Monday, January 31, 2022

Mulianya hati Taliban, mahu lindungi wanita hamil pulang ke New Zealand.

 

Charlotte Bellis. - Foto AGENSI

Taliban tawar perlindungan wanita hamil dinafikan kemasukan ke New Zealand

WELLINGTON: Seorang wartawan New Zealand yang hamil dinafikan kemasukan semula ke negara asalnya untuk melahirkan anak berkata, dia sebaliknya telah ditawarkan perlindungan oleh Taliban Afghanistan.

"Ini terasa seperti sukar dipercayai," katanya hari ini dalam temu bual dengan Radio New Zealand.

Charlotte Bellis bekerja untuk Al Jazeera di Afghanistan, tempat 'pasangan' jurugambarnya, Jim Huylebroek juga berpangkalan.

Namun, dia tidak menyedari hamil sehingga dia kembali ke ibu pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar.

Oleh kerana Qatar mengharamkan mengandung dan tidak berkahwin, maka Bellis merahsiakan kehamilan itu semasa dia bersedia untuk kembali ke New Zealand.

Apabila diberitahu dia tidak layak mendapat pengecualian di bawah kawalan sempadan ketat yang dikuatkuasakan COVID-19 di New Zealand dan dengan Afghanistan satu-satunya tempat dia dan Huylebroek mempunyai visa untuk tinggal, Bellis berkata, dia menghubungi kenalan yang juga orang kanan Taliban dan diberitahu dia boleh bersalin di sana.

"Kami gembira untuk anda, anda boleh datang dan anda tidak akan menghadapi masalah," kata Bellis bagaimana Taliban memberitahunya dalam temu bual dengan New Zealand Herald.

"Jangan risau. Semuanya akan baik-baik saja," tambahnya.

"Pada masa saya memerlukan, kerajaan New Zealand berkata anda tidak dialu-alukan di sini.

"Apabila Taliban menawarkan anda - seorang wanita hamil, belum berkahwin - tempat selamat, anda tahu keadaan anda telah kucar-kacir."

Selepas mendedahkan keadaannya kepada umum, dan membabitkan peguam, Bellis berkata, dia telah dihubungi oleh pegawai New Zealand yang menyatakan permohonannya yang ditolak sedang dalam semakan.

Menteri Tindak Balas COVID kerajaan, Chris Hipkins, berkata beliau telah meminta pegawai untuk memeriksa sama ada prosedur yang betul telah diikuti dalam kes Bellis, 'yang kelihatan pada pandangan pertama memerlukan penjelasan lanjut'. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimMulianya hati Taliban, mahu lindungi wanita hamil pulang ke New Zealand. Al-hamdulillh, Allahu akbar.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan Afghanistan perlu berhati-hati kerana mereka mungkin perisik CIA dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails