Monday, December 23, 2019

Buru! Cabul Kanak-kanak Perempuan Ditandas Surau..



SEORANG lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit kes cabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar di sini, 13 Disember lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 18 Disember lalu selepas bapa mangsa menerima salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau berkenaan.
“Kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama sepupunya bermain di taman permainan bersebelahan surau.

“Suspek memanggil mangsa ke tandas surau dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa memberitahu bapanya dan meminta bantuan pihak surau memeriksa CCTV.
Katanya, rakaman CCTV mendapati lelaki bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil dan mencabul mangsa.
Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan mengesan suspek terbabit.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda atau balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.(Mymetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails