Monday, May 29, 2023

Bukan Islam bantu.. tapi X ekstremis DAP. & K/Madani gila.



1. Ulang tahun penubuhan DHPP: Penguat perjuangan 

PADA 23 Mei 2010 bersamaan 9 Jumadil Akhir 1431H adalah tarikh surat beranak Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah melancarkan penubuhannya dengan penggunaan frasa ‘Penyokong PAS’ di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Kini DHPP bukan lagi sekadar penyokong, tetapi adalah pendukung PAS, penubuhan DHPP adalah bagi membolehkan KPP yang ditubuhkan sejak 2004 bergerak aktif dan bebas dalam PAS sebagai sayap parti seperti mana Dewan Pemuda, Ulamak dan Muslimat bahkan diterima sebagai perwakilan mulai Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun 2010 yang diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sejarah mencatatkan cadangan penyertaan orang bukan-Islam mendukung PAS bukan suatu yang baharu.

Perbincangannya sudah wujud sebelum merdeka lagi semasa Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan menjadi Yang Dipertua Agung. 

Malah, Profesor Zulkifli Muhammad, Timbalan Yang Dipertua Agung melalui kertas bertajuk ‘Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)’ pada 3 Disember 1961 pernah mencadangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS agar mereka diterima sebagai ahli bersekutu.

1985 PAS sendiri pernah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC), suatu entiti kecil sebagai strategi dakwah dan koordinasi politik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7, 1986.

Arkitek dalam sejarah penubuhan DHPP adalah bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Almarhum Ustaz Hassan Shukri. 

Pada akhir 2008, beliau diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Teknikal untuk meneliti Perlembagaan PAS dan menyediakan cadangan keahlian bukan-Islam dalam PAS. 

Kini DHPP juga dibarisi oleh aktivis rakyat yang berganding bahu dengan teknokrat, ahli perniagaan, peguam serta pemegang Ijazah termasuklah Doktor Falsafah (PhD).

Pada 7 Januari 2017, Pejabat ILHAM menerima 12 orang pelajar yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kuasa DHPP Pusat. 

Selepas hampir 2 tahun pada 20 Oktober 2018 bersamaan 10 Safar 1440H 6 orang daripada mereka telah menerima sijil Pengajian Asas Islam di Majlis Konvokesyen ILHAM kali ke 13 di Dewan Dato’ Haji Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar. 

Graduan tersebut terdiri daripada Balendran Balasubramaniam, Balasubramaniam Nachiappan, Baradidathan Saminathan, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan Kong Tuck Wah selain ketua Wanitanya, Mendiang Kumutha Raman.

Sejak PRU 12–2008 lagi, PAS sudah menghantar non-Muslim bertanding (atas tiket parti PKR). 

Bukan setakat itu malah ahli DHPP yang layak dilantik ke jawatan lantikan politik. 

Sebahagian dari mereka dilantik menjadi Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini.

PAS turut mengangkat ketuanya, YB Senator N. Balasubramaniam sebagai Senator pertama DHPP di Dewan Negara. 

Begitu juga ramai pimpinan DHPP di negeri-negeri yang dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, ahli majlis bandaran dan ketua kampung. Mereka telah bersama PAS, mereka juga bertanggungjawab membawa suara PAS. 

Di Selangor, DHPP sudah tubuh di 11 kawasan (Kuala Langat, Hulu Langat, Puchong, Bangi, Pandan, Sg Buloh, Kota Raja, Gombak, Sepang, Kuala Selangor, Kapar) dengan keahlian melebihi 3,000 orang.

PAS Selangor juga telah melantik Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Low Lee Leong. 

Sejak tahun 2016, PAS Selangor pula telah melantik 6 orang ahli DHPP menjadi ahli majlis di 6 Majlis Perbandaran. 

PRU13 yang lepas, PAS Selangor turut mencalonkan Pengarah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) M Rajan yang bertanding di DUN Sentosa manakala Naib Pengerusi DHPP Selangor Kong Tuck Wah bertanding di DUN Rawang.

Selamat menyambut ulang tahun ke-13 buat rakan-rakan seperjuangan DHPP.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 24/5/2023   


2. Guna pelajar sekolah laris panggung  

Mohamed Firdaus Nawi

KOTA BHARU: Belum pernah dalam sejarah kerajaan sebelum ini menggunakan pelajar sekolah untuk melaris panggung bagi menonton filem termasuk melibatkan genre bibliografi pemimpin.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamed Firdaus Nawi berkata, ‘Anwar, The Untold Story’ bukan satu-satunya filem yang dihasilkan melibatkan pimpinan negara.

Katanya banyak filem berteraskan bibliografi pejuang kemerdekaan dan pimpinan negara dihasilkan, namun tidak melalui cara terdesak supaya dilihat pecah panggung.

“Apa lagi dibawa masuk ke sekolah-sekolah, melibatkan doktrinisasi minda anak-anak pelajar terhadap pimpinan politik kerajaan.

“Atas tujuan apa barangkali boleh difikirkan tetapi sepintas lalu boleh dianggap ia sebagai proses cuci minda anak-anak pelajar,” katanya pada kenyataan di sini.

Filem The Untold Story mengisah jatuh bangun perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlatarkan tempoh masa antara 1993 dan 1998.

Ketika itu Anwar memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Filem berdurasi 108 minit itu ditayangkan di 120 pawagam seluruh Malaysia.

Media melaporkan pada hari pertama ditayang mencatat kutipan RM1 juta.

Mohamed Firdaus juga berkata, sekiranya benar seperti disebarkan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek perlu memastikan elemen politik kepartian tidak dilibatkan pelajar sekolah.

“Ia seolah-olah menyuburkan suatu budaya lama ‘Si tukang kebun boleh menukarkan pengetua’ atas kedudukannya dalam sebuah parti politik. Orang lama-lama tentunya ingat kisah tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/5/2023   

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Islam bantu.. tapi X ekstremis DAP. & K/Madani gila.

(i) Dalam sejarah Islam terdapat kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dibantu oleh orang bukan Islam. Contohnya seperti pemandu jalan dalam hijrah awal Rasulullah ke Madinah. 

Begitu juga dalam PAS, sejarah mencatatkan cadangan penyertaan orang bukan-Islam mendukung PAS bukan suatu yang baru. Perbincangannya sudah wujud sebelum merdeka lagi semasa Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan menjadi Yang Dipertua Agung PAS pertama dulu.

Tapi bukan seperti puak-puak bukan Islam ekstremis DAP yang sedang mengganggu PAS sekarang.

(ii) Kerja kerajaan madani sekarang yang belum pernah ada dalam sejarah sebelum ini menggunakan pelajar sekolah untuk melaris panggung bagi menonton filem termasuk melibatkan genre bibliografi pemimpin.

Ini kerja gila yang patut ditolak rakyat negara ini. Bagaimana menolaknya? Pilih kerajaan Islam yang dibawa oleh PAS/PN dalam  PRU akan datang.


19 comments:

Anonymous said...

BERJASA menggesa masyarakat Melayu dan Islam di negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah ‘rasisme’ dan ‘Islamofobia’.

Ketua Pemudanya, Fahmi Bazlan mendakwa, istilah-istilah itu diwujudkan pihak tertentu untuk menyekat bangsa Melayu daripada bersatu.

“Mereka iri hati melihat kesatuan dan perpaduan orang Melayu, akhirnya mereka merasakan bahawa untuk bangkit, menguasai ekonomi dan politik, mereka perlu memecahbelahkan orang Melayu.

“Jadi kesatuan inilah yang sengaja diporak-perandakan dan kemudian diberikan satu gambaran yang buruk, imej rasisme, ekstrim,” katanya.

(C&P)

Anonymous said...

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu dijadikan manifestasi untuk pengundi menolak pemimpin UMNO-DAP yang mahu menyelamatkan diri daripada kes mahkamah mereka sedang hadapi.

Pemimpin tertinggi UMDAP yang sedang berdepan kes mahkamah dilihat seakan sedang berusaha untuk membuang kes rasuah dihadapi mereka, ia terbukti dengan permohonan yang dibuat oleh dua pemimpin mereka baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin tertinggi UMDAP itu membuat permohonan untuk membuang kes rasuah yang sedang dihadapi mereka di mahkamah walaupun sudah berjalan hampir ke penghujung.

(C&P)

Anonymous said...

Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ . Good bye UMNo...!!

Jangan salah kan orang lain , salahkan pemimpin UMNo itu sendiri bila UMNo dikuburkan PRN Jun 2023 ini nanti..

Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.

Kepada penyokong-penyokong DAP pula diminta supaya menyokong Umno. Kerana DAP tahu Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. DAP cukup bimbang jika Umno kalah, dan PH juga akan kalah.

Akhirnya Umno akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya. Dalam erti kata bahasa kasar " UMNo macai DAP yang bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura sana". Itu lah fakta tersirat pemimpin yang jadi barua barua mereka.

Kalau walaun UMNo tak paham dan tak serik juga ko orang tunggu PRN Jun 2023.... UMNo ke laut dalam..!!

Pemimpin bodoh untuk Ahli yang bodoh..!!

Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi pemimpin Dan ahli UMNo yang sebaris dengan DAP Dan Anwar Ibrahim yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.

Keabsahan prestasi UMNo pula akan teruji tidak lama lagi. Ianya akan teruji dalam Jun 2023 dalamPRN di 6 negeri nanti. Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan Umno akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang.

Tungguuuuu...!!

Anonymous said...

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya.

(C&P)

PKR ngan umno,layak umno dok belakang. Tapi pas 43 kerusi. Pkr 36. Tak patut pkr pimpin. Kalau nak buat kerajaan perpaduan.

Anonymous said...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang membangkitkan isu pembentangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 dengan menyifatkannya sebagai “politik murahan”.

“Masa ada dalam kerajaan dia lupa. Bila jadi pembangkang dia bangkit.

(C&P)

Don't forget. Beliau sejak dulu tak sokong ruu ini. Dia lebih senang kalimah Allah dipersendakan oleh non muslim.

Anonymous said...

Petaka dan cobaan, mesia diterajui oleh sisewel,
harga barang siap melambung naik, pendapatan petani & nelayan dijatuhkan, mereka menderita kerana rencana jahat kleptokrat korporat keparat dibelakang phumdap menganyang melayu dibidang ekonomi bagi memiskinkan dan memelaratkan melayu hanya kerana melayu cintakan islam dan etc.
mereka ini rancak bergerak untuk merialisasikan agenda 19** jahanam.

apakah melayu masih belum sedar?

Anonymous said...

Pujuk PAS sertai kerajaan Perpaduan, tapi tugas bahagian belakang sekali...Macam ular saiz besar panjang 20 cm aje kah kah kah..

PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.

Beberapa orang acap kali nak berjumpa PAS dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin.

Ini Anwar nak suruh PAS masuk kerajaan Perpaduan nya seperti macam kepala ular, kecil sahaja. Macam ular besar berukuran lilit badan 30 cm panjang 20 cm, "

kah kah kah...

Kah kah kah

Anonymous said...

Dia kata ada parti terima dana judi. Untuk kempen praya.
Dia kata dia ada bukti.
Dulu pun dia kata dia ada bukti 90 jut.
Maka ditayangkan fotostat gelap.
Katanya ini resit.

Anonymous said...

Dulu dia kata dengan muka yg sangat bersungguh, berteriak riak "hari ini kita (ph) perintah esok minyak turun ... hampas, nak tangkap murid dia (yg dia ajar agaknya) menjadi hoihoiyahoi, .. hampas, kata anti kroni... hampas, kata anti itu ini semua nya hampas, nih kata pn terima dana judi, diabyg bagi tokei judi projek berbilion pada tokei judi dan lantik tokei judi dalam suruhanjaya pilihan raya dan banyak tokei2 ceti berlilit dengan parti dia.
Geng2 yg hina islam di sosmed takbdi sentuh, orang yg memperaoalkan tatacara penarikan isu dimahkamah soal kalimah "Allah" ditahan, penyanyi lgbt dijemput, guru agama berkuliah dipersulit,.

Aku nak dalam isu jawapan si azalina di parlimen tentang jawapan bertulis yg di konarbaring (2nd thought) sebelah petang tu supaya si azalina tampil untuk membuat akuan ber-sumpah dengan lafaz menyatakan yg dia tidak diarahkan secara paksa atau pujuk oleh boss2 dia yg menyebabkan berlaku putar ayat pada sebelah petang tu. buat sumpah laknat jika berani tgk mcm mana,..

Anonymous said...

pemimpin phumdap pandai temberang, makan angin, dan nyanyi hoihoiyahoi saja bila buat amal import, dah punah negara,

teruskan perjuangan menentang regim hoihoiyahoi.
undi PN best, bersih selamat tampa waswas.

Anonymous said...

Alhamdullillah. Pas pandai perintah. Sekian lama pimpinan pas bebas dari salah guna kuasa dan bersih dari rasuah.

Beza dengan kerajaan madani. Perasuah diambil jadi kakitangan. Perasuah berkeliaran dalam kabinet. Perasuah diambil jadi pelengkap sokongan.

Anonymous said...

Kerajaan madani lulus penggunaan Allah di sarawak sahaja. Apakah Allah di sarawak tidak sama dengan Allah di semenanjung. Apa lembam nya bmx. Liberal.

Allah sama di semua tempat. Bingung dibuat oleh bmx yang liberal cetek agama. Kalau di semenanjung non muslim tak boleh guna Allah, di sarawak pun tak boleh. Mudah jer.

Pertahankan Islam.

Anonymous said...

Ini lah contoh PMx "Bapa Pembohong Negara"

Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Brother Anwar Bin Ibrahim.

Keesokkan hari, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Pas akan mengambil tindakan terhadap Anwar ekoran dakwaan itu.

Brother Anwar Bin Ibrahim membalas kenyataan Takiyuddin dengan berkata, “I sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama I tau.”

Cuba fikir, jika benar Brother Anwar Bin Ibrahim memiliki dokumen bukti, sudah pasti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menggunakan bukti itu untuk mendakwa kepimpinan PN di mahkamah dan memohon membekukan akaun berkaitan.

Namun, Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa SPRM gagal menemui sebarang bukti dan tidak membuka sebarang fail siasatan setakat ini.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan Anwar mendedahkan lima bulan lalu bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim memiliki ‘dokuman’ bukti?

Jika benar kenyataan Anwar berasas dan berpandukan ‘dokumen bukti’, kenapa pihak SPRM gagal menemui sebarang bukti setakat ini?

Dulu kuat berjubo, sekarang kuat Pembohong

Lingkup kan saki Baki barua DAP@LeeKwanYew di PRN 2023 Jun nanti..

Anonymous said...

Teringat dulu al jub dengan jemin. Jumpa gambar jemin atas katil bersama seorang lelaki. Bukan main lagi al jub menegur perbuatan jemin.

Simple jer jemin jawab. Cermin muka dulu.

Aduh. Rupanya sama sama tahu amalan luar tabii masing masing.

Sia sia ikut nasihat al jub. Keluar dari mulut seorang yang maksiat.

Anonymous said...


PMX kata kepada Dato’ Taki, SUA PAS, jangan gopoh dan dokumen (bukti) ada bersamanya.

Semalam, akhirnya tuduhan itu terjawab dengan jelas. Sangat jelas.

Tiada dana judi. Titik.

Jawapan ini direkodkan dalam penyata rasmi Dewan Rakyat, bukan sembang kedai kopi.

PN bukan sahaja tidak ambil dana PN, bahkan Kedah jadi negeri seterusnya hentikan operasi premis judi.

(C&P)

Al jub suka luar tabii. Orang rumah pun kena tipu.

Anonymous said...

Ketahuilah kerajaan Perpaduan hari ini sedang menghadapi berbagai serangan daaripada musuh di luar sana. Jangan pula menteri atau ahli parlimen ikut sama memberi beban tanpa memikirkan dahulu isu yang dibangkit itu boleh damej kerajaan atau sebaliknya. Jika anda enggan memuji kerajaan kerana anda tidak ada kedudukan dalam kerajaan cukup anda senyap sahaja.Jangan banyak beri peluruh kapur kerana kalau terlalu banyak ia boleh melumpuhkan juga.

(C&P)

Ada balah juga. Dalaman tak selesai, guaner nak selesai masalah negara.

Anonymous said...

Dewan kata tiada bukti duit judi masuk dalam dana praya pas. Tapi pmx kata dia ada bukti.

Soalannya. Adakah pmx punya kedudukan lebih tinggi dari dewan.

Kalau beginilah nafsu pmx, rosak negara.

Anonymous said...

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Sabah Dan Sarawak, Datuk Armizan Mohd Ali ialah kerajaan tidak mahu memberikan butiran kos penerbangan yang telah digunakan oleh PMX, semenjak mengambil alih kuasa dengan bergabung dengan musuh yang dikatakan rejim yang korup suatu masa dahulu, bersama membentuk kerajaan dengan PH, November lalu. Walau menteri menjelaskan penerbangan itu adalah hak keistimewaan seorang Perdana Menteri, tetapi sehingga ke sudah, kos itu tidak juga beliau berikan.

(C&P)

Anonymous said...

Kalau dah sembunyi kos, faham faham jer lah. Madani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails