Friday, March 10, 2023

Petua reda kecoh -Tuan Ibrahim. & Muhyiddin dakwa terpilih pula..

 


1. Tuan Ibrahim beri petua reda kekecohan

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat, petang ini menjadi gamat apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dilihat cuba memprovokasi pembangkang dengan memberi gambaran mereka tidak arif mengenai ekonomi.

Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) ketika bangkit memberi petua bagi meredakan suasana berkata, menteri ketika menggulung perbahasan tidak sepatutnya memprovokasi pembangkang.

Namun, katanya apa yang berlaku menteri menyebut beberapa kali nama Ahli Parlimen tertentu sehingga menyebabkan Ahli Parlimen berkenaan bangkit bagi mempertahankan hujah.

“Sepatutnya menteri mengelakkan menyebut nama Ahli Parlimen secara direct (langsung) bagi mengelakkan Ahli Parlimen terbabit bangun bagi meminta penjelasan,” katanya ketika mencelah.

Sebelum itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, mengarahkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) direhatkan selama dua hari selepas cuba beberapa kali bangkit bagi mencelah ucapan menteri, namun tidak dibenarkan.

“Pendang direhatkan selama 2 hari, ‘out now’,” katanya. Ini disusuli petugas Dewan Rakyat mengiringi Awang supaya keluar. – HARAKAHDAILY 8/3/2023


2. Kesal pendakwaan terpilih terhadap Muhyiddin 

PAS Negeri Selangor menyatakan solidariti ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang ditahan oleh SPRM yang akan didakwa di Mahkamah pagi ini berkaitan isu-isu yang melibatkan peniaga Melayu dan Bumiputera melalui inisiatif JANAWIBAWA dan pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary.  

Pendakwaan ini dilihat dilakukan secara tergesa-gesa selari dengan naratif ‘hoi ya hoi di sebelah sana‘ yang sentiasa dimainkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2023 dengan tujuan utama untuk mengekang suara oposisi dan menjejaskan reputasi PERIKATAN NASIONAL sebelum PRU Negeri ke-15 yang akan berlangsung tidak lama lagi.  

PAS Selangor mendukung prinsip kedaulatan undang-undang Negara dan yakin bahawa pihak berwajib berhak menyiasat mengikut undang-undang negara, namun kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan suci hati dan hanya dalam kes tulen (collateral purposes) bukannya berpilih-pilih atas agenda dan kepentingan politik.  

PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung Budaya Politik Matang dan Sejahtera, dan akan terus membela golongan yang dizalimi tanpa mengira ras dan agama.  

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor  
10 Mac 2023/ 17 Shaaban 1444 – HARAKAHDAILY 10/3/2023


3. Muhyiddin didakwa enam pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran, Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Takiyuddin Hassan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Petua reda kecoh -Tuan Ibrahim. & Muhyiddin dakwa terpilih pula..

Begitulah kira-kira.

16 comments:

Anonymous said...

dulu barua tua DAP@LeeKwanYew fitnah Bossku akhirnya rakyat tertipu dakyah barua tua bangka ini... Jho low lesap, Zety Masih lepas bebas... Kes caca merba

Skg barua DAP@LeeKwanYew nama Al Jub fitnah Mahiuddin esok Lisa Kes caca marba juga lah nanti ini semua permainan persepsi yg dah basi rakyat dah meluat..

Anonymous said...

Nasib ko lah walaun

Ustaz lagi.

Masjid jadi tokong....x berkaitan isu semasa.... katanya.

Ha ha ha

Sokong ustaz perpaduab.

Anonymous said...

Katanya duit derma.

Tapi orng yg derma dikecuali cukai... katanya....

Derma mende???

Pas ni taraf " ana puas hati " je

Walaun kene tipu lagi.

Anonymous said...

oooohhh.. disebalik ni semacam ada agenda menyerang syed mokhtar albukhari ler ni yer?

Dulu diwaktu sebelum penubuhan kerajaan malaya & mesia oleh british ada usahawan melayu berbisnes buka bank, dia dibunuh khabarnya.

Pastu geng2 al-arqam memulakan bisness barangan "halal" ... pastu boss alarqam kena isa atas dakwaan ajaran sesat.

nota: aku taktahu alarqam tu bagaimana,, sebab mmg tak tau aper dia.. cuma dengar dulu mereka ada buat bisness yg boleh goncangkan perniagaan produk gunapakai & makanan halal sebelum mana2 pehak dimesia ni ambil peduli.

Pastu aku ada dengar cerita taikun melayu yahya ahmad mati sebab heli meletup diudara...
Bab heli meletup diudara ni aku ada sikit pelik la kalau ada yg kata ianya bukan sebab sabotaj sebab heli hanya meletup sekiranya ada bendasing yg boleh meledak didlmnya meledak atau bendasing meledak yg datang dari luar yakni seperti roket yg ditembak mengenai nya.

Tu yg besar2 yg ada aku baca sikit la.. yg kecil tu byk ... malas nak tulis..
buat semakan sendiri boleh tahu ler...

Anonymous said...

nah aritu awal² lagi phumdap dah serang bernas syed mokhtar, kunun monopoli beras, lepas saja syed mokhtar dah tak kontrol beras maka harga beras jadi naik mendadak... tahniah pmx-daipgs.

Anonymous said...

Wak kata ros lulus. Bila tunjuk surat, lain pulak. Bukti pun boleh jadi bahan main. Tipu tipu. Walaun liberal puas hati.

Abam guna pulak pak syed jadi kambing hitam. Kononnya pak syed kontek dgn tipon. Iyer ker. Atau bohong bohong lagi macam selalu.

Skandal forex sangat besau. Pasai per abam buat don't know. Tembak ler kalau berani.

Anonymous said...

Pas cuma dapat derma ikut tin milo.
Tapi parti liberal dapat derma dari zionist.
Cer dedah supaya rakyat puas hati.
Lagi pun presiden liberal 10 yang dia cakap belum ada yang betul.

Harga petrol turun, tipu.
Bermusuh dengan hoi hoi ya hoi, tipu.
Memusuhi rasuah, tipu. Eng guan dan wak.
Ajib bunuh altantunya, tipu.
Beri bantuan banjir, tipu.

Anonymous said...

Hartawan Islam x bodoh mcm walaun.

Skarang dah sokong DSAI. Silap2 bleh jadi saksi pendakwaan lagi.

Nasib le kau walaun

Kah kah kah

Anonymous said...

oooh itu pasal ler tokey berjaya sport toto dapat kontrek direct nego dari selangor yer...
takder perper tu tau.. kalau ada yg kata ader perper nanti kena saman tau..
hahaha ...
budak2 kata papa pope madani rahmah butterfly mentega jelly tu takleh di sentuh tau... sebab dia tu brahmin lepasan major sastera melayu + minor pengajian sastera tamil jadi sangat power lah bermantra tamil kuno.

Anonymous said...

Dulu pkr & dap kata nak lelong putrajaya..
sekarang ni dah tak jadi... yang dilelongsekarang ni tanah melayu dari melayu agak nya ya...

Anonymous said...

Sekarang nih pmx bagitau yg melayu terdesak kewangan kena buat pinjaman bank dgn membuat cagaran duit Epf yg jelas mengikut akta Epf yg duit tu tak boleh dibuat cagaran pinjaman, apa papa-x tak tau law Epf ker,, tu satu, yg keduanya kena bayar bunga lagi.. silap aribulan pinjam seribu kena bayar 10ribu, pinjam 10ribu kena bayar 100ribu.. bodoh bangang tahap dewa nih dia punya formula.
oh ya masa penjajahan 22bulan dulu peniaga pasar malam cina diberi loan tampa bunga tampa cagaran oleh menteri kewangan dapigs..
hah.. itu berapa banyak dan dibayar balik ke tidak?
senyap sepi jer nih mana boleh.. lagi kan itu duit diambil dari BSN, bank asal duit simpanan melayu kampung dekat pejabat pos yg unit itu "dipindahkan" oleh ameno dan ditubuhkan menjadi bank simpanan... duit modal tu duit simpanan petani dan nelayan melayu.. dah ler acap kali kena sakau.. tetiba ada dapigs bagi loan yg mcm bagi duit free kat puak cina... apa ke jadah nya tu yer..
kalau merungut pasti melalak la baruah2 dapigs nih kata melayu kampong rasis.

susah sangat ker nak faham benda yg semacam nih hah.

Anonymous said...

Bukan pendakwaan terpilih la pak ibnuhasyim,
budak2 kampong kata yg ianya "Pendakwaan Bersasar" dari arahan pm.sasau kuasa..
Bila aku dengar budak2 kata mcm tu... terpikir jugak la... macam logik jer.

Anonymous said...

Teloq papa dah jadi mainan lato lato. Tup tap tup tap. Pasai tu dia tak berani sentuh komunis dapig. Nanti komunis dapig sentap. Putus tali lato lato. Dah tak boleh masuk trowong belakang.

Ada ka logik surat rose nak ditipu. Dah tu jadah aper ker memurnikan yang salah. Papa dah bagi tau setiap yang kotor, boleh dimurnikan. Bohong boleh murni. Rompak boleh murni. Fitnah boleh murni. Lgbt boleh muri. Epf boleh murni. Pendek kata ni lah madani.

Anonymous said...

Tu pendatang cina sejuta apa aljub buat. Cari dalang yang bagi passport. Itu lagi bahaya. Sapa yang bagi rasuah. Sapa yang ambik rasuah.

Kalau pasai bangsa melayu, tibai rapat. Yang tembus keselamatan negara buat deek jer.

Anonymous said...

Aljub and the gang.
Tibai politisen melayu.
Tibai usahawan melayu.
Tibai jutawan melayu.
Tibai negeri melayu.
Tibai ulamak melayu.
Tibai ustaz dari beri tazkirah.
Tibai bantuan banjir orang melayu.

Hawaii Five 0 said...

Sayang sungguh...allah beri peluang kepada anu-war jadi PM setelah menunggu selama 25 tahun. Tetapi dia tidak menghargai peluang itu untuk memerintah dengan ikhlas untuk kebaikan rakyat Malaysia. Rupa-rupanya peluang yang diberikan adalah untuk menunjukkan sifat dan isi hatinya yang sebenarnya. Adakah ini jalan terakhir kepada kematian riwayat politik anu-war????Kita saksikan kisah ini seterusnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails