Saturday, November 23, 2019

Islamofobia Australia Berterusan. Muslimah Mengandung Ditumbuk..


RAKAMAN seorang lelaki menyerbu meja tiga wanita bertudung di sebuah kafe di Sydney.
Wanita Muslim sarat mengandung ditumbuk, dipijak di Australia

SYDNEY: Seorang lelaki di Australia didakwa menumbuk dan memijak seorang wanita sarat mengandung dalam apa yang disifatkan sebuah persatuan Islam terkemuka negara itu sebagai ‘serangan Islamofobia’.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki menyerbu meja di mana tiga wanita bertudung sedang berbual di sebuah kafe di Sydney, Rabu lalu.
Walaupun tanpa provokasi, suspek berusia 43 tahun itu menyerbu ke arah meja terbabit untuk menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menurut polis mengandung 38 minggu.
Selepas ditumbuk beberapa kali, wanita itu rebah dan dipijak, sebelum orang ramai bertindak menarik penyerang terbabit.
Polis berkata, seorang suspek sudah didakwa melakukan serangan menyebabkan bahaya kepada tubuh badan dan tidak ditawarkan ikat jamin.
Mereka enggan mengulas lanjut mengenai motif penyerang itu, namun tidak menolak bahawa beberapa dakwaan tambahan akan dikenakan ke atas suspek.
Persekutuan Majlis Islam Autralia (AFIC), semalam berkata, lelaki itu melaungkan ucapan kebencian Islam kepada mangsa dan rakan-rakan beliau.
“Jelas ini serangan perkauman dan Islamofobia. Kami mahu ia disiasat sedemikian,” kata presiden AFIC, Rateb Jneid.
“Jika tidak kerana keberanian masyarakat menghentikan serangan, mangsa mungkin cedera lebih teruk,” kata inspektor polis, Luke Sywenkyj.
Berdasarkan laporan kajian Universiti Charles Sturt, Islamofobia di Australia adalah fenomena berterusan dan wanita bertudung paling terdedah. Daripada 113 mangsa diancam, pasukan penyelidik kajian itu mendapati 96 peratus daripada mereka bertudung. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails