Tuesday, May 23, 2023

Jom bangkit pertahan kalimah ALLAH! Begini...

 


1. Umat Islam bangkit pertahan kalimah Allah

SHAH ALAM: Umat Islam akan bangkit mempertahankan kalimah Allah sekiranya kerajaan Malaysia Madani gagal menguruskan isu tersebut dengan baik.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, perhimpunan aman yang diadakan hari ini sebagai membantah tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes kalimah Allah.

“Agama Islam bukan ekstrem, tetapi kita mahu mempertahankan kalimah Allah daripada disalah guna oleh orang bukan Islam,” kata pada perhimpunan aman selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. (Foto atas)

Himpunan itu turut dihadiri jemaah masjid terbabit, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Geng Ustaz dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Turut hadir Penasihat UMMAH Kamaruzaman Mohamad, mantan profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Kamaruzaman Yusoff dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Sebelum itu Mohd Zai mengadakan pertemuan dengan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sebelum perhimpunan diadakan.

Pada 15 Mei lepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Ekoran itu pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor dan bekas mufti membantah tindakan KDN menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan. – HARAKAHDAILY 19/5/2023 


2. Kalimah Allah: KDN pernah tolak permintaan Menteri DAP 


KETIKA saya menjadi Menteri Dalam Negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada Menteri daripada parti DAP yang meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah. Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Pendirian KDN pada masa itu ialah kes ini mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang. Antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland pada tahun 2021, Kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada ketika itu berpendirian bahawa keputusan kes ini mesti dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana kes mahkamah, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.

Keputusan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan juga adalah selaras dengan titah yang dizahirkan pada masa itu oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Saya kesal dengan keputusan Kerajaan PH-BN menarik balik rayuan dalam kes yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam ini. Sepatutnya, biarlah kes ini diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya.

Sekiranya keputusan mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan selesai, maka wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai.

Perlu diingat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Maka titah Raja-raja Melayu dalam hal ini hendaklah dijunjung oleh kerajaan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL
17 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 17/5/2023 


3. Isu kalimah Allah: Kepentingan Islam cuba dirobohkan  


SUSULAN perkembangan terbaharu isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kerajaan PH-BN yang menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam isu ini.

Usaha yang dibuat oleh Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini bagi melindungi kepentingan Islam, nampaknya mulai dirobohkan oleh Kerajaan PH yang ada sekarang. Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) secara jelas menyatakan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, nampaknya kekuatan ini sedang dilapah dengan rakusnya oleh rejim pemerintahan yang ada sekarang. 

Jelas sekali Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap hipokrit dan sandiwara kononnya mempertahankan agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan sedangkan

realiti sebaliknya. Hal ini samalah seperti episod terdahulu ketika melabelkan banyak pihak sebagai kaki rasuah dan marah dengan penyalahgunaan kuasa. Namun ketika berkuasa, Kerajaan PH sanggup menjilat semula air liur basi ini demi mempertahankan kuasa yang rapuh itu. 

DUPWP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bangkit membuat bantahan terutama dalam media sosial masing-masing untuk membuktikan bahawa kita masih ada urat nadi sensitif dengan Islam apabila dicabul sedemikian rupa selain menterjemahkan protes masing-masing dengan menolak dan tidak sesekali memberikan undi kepada calon-calon dari PH-BN dalam pilihanraya di enam buah negeri kelak.

Orang Islam di negara ini perlu ingat, ini merupakan Nakhbah atau malapetaka dahsyat sedang melanda ummah di Malaysia. Manakala PH-BNlah yang terlibat dalam membuka akan pintu fitnah ini. Entah apa akan berlaku pada nasib anak cucu kita nanti pada zaman mereka. Apakah masih selamat aqidah mereka di saat itu?

USTAZ DR. AZAHAR YAAKUB 
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 17/5/2023 


4. Bubar BN atau PH ke arah sistem dua parti 

SEBELUM ini saya pernah menulis mengenai perlunya sistem dua parti di dalam politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik tidak tergugat, seperti yang pernah berlaku selepas PRU ke-14 tahun 2018. Dengan adanya dua parti atau gabungan parti utama memenangi Pilihan Raya Umum, situasi Parlimen tergantung seperti yang berlaku pasca PRU ke-15 dapat dielakkan.

Meskipun sistem dua parti bukanlah jaminan seratus peratus kestabilan politik negara tidak goyah, namun dengan adanya Akta Anti Lompat Parti akan memperkukuhkan sesebuah kerajaan yang dibentuk oleh sesebuah parti atau gabungan parti tunggal. Ia berbeza jika sesebuah kerajaan dibentuk oleh beberapa parti atau gabungan parti selepas Pilihan Raya Umum.

Kerajaan Campuran PH-BN (termasuk GPS dan GRS) bukanlah sebuah kerajaan yang stabil sebaliknya boleh tumbang bila-bila masa. Adalah diyakini, sekiranya Dato Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak tidak dibebaskan selepas PRU peringkat enam negeri pada Julai atau Ogos tahun ini, Kerajaan Campuran PH-BN kemungkinan besar akan berkubur.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan di WTC baru-baru ini hanyalah sebuah orkestra untuk menayangkan kepada masyarakat umum, hubungan gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan adalah jitu. Hakikat sebenarnya hubungan antara mereka adalah rapuh disebabkan berbeza halatuju, melainkan jika parti-parti tersebut diikat dengan satu gabungan.

Untuk menjadi sebuah gabungan parti yang utuh, BN atau PH perlu dibubarkan, dan anggota-anggota parti dalam gabungan yang dibubarkan menyertai gabungan yang kekal. Contohnya, jika BN dibubarkan, Umno, MCA, MIC dan PBRS menyertai PH. Dengan langkah tersebut, PH selepas itu menjadi sebuah gabungan tunggal menjadi tulang belakang kerajaan. 

Selain daripada itu, boleh juga kedua-dua BN dan PH dibubarkan, kemudiannya sebuah gabungan baru diwujudkan. Langkah seperti ini boleh jadi lebih bersifat menang-menang, berbanding hanya satu gabungan sahaja yang dibubarkan. Malah, sekiranya gabungan parti-parti dari Sabah dan Sarawak dibubarkan, seterusnya menyertai gabungan baru, ia sebenarnya lebih baik.

Sistem dua parti seperti yang wujud di negara-negara maju, lazimnya tidak disusun oleh sesuatu perundangan. Ia wujud apabila ada dua parti atau gabungan parti yang utama mendapat sokongan besar dari pengundi. Salah satu antara dua parti atau gabungan parti tersebut boleh membentuk kerajaan selepas PRU, tanpa memerlukan sokongan dari parti-parti lain.

Sebenarnya tanpa disedari, situasi sistem dua parti ini telah wujud di Malaysia sejak PRU ke-10 tahun 1999, apabila wujud dua gabungan parti utama iaitu BN dan BA, kemudian BN dan PR. Oleh sebab itu, ramai pemerhati politik menganggap PRU ke-10 adalah titik tolak (turning point) kepada senario politik Malaysia seperti yang wujud pada hari ini. 

Bagaimanapun, senario ini berubah pada PRU ke-14 tahun 2018, apabila wujud tiga gabungan parti BN, PH dan GAGASAN. Meskipun GAGASAN adalah gabungan minor, tetapi PAS yang menjadi tonggak GAGASAN telah berperanan sebagai King Maker, sebaik sahaja krisis kepimpinan berlaku dalam PH pada tahun 2020. Krisis ini telah membawa kepada Perdana Menteri meletak jawatan.

Dalam PRU ke-15, kewujudan tiga gabungan parti utama semakin ketara iaitu PH, PN dan BN. Kesannya, berlaku situasi parlimen tergantung selepas pilihan raya. Melihat kepada kemeriahan Konvensyen Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, sudah sampai masanya sama ada BN atau PH dibubarkan untuk membentuk satu gabungan tunggal yang menjadi tonggak kerajaan.
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja


Komen Weblog Ibnu HasyimJom bangkit pertahan kalimah ALLAH! Begini...
Begini, bagaimana? 
Dengan mengundi PN, anda telah bangkit menyelamat dan mempertahankan kalimat ALLAH!


12 comments:

Anonymous said...

Dapat saja dapigs berkuasa melalui pm boneka mereka maka macam kurafat modern berlaku,
Kalau umat islam Mesia tak nak sedar lagi tak tau la,
biarkan kaum munafik dengan kemunafikan mereka, umat islam pasti akan maju terus,
kebenaran pasti akan menghancurkan kebatilan, penipuan dan kerakusan, insya'Allah.

Anonymous said...

Kalau diri rasa boleh bangang kenapa nak jadi cerdik

Dalam menghadapi PRN 6 negeri, naratif sonsang yang menyeru kepada menyokong dan mendokong Aljub, PKR dan DAPig terus di dendangkan. Tengok la siapa yang mendendangkannya.

Kepimpinan UMNO langsung tidak mendengar keluh kesah ahli dan rakyat yang mahukan penjelasan apakah ameno sudah boleh menerima politik liberal, isu Kalimah suci, isu murtad Lina Joy, hak kesamaan kaum dan agama, hak kesamaan gender, perjuangan LGBT dan lain lain yang terang bertentangan dengan roh dan semangat perjuangan parti selama ini.

No UMno No DAP

Kah kah kah

Anonymous said...

Aljub hanya jaga hal dunia. Hal agama tolak tepi. Hanya tolak rasuah konon, hal agama jadi remeh. Sebenarnya dua dua jadi remeh. Tolak rasuah tapi wak jowo masih berkhidmat.

Beza ngan pas. Jaga hal agama juga hal dunia. Jaga agama tolak rasuah. Dua dua tidak remeh. Tiada perasuah yang berkhidmat. Ramai agamawan yang berpolitik. Pembangunan berterusan dipandu oleh hukum.

Anonymous said...

wak ketua ameno dah arahkan sakibaki pentabsub bn yg masih cuma ada sekitar segelintiran itu supaya mengundi dapigs sebab dah kantoi tak dapat kerusi untuk bertanding dan bakal mampus dan pupus.

arahan tersebut adalah bacaan amanat wasiat dibaca dalam tersendu2 sambil melutut mintak belas ikhsan dari tuan besar ameno iaitu dapigs sialan.

Anonymous said...

Konsert Coldplay wajar diharamkan berikutan sokongan kumpulan rock alternatif British itu kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bertegas, umat Islam perlu menegah kegiatan mungkar dan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

“Kita sebagai seorang Islam sebagaimana dalam firman Allah (bermaksud) ‘Kamu adalah umat yang paling baik, mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

“Apa yang kita lihat jika benda itu mungkar jelas mengajak orang kepada LGBT, mengajak orang lupa Allah sebenarnya hukumnya kita kena tegah.

Anonymous said...

Dia kira nak jubur jer. Bukan peduli pasal agama.

Anonymous said...

Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru ahli-ahli UMNO meletakkan kepentingan parti sebagai teras utama.

Jelasnya, ini kerana “kita orang parti.”

Katanya lagi, berdasarkan pengalaman pilihan raya umum sebelum-sebelum ini jika tidak dapat menjadi calon akan ada yang merajuk, melompat parti dan akhirnya mendatangkan kerugian besar kepada parti.

(C&P)

Ayat hipokrit. Akar umbi kata no anwar no dap. Pimpinan pulak sokong anwar sokong dap. Kemudian kecek pasai parti. Kan ker ayat celaka tu.

Anonymous said...

Pertama kali dalam sejarah bisness pawagam mesia, tikit habis tampa ada berebutan, tikit habis tampa ada jualan balik harga blackmarket, tiket habis tanpa ada peingin beli tikit nangis² tak dapat tiket, tiket habis dengan ada ramai orang tunjuk main² dengan roll tiket² bersepah yg dah dibayar oleh entah siapa,
dan banyak lagi perkara diluar kebiasaan yg berlaku bagi filem boxoffice,
dan yang paling pelik sekali ialah panggung hampir kosong walaupun tiket habis dijual.
tiada video gambar orang berpusu² ke panggung,
yang ada cuma kerusi kosong yang barangkali diisi duduk oleh jin² dan jembalang, polong, pelesit, jerangkong, grondorowo, drakula, jubora, jubori, sondola, sondoli, dan berbagai jenis hantu setan gondol tak gondol pelbagai yg lain yang tidak boleh dilihat orang ramai,
melainkan....

Anonymous said...

Dah pergi pawagam ticket sold out .. penonton kosong

Nak fakta ka...

Gambar saksi bisu


Tungguuuuuuuu


Kah kah kah

Anonymous said...

Produksi filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam yang didakwa enggan memberi sokongan kepada tayangan naskhah biopik memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DMY Creation, Mohamed Yusoff berkata, meskipun mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, namun masih tidak memenuhi sasaran susulan ada unsur ‘disabotaj’ pihak pawagam yang enggan memberi lebih slot tayangan.

(C&P)

Tak dapat slot atau tak dapat sambutan. Pawagan berniaga. Kalau untung terus tayang. Kalau rugi, takkan nak tayang juga. Jadi rakyat, pikiaq pikiaq lah. Yang kerajaan madani letiaq kenalah semak semak. Adakah betul atau bohong belaka.

Anonymous said...

Bangunan kwsp di negeri yang diperintah oleh ph terbakar.
Ada ada saja ph ni.
Pasai terbakar pun jadi tanda tanya.
Betui betui terbakar atau ada bukti yang nak dihapus.
Bukan boleh percaya kerajaan madani ni.

Dulu musuh dap, sekarang suruh akar umbi pangkah dap.
Dulu larang anwar dan dap berada di pwtc, sekarang boleh berucap lagi.
Dah buang tebiat.
Atau dah huru hara cara pikir orang umno.

Anonymous said...

Parti kris takda langsung setiakawan.
Pas dah paham.
Banyak kali kena.
Bersatu pun dah kena.
Paling baru, kris suruh sokong komunis dapig.
Habis mca dan mic nak letak ceruk mana.
Gabungan bn pun kena cantas.
Alamat cepat pupus parti kris.
Parti busuk sesuai dengan pakatan hancing.

Tunggu komunis dapig tibai kris.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails