Monday, December 13, 2021

Ijtimak Ulama Dan Guru Pondok Malaysia, sempena 70 tahun PAS.

 

1. Pondok benteng akhir pertahan akidah umat Islam
9 perkara resolusi Ijtimak Ulama Dan Guru Pondok Malaysia.

KUALA NERUS: Ijtimak Ulama Dan Guru Pondok Malaysia hari ini merumuskan institusi pendidikan agama itu menjadi benteng akhir untuk mempertahankan akidah umat Islam yang sahih.

Resolusi sembilan perkara itu antara lain menjelaskan ulama merupakan golongan yang mencetuskan semangat perjuangan Islam di negara ini.

“Guru guru pondok juga hendaklah sepakat dalam perkara dasar bagi mengelakkan memberi ruang kepada musuh Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud ketika membaca resolusi tersebut.

Sebelum itu Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan ijtimak terbabit sebagai penutup ijtimak separuh hari tersebut.

Resolusi juga mengemukakan cadangan supaya pusat pendidikan yang dikendalikan di bawah PAS dapat diselaraskan untuk membolehkan ia terus berkembang dalam arus pendidikan negara.

Sebelum itu Tuan Guru Abdul Hadi berkata, ulama yang istiqamah pondok yang diurus mereka mampu terus bertahan, berbanding ulama yang tidak istiqamah dalam perjuangan.

Begitu juga ulama yang hanya beramal di rumah dan tidak keluar menyertai jemaah di luar menyebabkan Islam tidak berkembang. – HARAKAHDAILY 12/12/2021

2. Ulama seluruh negara berhimpun sempena 70 tahun PAS

KUALA NERUS: Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 turut menghimpunkan guru-guru dan pelajar pondok dari seluruh negara, bagi mengimbau sejarah penglibatan ulama bersama PAS.

Program tersebut yang mengundang kira-kira 350 ulama-ulama pondok diadakan di Kompleks Tarbiah Darul Taqwa Batu Enam pagi ini.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, program tersebut diadakan bagi mengimbau kembali penglibatan ulama bersama pada awal penubuhan PAS sehingga sekarang.

Katanya, ulama memain peranan penting sehingga lahir PAS pada 1951 sehingga menjadi sebahagian daripada kompenan kerajaan Persekutuan sekarang.

“Ijtimak pondok dan tok-tok guru pondok mengundang wakil-wakil pondok dari seluruh negara. Pada ijtimak ini dua kertas kerja dibentang,” katanya ketika ditemui pada pada program tersebut.

Pembentangan kertas kerja ijtimak kali ini oleh Wakil Pertubuhan Muafakat Pondok Malaysia Senator Dato Ahmad Yahaya.

Selain itu kertas kerja kedua disediakan Institut Kajian Islam Dewan Ulamak PAS Pusat dijangka dibentang ketua Dewan Ulamak Dr Nik Zawawi Salleh.

Kemuncak program tersebut ucapan perasmian oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mohd Asri juga berkata, penglibatan ulama bersama PAS tidak mampu dinafikan lagi, sehingga PAS muncul pada kedudukan sekarang. – HARAKAHDAILY 12/12/2021

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails