Tuesday, December 14, 2021

Laporan separuh penggal SUHAKAM ke PBB ancam akidah umat..

 


Komen Rakyat dalam blog ini..

Anonymous said...

Laporan separuh penggal SUHAKAM ke PBB ancam akidah umat, fitnah negara

Dalam laporan ini (2.3, muka surat 7-9), SUHAKAM menyatakan bahawa undang-undang syariah yang menghalang umat Islam daripada murtad adalah satu bentuk diskriminasi dan mencabul hak kebebasan beragama. Bagi kami, ini adalah suatu kenyataan yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana terdapat unsur-unsur menggugat sistem perundangan syariah yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri.

“In absence of any lawful exception and rational classification, SUHAKAM finds that the State apostasy laws in Malaysia are discriminatory and more likely to interfere with freedom of religion of Muslims.”

Sumber:

https://ismaweb.net/2021/10/18/1laporan-separuh-penggal-suhakam-ke-pbb-ancam-akidah-umat-fitnah-negara/

Persoalan:

1. Bagaimana kerajaan boleh menubuhkan suatu agensi yang mungkin bersikap anti-Islam ?

2. Bukankah Perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama bagi Malaysia ? Bukankah sepatutnya kerajaan dan SUHAKAM menghormati kedudukan Islam di negara ini ?

3. Apakah peranan fungsi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya muslim dalam SUHAKAM sehinggakan SUHAKAM boleh membuat kenyataan yang mungkin bersifat anti-Islam ?

4. Bukankah selama ini SUHAKAM lebih cenderung menjaga kepentingan dan hak asasi puak kafir berbanding dengan kepentingan dan hak asasi umat Islam ?

1 comment:

Anonymous said...

Pekerja jadi pengintip di rumah Najib, rakam mesyuarat sebelum PRU 2018, dedah bekas pembantu

PETALING JAYA: Bekas penasihat Najib Razak mendedahkan seorang pekerja di Kediaman Perdana Menteri ketika itu dirasuah oleh seorang ahli perniagaan, untuk merakam pelbagai mesyuarat “sensitif” di rumah berkenaan sebelum PRU 2018.

Antara lain, kakitangan itu, seorang pelayan (butler), merakam mesyuarat yang melibatkan perancangan menghadapi PRU 2018 dan perbincangan melibatkan isu keselamatan negara, menurut Romen Bose dalam bukunya.

Bekas wartawan itu berkata kerja-kerja pengintipan kakitangan berkenaan terbongkar beberapa minggu sebelum PRU18 oleh pasukan keselamatan Najib semasa melakukan pemeriksaan rutin.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/12/12/pekerja-jadi-pengintip-di-rumah-najib-rakam-mesyuarat-sebelum-pru-2018-dedah-bekas-pembantu/

Peringatan:

Pemimpin-pemimpin parti Islam PAS perlu berhati-hati dengan pelbagai bentuk musuh dalam selimut supaya tidak diintip oleh musuh dalam selimut dan rahsia dan strategi parti PAS tidak terbongkar kerana PRU 15 sudah hampir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails