Tuesday, May 23, 2023

Ini cakap kosong PMX, ajar dia..

 

Anwar dan Hamzah dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada hari ini, 22 Mei 2023.

1.  Tiada dasar ekonomi baharu drastik sejak PMX kemudi negara

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai dasar ekonomi baharu dan drastik yang dilaksanakan sejak Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemudi pentadbiran negara di Putrajaya.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, syarikat konglomerat dari dalam dan luar negara keliru terhadap usaha kerajaan bagi melonjakkan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.

Menurut beliau, pihak tersebut turut meminta langkah kerajaan untuk merancakkan sektor berkenaan dengan mengambil kira kebimbangan terhadap penguncupan ekonomi dunia ketika ini.

“Ini kerana ramai yang mengatakan tidak ada dasar ekonomi yang jelas, jadi mereka tertanya-tanya apakah dasar utama yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi malaysia pada hari ini (sekarang).

“Belanjawan Madani yang diumumkan itu, bukan satu hala tuju sebenarnya kerana tidak mempunyai sasaran keberhasilan yang jelas,”  katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, pagi tadi.

Selain itu Hamzah berkata lagi, kekeliruan itu bertambah parah apabila kerajaan terus berdolak- dalik dalam masalah tender yang pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu, Perikatan Nasional (PN).

Beliau menegaskan, disebabkan keperluan mendesak projek tebatan banjir yang melibatkan beberapa buah negeri, seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor diluluskan secara tender terbuka.

Tambah Ahli Parlimen Larut itu, tindakan kerajaan mengubah daripada tender terbuka kepada kaedah fast track kemudian tender terhad menyebabkan banyak pihak keliru termasuk agensi pelaksana dan pelabur.

“Ketika keputusan untuk tidak mengadakan tender terbuka, tiba-tiba ada pulak yang mengatakan fast track akhirnya menjadi tender terhad. 

“Ini adalah menjadi sesuatu yang menyebabkan pelaksana sendiri keliru dan ini juga akan menjejaskan kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara sebagai contoh,” katanya.

Sebaliknya Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menafikan wujud kekeliruan tersebut kerana membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia, Vietnam dan China pada suku pertama tahun ini.

Malah katanya, ekonomi negara turut berkembang lebih kukuh unjuran Bank Negara serta kadar pengangguran semakin menurun pada suku keempat tahun lalu meskipun ada runggutan.

Selain itu pelaburan diluluskan pada suku pertama 2023 mencecah RM71.4 bilion, iaitu peningkatan 60 peratus pada suku pertama tahun lalu termasuk pelaburan Geely, Tesla dan sebagainya.

“Maknanya ada dasar yang jelas yang mereka ketahui, begitu juga disebut umpamanya tentang rungutan biasa kita dengar dan saya boleh terima tiada masalah.

“Penyelesaian bukan muktamad, saya boleh ambil kira dan boleh buat penyesuaian yang perlu kerana yang penting adalah menjana pertumbuhan lebih rancak,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/5/2023   


2. PAS tidak tewas di desa, menjalar senyap meroboh tembok kota 


RUPANYA artikel yang ditulis oleh Murray Hunter di bawah ini yang mencuit pimpinan PH seperti P. Ramasamy, sehingga menulis beberapa artikel untuk menumpaskan Gelombang Hijau dan PAS. 

PAS bukan sahaja mengukuhkan tapaknya di kawasan kampung-kampung. 

Kini PAS dan PERIKATAN NASIONAL sedang menjalar dengan penuh ketenangan merempuh dinding-dinding penghalang di kawasan separa-bandar dan bandar. 

Wajah kepimpinan PAS yang pelbagai sama ada ulamak, profesional, pendidik dan aktivis parti telah menarik minat rakyat yang pelbagai jua. 

Kehadiran pimpinan parti lawan ke dalam PAS juga, pastinya menambahkan lagi kepelbagaian watak dan imej PAS. 

PAS dengar akar tarbiahnya perlu bersedia menerima kemasukan insan yang datang dari pelbagai latar, personaliti, penampilan dan juga pemikiran. 

Watak pelbagai itu satu anugerah, yang lebih besar adalah dasar perjuangannya adalah sama yakni Islam. 

Ustaz Mad, Dr Sam, Sanusi dan Cikgu Shukri mereka ini wataknya berbeza-beza, yang mampu menarik segmen rakyat yang berbeza. 

Namun, mereka menirus pada perjuangan yang sama yakni Islam. Ibarat ‘funnel’, muncungnya luas melebar namun dibawa menirus ke dasar yang sama. 

Akar perjuangan yang kukuh, menerima kepelbagaian watak dan pendekatan membuatkan PAS cukup bersedia menjadi parti yang meneduhi kepelbagaian rakyat. 

PRN ini nanti, kita bergerak ke gerbang jasa bukan hanya tidak tertewas di kawasan kampung malah menjalar menawan kawasan separa bandar dan bandar. Insya-Allah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 22/5/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini cakap kosong PMX, ajar dia..

Bagaimana mengajar seorang PMX yang kokoknya berderai-derai tapi ekor bergelumang najis?

Mudah saja, tolong kempen rakyat Malaysia supaya UNDI PAS/PN. Naikkan parti kebajikan rakyat bersih rasuah, parti Islam Agama bagi Persekutuan. Tolak pemimpin bernajis, karib perasuah!


5 comments:

Anonymous said...

Pelacur Geely Tesla tu kerajaan terdahulu punya pelabura. Brother tumpang nama ajer..


Alahaiiii....

Dasar barua elelkkkkk

Malaysia Darul Jubo

Anonymous said...

Kalau PN menang nanti ( insyallah menang PRN) Dan kerajaan bertukar Maka
1. Ujudkan pemodal pemodal Melayu' menguasai ekonomi
2. Ujudkan kapitalis Melayu' sebanyak mungkin
3. Ujudkan beratus ratus billionaire Melayu' agar negara tidak bergantung pada kapitalis mafia Mata Sepet bertuankan Lee Kwan Yew walaupun mafia Mata Sepet itu warga nagara Malaysia
4. ujudkan rangkaian Kartel Kartel Melayu'
5. Jika perlu dinujudkan rangkaian mafia mafia Kartel Melayu' Maka ia jugak perlu dilakukan
6. Mengembangkan ekonomi orang Melayu' bila kesemua diatas sudah terbentuk


Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti

Anonymous said...

Boikot jam SWATCH... Act Now .!!

Sokongan kumpulan rock Britain, Coldplay, terhadap masyarakat lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

Coldplay dijadualkan mengadakan konsert pertama di Malaysia pada November. Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS mendesak supaya konsert itu dibatalkan atas alasan menggalakkan budaya hedonisme dan songsang.

CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr berkata, syarikat itu telah lama dikenali kerana meraikan pelbagai lapisan masyarakat menerusi jam tangan yang “berwarna-warni dan menyeronokkan”.

Anonymous said...

Apa yang tiada pas.
Dulu pas kampongan, sekarang dah tembus bandaraya.
Al jub hanya tumpu kumpulan elite, kampongan dibiarkan.
PAS untuk semua dan matang.
Al jub hanya untuk cina, melayu nombor dua.
PAS introduce politik ikut hukum yang tidak bebankan mana mana pihak.
Al jub introduce politik liberal yang membebankan minda dan naluri beragama.
PAS mensucikan apa yang suci, haramkan yang haram.
Al jub mensucikan yang haram, haramkan yang suci.
PAS cakap serupa bikin.
Al jub cakap lain buat lain.
Team PAS tidak kaut khazanah bila berkuasa.
Team al jub bertambah kaya bila dapat kuasa.
Team PAS bebas maksiat.
Team al jub yang maksiat diberi jawatan.
Presiden PAS bebas maksiat.
Al jub seorang yang banyak lakukan maksiat.

Rakyat buka minda, hidup sehat bersama parti yang sehat.

Anonymous said...

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap tiada lagi salah faham membabitkan hiasan, termasuk membabitkan potret pemimpin di Dewan Merdeka.

Katanya tiada hiasan kekal di dewan tersebut kerana ianya akan digubah mengikut kesesuaian majlis dan program.

(C&P)

Ni lagi contoh ayat celaka. Menafikan sumbangan pimpinan suatu ketika dulu. Atau nak ganti ngan gambar si kitul. Gambar eng guan. Gambar siang kit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails