Wednesday, November 20, 2019

27 Penyokong M'sia, 14 Indo Ditahan Polis. Cuba Provokasi..


SUKAN

SERAMAI 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia ditahan selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mereka ditahan bagi tujuan dokumentasi.
“Polis menahan 41 individu membabitkan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan bagi tujuan dokumentasi.

“Bagaimanapun, semua individu terbabit dibebaskan selepas dokumentasi dilakukan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, sebahagian penyokong Malaysia dipercayai cuba membuat provokasi terhadap penyokong Indonesia dengan berkumpul di hadapan Pintu E yang dikhaskan untuk penyokong negara jiran itu selepas perlawanan tamat.
Situasi itu menyebabkan sebahagian penyokong Indonesia berada di dalam stadium bagi mengelak konfrontasi dengan penyokong Malaysia yang berada di luar.
Namun, keadaan berjaya ditenangkan oleh pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang membuat kawalan di lokasi.
Dalam perlawanan itu, Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 menerusi dua gol oleh Safawi Rasid pada minit ke-30 dan ke-73.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails