Friday, November 22, 2019

Rombak Kabinet Cepat! M/Kewaangan Tak Perlu Kekal?


Rombak Kabinet: PAS sokong PM

KL: PAS menyokong pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merombak Kabinet secepat mungkin.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menteri yang sepatutnya dirombak ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan daripada DAP.
“Kita mengalu-alukan rombakan Kabinet lagi segera lagi baik. Menteri yang paling penting sekali ialah Menteri Kewangan (Lim Guan Eng). Saya lihat hari ini orang buat survey online dalam masa sejam sudah beribu yang menyokong supaya Menteri Kewangan ditukar,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya kenapa, beliau hanya menyatakan secara spontan “anda tahu jawapannya”.
Katanya, kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara faktornya kerana DAP.
Selain itu, katanya kegagalan kerajaan dalam peruntukan Belanjawan 2020 yang tidak seimbang.
“Sebagai contoh Pulau Pinang diperuntukkan RM10 bilion untuk pembangunan, had halal hanya RM10 juta sedangkan ‘market’ had halal berapa bilion. Dana sepatutnya had halal diberi wang yang banyak,” ujranya.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata bahawa projek untuk pemangkin pembangunan ekonomi Pantai Timur juga tidak dikhususkan dalam belanjawan dan ia mengambarkan perbelanjawan kerajaan gagal. – HARAKAHDAILY 21/11/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rombak kabinet cepat! Jangan takut, PAS Sokong PM. Ini Antara sebabnya kabinet perlu dirombak..
  1. Bagi membolehkan pasukan yang lebih berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dan pasaran Malaysia menjalankan tugas. Ini hanya boleh dilakukan oleh jemaah menteri yang berkaliber, berpengetahuan dan profesional, faham akan selok belok ekonomi makro dan pasaran, untuk membetulkan senario semasa ini. 
  2. Untuk tujuan ini, pakar-pakar teknokrat juga perlu dipertimbangkan dan dilantik sebagai menteri sekiranya layak dan tidak terhad di kalangan ahli-ahli perlimen sedia ada sahaja.
  3. PM juga perlu membuat keputusan dengan tuntas untuk sekali dan selamanya samada beliau akan terus kekal sebagai PM atau tidak. Bahkan perlukan ketentuan siapakah calon yang akan menerajui Malaysia untuk bergerak ke hadapan. Sekiranya Tun Mahathir merasakan beliau masih perlu untuk menerajui kerajaan, maka nyatakan sekarang supaya semua ketidaktentuan dapat dilenyapkan. 
  4. Sebaliknya juga sekiranya ada calon lain yang beliau rasakan layak sebagai pengganti, maka harus dilakukan peralihan segera sekarang.
  5. Seterusnya yang perlu dipertimbang oleh PM ialah menggerakkan segera inisiatif bagi merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk merangka semula ekonomi Malaysia. Perlu ada inisiatif-inisiatif strategik baharu bagi memacu dan mentransformasi model ekonomi Malaysia yang masih terperangkap dalam kerangka lama yang bergantung kepada input modal. 
  6. Model ekonomi sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama yang masih membelenggu rakyat dan negara iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan. Mengikut maklumat daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, setakat 18 November 2019 pelabur asing telah mengeluarkan sebanyak RM8.98 billion dana daripada pasaran ekuiti Malaysia. 
  7. Keterlibatan pelabur asing juga merosot daripada kadar purata normal 30 peratus kepada purata harian sebanyak 13.6 peratus. Ini amat membimbangkan dari segi daya saing pasaran Malaysia dan keyakinan pelabur. 
  8. Dari perspektif penarafan, Malaysia masih belum pulih dan kekal pada penarafan A3 Stable setelah jatuh daripada A3 Positive oleh Moody’s. Manakala bagi panarafan Standard & Poor, Malaysia kekal pada Stable. Untuk penarafan Fitch Rating pula Malaysia kekal pada A-.
  9. Adakah Menteri Kewangan tak perlu dikekalkan?
(Sila rujuk Mazli Noor, T/Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat -HARAKAHDAILY)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails