Tuesday, March 22, 2022

Lagi mngenai kes ‘Perempuan Itu’..

 

HALAMAN HIBURAN

1. ‘Perempuan Itu’: Salah dari segi agama dan adat ketimuran

KOTA BHARU: Adegan panas ‘teaser’ drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen ketika ini, tidak sesuai dengan budaya tempatan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

“Kita serah kepada K-KOMM untuk mengambil sebarang tindakan. Dari sudut panduan agama, budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Muaythai Kebangsaan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan K-KOMM bagi mencari satu ketetapan, garis panduan dan solusi supaya perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sementara itu, Ahmad Marzuk meminta orang ramai merujuk mufti di negeri masing-masing bagi menjawab persoalan sama ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 perlu membayar zakat 2.5 peratus.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19. – BERNAMA

2. Drama ‘Perempuan Itu’ tidak wajar disiarkan – JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan drama ‘Perempuan Itu’ tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, JAKIM mengambil perhatian serius isu video sedutan drama itu yang tular di media sosial.

“Berdasarkan penelitian, Jabatan ini menentang keras penyiaran program seumpama ini yang jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Justeru, beliau menegaskan, drama seumpama itu tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadan.

Katanya lagi, JAKIM telah menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Sehubungan itu, tambahnya JAKIM menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu-isu seumpama itu.

Ini, ujarnya kerana ia akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat khususnya golongan remaja dengan budaya dan norma yang bersalahan dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat Malaysia.

“JAKIM tidak akan berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang,” ujar beliau. HARAKAHDAILY 22/3/2022

1 comment:

Anonymous said...

Kes 1MDB ini elok tangkap dan rampas serta bekukan harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..

Dolu DoJ , Wall Straight Journal, CNN NST sekarang ni naik pulak nama FBI... depan bijik mata keluarga penyamun buat buat tak nampak...!

Puiii..!!

Apa pula istimewa Taufik Ayman suami pada Zety di mata agensi kerajaan Malaysia. Susah nak tangkap Zety elok kerajaan tangkap Taufik Ayman dan anak Zety.

Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?

“Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini"

Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulenan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.

Rakyat bertanya Rules Of Law apa yang digunapakai untuk Zety dan keluarga penyamun ini..!?

The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai antara rakan kongsi dalang 1MDB, Low Taek Jho dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia ditubuhkan pada 2007.

Apa yang rakyat boleh harapkan jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? What is so special about Zety berbanding orang lain..?

Kalau Zety bekas Gabnor semasa Tun berkuasa dan di lantik pula jadi Pengerusi PNB dengan gaji sangat lumayan.

Nampaknya Zety sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG.

Elok lah tangkap suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini.

Taufik dan anaknya bukan ada jawatan besar dan berpengaruh dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Takkan Taufik Ayman juga dapat layanan istimewa seperti Zety.

Kalau susah nak tangkap Zety sebab dia ex Gabnor Bank Negara dengan pengaruh hebat disekeliling nya.

Elok tangkap Taufik Ayman dan anak beranak Zety saja.... Bangkai gajah kalau ditutup lama lama akan busuk juga.

Kes 1MDB ini elok tangkap saja beku dan rampas harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails