Sunday, March 20, 2022

Lelaki dipenjara 104 tahun kerana gambar bogel.. Gila?

 

Lelaki dihukum penjara 104 tahun kerana jenayah seksual

TAIPEI: Mahkamah Agung mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Taiwan terhadap seorang lelaki atas kesalahan meminta gambar bogel daripada lebih 80 gadis bawah umur.

Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara maksimum 104 tahun dan dua bulan yang tidak boleh dirayu lagi, selain direman bagi dua jenayah lain di mahkamah rendah untuk perbicaraan semula.

Menurut Mahkamah Agung dalam keputusannya pada 10 Mac lalu, lelaki berusia 26 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Lin, disabitkan kesalahan menggoda 81 kanak-kanak perempuan secara haram, termasuk ada yang berumur lapan tahun.

Tertuduh didapati mempengaruhi dan memujuk mangsa mengambil gambar bogel mereka yang berunsur lucah dan menghantar kepadanya melalui pentas media sosial.

Semua kesalahan itu dilakukan antara Mei 2014 dan Julai 2017, menyebabkannya dibuang daripada program ijazah di Kolej Perubatan Universiti Nasional Taiwan (NTU), sejurus selepas dakwaan muncul pada 2017.

CNA melaporkan, Lin mengaku salah bagi semua pertuduhan apabila ditahan pada 2017 dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Taipei serta dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana melanggar Akta Pencegahan Eksploitasi Seksual Kanak-kanak dan Belia.

Dalam keputusan minggu lalu, Mahkamah Agung berkata walaupun ia bersetuju dengan kebanyakan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Lin, dua jenayah yang didakwa membabitkan salah seorang mangsa memerlukan penjelasan lanjut.

Justeru, kes itu dihantar balik ke Mahkamah Rendah untuk perbicaraan semula.

Memetik kenyataan beberapa mangsa, mahkamah berkata sebaik saja gadis-gadis itu menghantar gambar pertama, Lin akan meminta gambar lain, mengancam untuk mendedahkan tindakan mereka kepada keluarga mereka dan orang lain jika mereka enggan. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimLelaki dipenjara 104 tahun kerana gambar bogel.. Pada saya, itu undang-undang gila?

1 comment:

Anonymous said...

Dedah gambau bogel hukum berat di Taiwan.. tak tai lah kala jenayah AMLA di Taiwan mungkin hukum 500 tahun atau hukum tembak trus..


Sib baik berlaku di Malaysia ...


KhALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails