Tuesday, May 02, 2023

Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

1. Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS

KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.

Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.

Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.

“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.

Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.

“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. – HARAKAHDAILY 1/5/2023


2. PN Pulau Pinang sedia tewaskan DAP 


PERTEMUAN tidak rasmi antara saya dan Pengerusi BERSATU Negeri bermula dengan topik jemputan beliau ke kenduri kahwin anak beliau minggu hadapan.

Kami berbincang banyak perkara terutamanya mengenai persediaan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Insya-Allah PERIKATAN NASIONAL Pulau Pinang berazam untuk merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada DAP atau PH yang terang lagi bersuluh bersikap diktator dalam banyak perkara merampas hak rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni mereka.

Projek-projek gajah putih mega adalah langkah rakus mereka dengan penuh beragenda menjarah tanpa belas kasihan kepada rakyat jelata.

Terbaru Ketua Menteri mengumumkan akan menambak pulau tidak lama lagi. Apa mereka peduli kepada nasib nelayan dan rakyat terhadap bekalan ikan segar berbanding agenda besar itu.

Banyak lagi isu-isu negeri ini yang sangat membimbangkan jika mereka terus berkuasa. Nasib rakyat terus diperjudikan demi agenda besar mereka. 

Bagi ahli politik, sudah tentu dapat membaca segala tipu daya, helah dan manipulasi mereka melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan bahkan ada yang sudah menjadi tragedi yang merugikan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Kroni diutamakan,
Rakyat jadi taruhan,
Menyalak itu pembangunan,
Pemukiman ikan bakal dilenyapkan.

Ayuh! Selamatkan Pulau Pinang.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS 
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/4/2023


3. PH hanya minat PSI, pinggirkan Balik Pulau 
Golongan nelayan di Pulau Pinang dilaporkan terkesan dengan prpjek penambakan Penang South Islands (PSI).
GEORGE TOWN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai kepimpinan DAP Pulau Pinang sepatutnya turut menumpukan pembangunan di kawasan Balik Pulau yang dianggap sudah lama terpinggir.

Seorang aktivis masyarakat, Mahdzir Ibrahim berkata, kawasan itu lebih kritikal dan memerlukan usaha pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri. 

Bagaimanapun katanya, kerajaan yang mentadbir Pulau Pinang sekarang lebih berminat terhadap pembangunan di Georgetown, Bukit Mertajam dan selatan Pulau Pinang. 

“Sedangkan kawasan Balik Pulau terus terpinggir dalam arus pembangunan,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya

Dalam pada itu, semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan mendakwa laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) projek Pulau Selatan Pulau Pinang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas sekian lama menunggu.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan akan bermula di Pulau A untuk membina Green Tech Park dengan semua 71 syarat disenaraikan JAS perlu dipatuhi. 

Sebuah perkampungan nelayan di Balik Pulau yang terletak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, pelbagai pihak membantah projek tersebut kerana akan menjejaskan ekosistem dan kesan paling besar akan ditanggung nelayan sehingga ke Perak dan Kedah. 

Sementara itu, sebuah laman berita melaporkan bahawa golongan nelayan yang bakal terkesan dengan projek penambakan Penang South Islands (PSI) melahirkan rasa kecewa kerana tidak menerima jawapan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum kelulusan EIA dibuat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Zakaria Ismail berkata pihaknya masih menunggu jawapan daripada Anwar berhubung projek terbabit.

“Susulan kelulusan tersebut, kami akan mengemukakan rayuan kepada JAS kerana nelayan akan berdepan dengan krisis sumber protein sekiranya projek itu diteruskan,” katanya sepertimana dilaporkan oleh MalaysiaNow. 

Pembangunan pesat di Pulau Pinang sebaliknya didakwa meminggirkan masa depan golongan nelayan di negeri itu.

Pada 2019, ketika Anwar mengadakan pertemuan dengan nelayan melahirkan hasrat mahu bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mencari penyelesaian berhubung krisis yang dihadapi golongan nelayan.

Lebih 6,000 nelayan dijangka terkesan dengan projek itu yang membabitkan nelayan Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak.

Malah menurut laporan portal terbabit, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik semasa berkempen pilihan raya umum lepas menegaskan bahawa PKR tidak menyokong usaha itu.

“PKR berusaha memujuk DAP dan kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

Perjuangan Islam pasti menang, sama ada di dunia atau di akhirat. Seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam kepada pejuang Islam Jabal Tariq. Beliau menyeru pengikutnya memilih antara dua kematian, menang atau syahid sewaktu menyeberang  Selat Gibraltar, untuk membebaskan negara tesebut.

Sekian.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

wah, sedapnya teh tarik terus dari ladang. jadila ikan seluang yang pandai curi umpan, jangan jadi sotong yang makan umpan.

Anonymous said...

Bab bab curi umpan kena tanya dolly. Ini pakar. Umpan kecik umpan besor semua boleh. Umpan madani. Umpan rahmah. SD tak cukup pun boleh tubuh kerajaan. Kerajaan pintu belakang.

Cukup cukup sudah dengan politik tipu. Politik tibai orang melayu dan Islam. Politik luar tabii. Politik dendam. Politik rakus. Politik reka persepsi.

Jom pilih politik yang bersih dan bebas rasuah. Sudah terbukti. Bukan omong kosong. Bukan politik jamuan raya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails