Wednesday, February 08, 2023

Lagi, bahaya premis hiburaan. 18 ditahan & rompak bersenjata.

 

ACP Amihizam Abdul Shukor berkata tangkapan itu melibatkan tiga lelaki tempatan dan 15 warga asing termasuk 12 wanita berumur lingkungan 20-an hingga 40-an. - Foto fail/BERNAMA

HALAMAN HIBURAN
1. 18 pengunjung premis hiburan ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
KUALA LUMPUR: Seramai 18 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini ditahan pada awal pagi Isnin kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata serbuan pada pukul 1.15 pagi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
"Tangkapan itu melibatkan tiga lelaki tempatan dan 15 warga asing termasuk 12 wanita berumur lingkungan 20-an hingga 40-an.
"Serbuan turut membawa polis kepada rampasan dadah jenis cecair methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) sebanyak 14.77 liter, 441.6 gram (g) serbuk MDMA dan 7.6g ketamin," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata saringan awal air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin. 
Amihizam berkata dua daripada suspek direman sehingga 12 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 16 lagi direman sehingga 9 Feb ini untuk disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan 15(1)(a) akta sama.
"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM13,810 ini boleh dibekalkan kepada 150 penagih dan polis masih menyiasat sumber bekalan dadah berkenaan.
"Pemeriksaan rekod jenayah ke atas semua tahanan juga masih dijalankan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan rampasan dadah ini boleh menghubungi 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
2. Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata 
Hanyan Ramlan (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas dari suspek. - Astro AWANI

KEMAMAN: Dua pekerja pusat hiburan yang dipercayai terlibat melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Bandar Chukai, Kemaman diberkas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Kemaman.
Menurut Hanyan ketika kejadian pemilik kedai serbaneka tersebut sedang duduk di hadapan kedai bersama dua rakannya sebelum didatangi suspek yang menaiki bermotosikal kira-kira jam 1.45 pagi.
Katanya kedua-dua suspek kemudiannya mengacukan senjata menyerupai pistol dan sebilah pisau ke arah mangsa sebelum melarikan wang dan barangan peribadi milik mangsa.
"Dalam kejadian ini, kerugian berjumlah hampir RM5,000, tiada kecederaan yang dilaporkan.
"Saya nak nyatakan di sini kejayaan Task Force IPD berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh satu jam setengah, selepas kejadian berlaku, ini adalah bantuan daripada CCTV dan juga maklumat orang awam yang ketika itu berada di sekitar premis tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif metamfetamin selain turut mempunyai jenayah rekod lampau berkaitan rogol dan dadah.
Jelasnya suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Hanyan berkata dengan penahanan suspek terbabit dipercayai telah menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes rompakan bersenjata berkumpulan di daerah itu sejak Oktober tahun lalu. -Astro AWANI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, bahaya premis hiburaan. 18 ditahan & rompak bersenjata.
Bila lagi pihak kerajaan nak kaji balik konsep hiburan maksiat bertopeng kononnya hiburan untuk rakyat? Mengapa kerajaan tidak peka tetapi masih pekak?

16 comments:

Anonymous said...

Beranikah anwar mendedahkan perbelanjaan besar pru 15.
Sumbernya dari mana.
Adakah dari sumber dalaman.
Atau dari sumber luar negara.
Bahaya buat rakyat jika pimpinan berlagak suci.

Anonymous said...

Pi tanya Suhakam, depa dah bagitau lama dah yg ph dapat biaya dari NED Soros, bajet CIA ala carte,
Media The Star pun ada sebut soal suhakam menyinguh perkara tu dan keselamatan negara sekiranya pehak tajaan zionis berjaya ke puterajaya dgn bertopengkan Melayu.

Anonymous said...

Tolak Islam extreme.

Tolak angan2 tegakkan Islam atas dasar perkauman.

Tolak angan2 lantik orang agama yg tak tahu perintah...tapi nak juga jadi yb.

Anonymous said...

Bro an kata prestasi wak terbaik. Masalahnya sebab wak umno dapat 26 kursi.

Anonymous said...

Penyamun kawal penyamun.

Anonymous said...

Tolak hoihoiyahoi extreme.
Tolak auta spin sana spin sini extreme,

Anonymous said...

Tolak penyamun jado yb dan hendaklah lebih menolak cikgu penyamun jadi yb.

Anonymous said...

Jom tolak pimpinan bertopengkan suci.
Mensucikan rasuah.
Mensucikan nepotism.
Mensucikan fitnah.
Mensucikan komunisme.
Mensucikan pengkhianatan kepada bangsa melayu.

Memuji rasuah.
Memuji nepotism.
Memuji fitnah.
Memuji komunisme.
Memuji pengkhianatan kepada bangsa melayu.

Anonymous said...

Bro an melantik anak papa sebagai penasihat kewangan.
Kononnya anak papa layak dilantik.
Masalahnya anak papa ditolak oleh pengundi.
Anak papa tewas di kampong halaman.
Apakah anak papa worth it.
Atau papa nak make it survive buat anak papa.
Atau anak papa yang minta kat papa.
Jawatan setelah tak releven dalam politik.
Agak besar juga nepotism nya.

Anonymous said...

Tolak pn dan pas

Tolak Islam extreme dan Melayu x tahu memerintah

Anonymous said...

Tolak ekstreme komunis.

Anonymous said...

Yeh yeh. Udah boleh main mercun. Udah boleh bakor duit. Udah boleh ubah budaya.

Anonymous said...

#mErOyAn
#MeRoYaN
#MEROYAN

#BUBARPAS
#BUBARpas
#bubarPAS
#BubarPas

Anonymous said...

Gentar lah tu. Sampai nak sangat pas bubar. Insya Allah pas istiqamah. Jom sokong pas.
Kita tolak geng suci sangat.

Anonymous said...

Bro an angkat dirinya sebagai sangat suci. Sentiasa tempelak group ustaz. Sentiasa melakukan fitnah terhadap group ustaz.

Melebel group ustaz dengan pelbagai lebel. Akhirnya supaya group bro an diangkat suci. Group ustaz dipandang hina.

Ini satu aqidah yang sangat bahaya. Menjadikan fitnah sebagai satu rukun politik. Menjadikan penyelewengan wang bantuan banjir sebagai rukun politik. Menjadikan nepotisme sebagai rukun politik. Menaik taraf kluster mahkamah dengan diberi jawatan penting sebagai rukun politik.

Inilah akibat bila terlalu bergantung dengan komunis dapig.

zack said...

Tolak menteri mercun bola dapigs.. Ada syer sama tokey mercun kah? Menteri dapigs nk bakar wang rakyat bukan nak kasi wang sama raykat.. Kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails