dan berpendapatan rendah perlu diberi perhatian memandangkan keadaan ekonomi semasa masih belum stabil dan harga barangan keperluan masih tinggi.

Ramai pengguna domestik terutamanya golongan B40 dan mereka yang tiada pendapatan tetap mengeluh mengenai masalah ini. Mereka amat berharap Kerajaan Sarawak dapat memberi perhatian dan dapat meneruskan pemberian subsidi bil elektrik sebanyak 25 peratus kepada pengguna yang terjejas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau amat yakin pendapatan Sarawak akan meningkat pada tahun ini (2023) malah lebih daripada 2022.

Menurutnya, pendapatan Sarawak akan mencecah RM5 bilion pada suku pertama 2023, manakala pada 2022 pendapatan negeri meningkat kepada hampir RM12 bilion berbanding RM7.62 bilion pada 2021.

Dengan peningkatan pendapatan ini, rakyat Sarawak juga seharusnya dapat menikmati hasilnya dengan subsidi yang disasarkan kepada rakyat Sarawak khususnya yang berpendapatan rendah.

Kami amat berharap Kerajaan Sarawak dapat meneruskan pemberian subsidi 25 peratus itu supaya rakyat berpendapatan rendah dapat hidup lebih stabil dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat Sarawak ketika ini.

Kita yakin Kerajaan Sarawak masih mampu memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah dengan peningkatan hasil pendapatan Kerajaan Sarawak.

Kami memohon agar masalah ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi mengatasi masalah rakyat amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS prihatin, desak teruskan subsiddi elektrik rakyat Sarawak.

Lihat juga komen ini..

(i) Memang DAP X bermaruah! 


Ramai terkejut dan kecewa dengan tindakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan daripada DAP, YB Nga Kor Ming yang tergamak secara terang-terangan meletakkan logo parti DAP dan HARAPAN dalam program rasmi kementerian ketika memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Perkara ini jelas tidak bermoral apabila menggunakan dana Kerajaan demi kepentingan ‘mileage’ politik DAP sendiri. Di mana tata kelola yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) dalam siri-siri ceramah politik beliau setiap hari?

Adakah di zaman PH-BN atau Madani ini, para Menteri dibenarkan untuk mempergunakan duit rakyat dan duit Kerajaan Malaysia untuk kempen politik parti DAP di dalam premis Kerajaan?


(ii) Ini, 3 perkara, Melayu moden menurut mata rabun barat..


1. Munshi Abdullah adalah ‘Bapa Kesusasteraan Moden’ menurut kerangka Barat sahaja 

2. Munshi Abdullah dirujuk dari segi ilmu teknikal bahasa, bukan isi kandungan kritikannya. 

3. Tindakan Munshi Abdullah yang boleh dipersoalkan.

Rujukan:

[1] https://online.anyflip.com/lomot/kibw/mobile/ 
[2] https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/12/634543/pemikiran-abdullah-munshi-dipengaruhi-kolonial 
[3] The History of the Translation of the Bible into Malay by Robert Hunt


(iii) Nasib rakyat miskin tetap dibela.. 

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berharap pihak berkuasa menimbang pampasan sewajarnya kepada penduduk yang terbabit dengan laluan projek pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR).

Beliau berkata, penduduk mendakwa premis kedai dan rumah mereka terpaksa diroboh kerana terlibat dengan laluan projek CSR di kawasan Kesedar Renok Baru.

Katanya, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penduduk terlibat kerana kehilangan tempat kediaman dan premis tempat mencari rezeki.

“Saya akan berusaha memastikan penduduk terlibat mendapat pertimbangan pampasan sewajarnya daripada agensi atau jabatan berkenaan,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau keluarga Zety nafi dan tak terima macamana mahkamah di Singapura dan Amerika Syarikat boleh muncul citer Wang masuk ke akaun Taufik Ayman dan anak penyamun mereka...!? Kikiki..

Muhammad Shafee: Adakah awak tahu bahawa wang yang suami dan anak-anak awak perolehi melalui syarikat Cutting Edge adalah daripada 1MDB?

Zeti: Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai akaun (syarikat) atau wang dalam akaun atau siapa pelaburnya. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan.

Muhammad Shafee: Takkan suami atau anak-anak awak tidak pernah memberitahu mengenai wang…

Zeti: Tunjukkan saya buktinya. Tunjukkan kepada saya aliran keluar wang tersebut (ke dalam akaun syarikat Cutting Edge).

Muhammad Shafee: Bila awak keluarkan kenyataan bahawa ahli keluarga awak tidak pernah menerima wang 1MDB, awak buat kenyataan tersebut tanpa mengetahui mengenai SD ini bukan?

Zeti: Ini kali pertama saya melihat kandungan SD ini. Tetapi SD ini tidak pernah menyatakan mengenai menerima wang (1MDB) tetapi menyentuh mengenai pemulangan wang tersebut kepada pihak berkuasa.

Hakim Sequerah: Tan Sri Zeti, adakah awak masih mengekalkan keterangan bahawa awak tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara ini.

Zeti. Ya, Yang Arif.

Saya ulangggg....

Kalau keluarga Zety nafi dan tak terima macamana mahkamah di Singapura dan Amerika Syarikat boleh muncul citer Wang masuk ke akaun Taufik Ayman dan anak penyamun mereka...!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails