Saturday, March 26, 2022

Kedah: Judi 'halal'? Pelabur yakin, & ketum tambah pendapatan

 

1. Judi ‘halal’ berjaya diharamkan Kerajaan Negeri Kedah

KERAJAAN Negeri Kedah melakar satu lagi kejayaan apabila pentadbiran negeri menetapkan untuk tidak lagi menyambung lesen perjudian di Kedah dan akan ditamatkan pada 31 Disember 2022.

Larangan ini merangkumi semua lesen premis perjudian, iaitu ejen agensi nombor ramalan (NFO) dan kelab persatuan (judi).

Pasti ramai maklum bahawa pengumuman telah dibuat lebih awal iaitu pada November 2021. Namun pelaksanaan dan pengesahan kepada cadangan ini memakan masa kerana Kementerian Kewangan adalah satu-satunya agensi yang meluluskan lesen perjudian.

Kuasa kerajaan negeri pula berkisar kepada kuasa untuk mengeluarkan dasar kepada pihak berkuasa tempatan bagi pengawalan lesen premis perjudian sahaja.

Nasib kurang menyebelahi kerajaan negeri apabila MOF baru sahaja memperbaharui semua lesen yang dipohon oleh operator sebelum pengumuman oleh Menteri Besar Kedah pada 11 November tahun lalu. Maka pelaksanaan tetapan ini tidak dapat dilaksanakan sejurus pengumuman.

Selepas perbincangan bersama MOF. Kerajaan negeri bersetuju supaya lesen perjudian diberhentikan pada 31 Disember 2022.

Kejayaan melarang perbuatan tidak bermoral dan merosakkan masyarakat seperti judi di Kedah bukanlah kali pertama disaksikan. Negeri-negeri lain di bawah pentadbiran PAS seperti Kelantan dan Terengganu telah mendahului dalam usaha mencegah kemungkaran ini.

Mungkin akan ada yang mencebik dengan mengatakan judi secara haram masih berleluasa bahkan mungkin semakin giat setelah pengumuman ini. Namun adakah perkara ini menjadi hujah untuk membiarkan perbuatan seperti judi dihalalkan dan diredai sahaja dengan meletakkan pelekat ‘perniagaan berdaftar’?

Isu perniagaan pasaran gelap adalah isu yang perlu pengurusan khusus berbanding isu perjudian yang boleh menularkan wabak sosial lain. Namun kita yakin usaha dan komitmen Kerajaan Kedah untuk memastikan perjudian haram juga dapat ditegah.

Usaha ini adalah bukti jelas usaha amar makruf nahi munkar yang dibawa PAS bukanlah slogan semata-mata. Namun ia menjadi pemandu utama dalam memastikan perjuangan PAS terus bertenaga dalam arena politik yang penuh gelojak.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 25/3/2022

2. Pelabur yakin keupayaan kerajaan PN Kedah

ALOR SETAR: Kejayaan kerajaan negeri menarik pelaburan sehingga RM68.3 bilion tahun lepas membuktikan keyakinan pelabur terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, pencapaian itu akan membawa kemakmuran kepada rakyat Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, kejayaan tersebut turut mendapat pujian daripada Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika perasmian pembukaan Sidang Dun Ahad lalu.

“Kejayaan itu juga hasil usaha gigih semua pihak termasuk pegawai kerajaan, barisan Exco, Adun dan pelbagai pihak.

“Langkah kerajaan PN Kedah meneruskan projek kerajaan sebelum ini menunjukkan menteri besar lebih mengutamakan kemakmuran rakyat mengatasi batasan fahaman politik,” katanya di sini.

Siti Ashah yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri berkata, kejayaan yang berjaya diraih tersebut menunjukkan Kedah di bawah pentadbiran PN lebih stabil dan harmoni.

“Projek berskala besar yang dirancang sebelum ini seperti Kedah Rubber City dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dibangunkan untuk kebaikan,” tambah beliau.

Menurutnya juga pencapaian tersebut merupakan kejayaan besar ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Oleh itu kata beliau tiada sebab Dun Kedah perlu dibubarkan seperti dimomokkan setengah pihak yang tidak senang hati dengan kejayaan kerajaan sekarang.

“Dalam tempoh dua tahun pun pelbagai kejayaan dan kebajikan untuk rakyat dilaksanakan. Maka amat wajar sekali ia dikekalkan pada PRU akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2022

3. Ketum boleh jadi pendapatan tambahan pekebun kecil - Mahdzir 

Mahdzir (dua kanan) memegang replika bantuan kelengkapan persekolahan berjumlah RM60,000 kepada 300 anak pekebun kecil pada Majlis RISDA Prihatin Pekebun Makmur Tahun 2022 di Dewan Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah, di sini, hari ini. - Foto NSTP/ Noorazura Abdul Rahman

PADANG TERAP: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mungkin akan menjadikan ketum sebagai sumber pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sekiranya kerajaan memberi kebenaran mengeksport tumbuhan itu ke luar negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perkara itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan kerajaan kerana kini masih dalam peringkat perbincangan pelbagai agensi.

"Suatu hari nanti kerajaan akan membuat keputusan mengenai perkara ini, kajian-kajian sudah dibuat di seluruh dunia dan kebanyakan negara sudah ada kajian mengenai bagaimana ketum boleh digunakan dalam bidang perubatan.

"Tetapi, saya ingat biarlah perkara itu diuruskan Kementerian Kesihatan (KKM), banyak agensi sedang berbincang termasuk pihak keselamatan dan kerajaan negeri. Cuma apabila tiba masanya nanti kita tengok bagaimana keputusan kerajaan yang positif kepada ketum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis RISDA Prihatin Pekebun Makmur Tahun 2022 di Dewan Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ali Sabuddin Abd Samad.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mencadangkan Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menegaskan kementeriannya tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand.

Hamzah dilaporkan berkata, perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuat kuasa di negara ini antara lain melarang sebarang aktiviti mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, pada masa kini ketum mendapat permintaan dan juga harga yang tinggi.

"Jika sudah diluluskan untuk eksport pada harga berpuluh ringgit sekilogram kenapa tidak, boleh tambah pendapatan peserta.

"Dulu RISDA pernah menyuarakan perkara ini, tetapi kerajaan tolak pada waktu itu, kalau lepas ini eksport ketum dibenarkan RISDA boleh masuk," katanya.

Ketika ini terdapat 552,000 pekebun kecil di seluruh negara yang mengusahakan tanaman getah seluas 1.1 juta hektar.

1 comment:

Anonymous said...

Tolak judi arak sesuai sangat. Tiada agama yg halalkan arak dan judi. Yg sukar bila ada yg konon Islam tapi terus menerus buat sindiran bila haram arak dan judi. Kelompok ni ramai dlm parti liberal dan parti kuali.

Tapi masa pee hancing jadi kerajaan, bawak pesta arak. Habis bila nak hapus arak. Ramai yg mati sebab kena langgar dengan pemandu mabok. Parti liberal dan parti kuali tak akan berani larang parti legasi komunis minum arak dan main judi. Nanti tak dapat jadi pm. Khianat sangat pada bumiputera.

Reformasi konon. Reformasi bawa rebah. Harap bila kerajaan pas larang judi dan arak, akan jadi ikutan kerajaan persekutuan. Biar berperinsip, jangan jadi kaldai tunggang parti legasi komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails