Sunday, December 12, 2021

Penduduk Rumah Panjang Keniong Lama rayu air bersih

 

Komuniti Iban yang tinggal di Rumah Panjang Keniong Lama, Simunjan. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

SIMUNJAN: Hampir 50 penduduk Rumah Panjang Keniong Lama di sini, merayu kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi sejak sekian lama.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, mereka selama ini bergantung harap kepada sumber air semula jadi selain menadah air hujan untuk kegunaan harian.

Batul Tawai, 65, berkata keadaan bertambah buruk ketika musim kemarau apabila bekalan air terputus hingga mengganggu urusan seharian penduduk.

"Memang susah apabila tiada air dan kebanyakan rumah panjang lain juga berdepan masalah serupa. Kami sendiri terpaksa bergantung kepada sungai berhampiran atau menadah air hujan.

"Kadang-kadang ada pihak menghantar air kepada rumah panjang dan kami akan menyimpannya dalam tangki besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Lawan Reban, 62, pula berkata mereka masih menunggu projek bekalan air bersih ke kawasan penempatan berkenaan dan berharap kerajaan dapat mempercepatkannya.

Katanya, penduduk hanya mahu masalah bekalan air diatasi dengan segera kerana kemudahan asas lain seperti elektrik sudah disediakan kerajaan.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah menyediakan kemudahan elektrik namun masalah bekalan air masih belum selesai.

"Saya merayu kepada kerajaan dan bakal wakil rakyat yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong ini supaya mendengar rintihan dan membantu penduduk rumah panjang ini," katanya.

Sementara itu, Tomas Keringan, 57, berkata selain masalah bekalan air, dia meminta kerajaan melaksanakan projek bagi meningkatkan capaian internet di kawasan berkenaan.

"Talian telefon memang ada namun capaian internet tidak ada. Sukar bagi kami terutama anak-anak untuk belajar lebih-lebih lagi dalam keadaan negara masih berdepan pandemik COVID-19," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Program 'Kembara Mahabah', seperti sumbangan untuk warga rumah panjang Kampung Sungai Gemuan ini perlu diperluaskan.

SARIKEI – Selesai Kembara Mahabbah di Kampung Tuie Betong, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak meneruskan perjalanan  ke bahagian ini iaitu ke Kampung Sungai Gemuan, destinasi terakhir pada 21 November.

Kehadiran YADIM Sarawak disambut dengan cukup meriah oleh penduduk Iban Muslim di perkampungan ini.

Menurut maklumat daripada penduduk kampung, rumah panjang Kampung Sungai Gemuan ini merupakan rumah panjang kaum Iban beragama Islam yang terpanjang di Sarawak.

YADIM Sarawak menyampaikan sebanyak 72 pek makanan kepada penduduk di rumah panjang tersebut.

Turut hadir di dalam program ini adalah daripada Urusetia Saudara Kita Bahagian Sarikei dan badan bukan kerajaan HIKMAH Sarikei.

Turut menyumbang di dalam program ini adalah daripada PERKIM Bahagian Sarawak dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen, Kuching khusus buat  golongan mualaf dan asnaf di kampung ini. Monday, 22 November, 2021

165

2 comments:

Anonymous said...

1MDB dibuat tujuan untuk kerajaan ambil alih perniagaan kroni bersaangkutan dengan konsesi TOL dan syarikat kroni pembekal tenaga elektrik IPP yang tidak menguntungkan kerajaan.

IPP menguntungkan kroni Tun dari kalangan kaum Cina yang dibela sembil membaruakan maruah diri sendiri pada mereka. Maka fitnah dan sabotaj dari kroni dan orang dalam kerajaan pun dimulakan....

1MDB mengambilalih Powertek Energy Sdn Bhd (dahulunyaTanjong Energy Holdings Sdn Bhd), Stesen Janakuasa Kuala Langat (dahulu Genting Sanyen) dan Jimah Power pada 2012.

Di samping projek 1MDB yg banyak menguntungkan dan menaikkan ekonomi negara seperti TRX, ECRL tapi projek ini di sabotaj oleh kroni kaum Jho Low DAP@LeeKwanYew dengan spin fitnah jijik kroni Tun dari kaum Jho Low dengan menjanjikan jadikan Tun sebagai PM kali ke 2 sambil membaruakan Tun.

Pengambilalihan tiga syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lima tahun lepas tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik di negara ini.

Beliau berkata, malah, pengambilalihan itu membolehkan kerajaan menjimatkan berjuta- juta ringgit daripada segi kos. Tujuan 1MDB ditubuhkan untuk ambilalih syarikat kroni yang membebankan rakyat...

Fakta asal tubuh 1MDB untuk ambilalih perniagaan syarikat kroni Tun dari kalangan kroni Tun dari kaum Jho Low ini... Awas sabotaj kaum ini dalam ada jua orang perniagaan orang Melayu mestu ada barua Melayu yang dijadikan batu api adu domba fitnah mengucar kacirkan orang Melayu.

Selagi orang Melayu dikucar kacirkan maka ada lah keuntungan untuk kaum Cina DAP dan Cina Singapura Lee Kwan Yew.

Persialan sekarang ini apakah orang Melayu bodoh bodoh berniaga dan terhegeh hegeh minta bantyan dari kaum Cina di negara ini.!?

Anonymous said...

PDRM kata tiada keluarkan Notis Merah Interpol tangkap Jho Low rupanya belum masuk senarai notis merah interpol... Ketua Pulis Mesia

22 bulan Tun Mahathir berkuasa yang sungguh memalukan. Tak tau nak kata apa dah nihh nak nangis ke atau nak ketawa nak guling guling atas jalan raya ker nih... kikikiki..

Makna kata 22 bulan berkuasa ex IGP si Bedul lantikan Tun tak buat apa apa. Ex IGP ini makan gaji buto kot dengan muka poyo selamber tak tau malu dia kata Jho Low dah jadi beruang..!!

Al Jazera boleh temubual Jho Low sambil gentel2 garu telo lagi. Masa Tun Mahathir berkuasa ex IGP lantikan nya makan gaji buta tak buat kerja. Patut la kes Zety tak siap siap smpi skg...!!

Bukan setakat tidak diburu... malah tiada arahan penangkapan pernah dibuat untuk Jho Low... Even takder jugak Notis Merah Interpol dikeluarkan semasa 22 PH berkuasa.. Hahaha...

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/12/898185/jho-low-nicky-liow-belum-dimasukkan-dalam-senarai-interpol

Patutlah 22 bulan Tun berkuasa semua Kartel Judi online kartel Bapak Ayam, Kartel Daging Import Haram dan Kartel Kerala semua lesap. Justo pun lesap betul betul depan lubang hidung Tun Mahathir.

PDRM kata pernah buat permohonan untuk keluarkan Notis Merah Interpol buat Jho Low... tetapi ianya ditolak masa 22 bulan Tun berkuasa kott ... Hahaha.... Ini memang lawak...

Mana pernah ader permintaan Notis Merah dari mana-mana negara yang ditolak oleh Interpol.... Interpol takder kuasa untuk menolak semua nih...

Hahahaha....BH yg siar tuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails