Thursday, March 24, 2022

Imbas, jom lihat Roketkini.com yang bebal...

 

UNCATEGORIZED Ketua Armada usah malas baca, asyik salahkan DAP – Dr Kelvin Yii Pada oleh 

Imbas, jom lihat Roketkini.com yang bebal...

Kenyataan media Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii merangkap Ketua DAPSY


Pakatan Harapan (PH) sejak dahulu lagi konsisten dengan pendirian bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 merupakan akta yang bersifat draconian dan ia jelas sekali melanggar hak asasi manusia dan menzalimi rakyat.

Akta ini juga jelas tidak sehaluan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedaulatan kepada prinsip-prinsip demokrasi seperti hak bersuara dan hak berhimpun. Justeru akta ini haruslah ditolak – lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini boleh disalah guna oleh pemimpin-pemimpin zalim yang cuba menahan individu berlainan pendapat dan ideologi politik.

Walaupun pelbagai jaminan telah diberikan oleh pihak kerajaan bahawa akta ini tidak akan digunakan terhadap pihak berlainan ideologi atau fahaman politik, akan tetapi penahanan Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin Abdullah, peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jelas menunjukkan akta ini boleh disalah gunakan dan haruslah ditentang.

Maka, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal haruslah berhenti memesongkan fakta dan bermain politik murahan melalui cubaan beliau untuk menyalahkan pihak DAP atas kekalahan pihak kerajaan dalam undi RUU “lanjutan Seksyen 4 (5) SOSMA”.

Tidak dinafikan isu keselamatan negara adalah sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diambil berat oleh setiap pihak. Namun terdapat undang-undang sedia ada yang sudah memadai untuk menangani isu-isu keselamatan dan juga kesalahan di bawah SOSMA ini.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code) untuk menahan mana-mana suspek dalam isu kesalahan keselamatan.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code), sebelum tamat tempoh 24 jam, pihak PDRM boleh memohon untuk melanjutkan penahanan melalui permohonan reman di hadapan Majistret. Untuk kes-kes berat, tempoh reman yang diberikan adalah selama 7 hari, dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh maksimum iaitu selama 14 hari.

Ini jelas sekali memadai dan jika kita bandingkan dengan negara maju yang lain, tempoh penahanan individu selama 28 hari di bawah SOSMA ini adalah melampau dan zalim berbanding dengan negara Australia sebanyak 7 hari dan England dan Wales selama 14 hari.

Selain daripada itu, isu mengenai perjanjian persefahaman atau MOU tidak dihormati dan dicabuli tidak seharusnya timbul kerana secara jelas sekali di bawah klausa 3.3(a) & (b), MOU di antara PH dengan kerajaan menyatakan hanya dua perkara sahaja yang pihak PH akan mengambil pendirian berkecuali ataupun tidak menyokong iaitu untuk belanjawan tahunan dan juga usul undi percaya terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi selain daripada dua perkara ini, jika terdapat ada-apa RUU atau usul-usul yang lain, ia perlulah dirundingkan bersama pihak PH terlebih dahulu. Berkaitan dengan usul SOSMA ini, tiada rundingan dengan pihak pembangkang dilakukan sebelum dibentangkan semalam. Oleh itu, pihak PH tetap mengambil pendirian yang konsisten sejak dulu lagi bahawa SOSMA dan semua seksyen-seksyen yang zalim dan draconian haruslah dimansuhkan.

Sebagai seorang Ketua Pemuda, Wan Ahmad Fayhsal tidak sepatutnya menunjukkan teladan yang memalukan apabila beliau malas membaca dan malas membuat penyelidikan mendalam terhadap sesuatu isu, tetapi asyik mencari modal murahan sahaja dan menyalahkan pihak DAP untuk kekurangan yang ada di dalam pihak kerajaan.

3 comments:

Anonymous said...

Pakartun Harpan telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Rakyat hanya mampu menelan air liur sendiri sahaja kerana pelbagai janji telah dimungkiri dengan alasan kencing seperti manifesto bukan kitab suci dll.

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, lu fikirlah sendiri. Orang bodoh sahaja suka dikencing kaw kaw.

Anonymous said...

Dap ni memang kuat mungkir. Dia nak semua orang ikut telunjuknya. Buat mou ngan kerajaan hanya untuk bantah. Masa pas dlm pakatan rakyat, dap yg kuat bantah bila kerajaan kelantan nak buat kanun syariah kat kelantan. Utk org Islam jer. Tapi dap pulak yg bantah. Apa hal. Penduduk asal negara ini nak buat undang undang untuk penduduk asal, yg dap tolak pasal apa. Tak boleh beri muka langsung.

Anonymous said...

Ni nak bagi pulak penghargaan pd siang kit. Bawa legasi komunis utk rosakkan negara ni. Penggantinya pulak ialah darah dagingnya sendiri. Sambung ajaran bapa sejak mula masuk politik. Punya kaitan dgn mati terjun bangunan sorang saksi kes trowong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails