Wednesday, October 23, 2019

PH Tetap Berjaya Tanpa Parti Pribumi Bersatu.. Jelaskan.


SETIAUSAHA Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - Foto Rosela Ismail

DAP diminta jelaskan pendirian
KL: DAP perlu menyatakan pendirian berhubung kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya, Ronnie Liu, bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap berjaya tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya, berkata DAP perlu menyatakan sama ada mereka bersetuju atau berbeza pendirian dengan kenyataan Ronnie yang disifatkan sebagai kurang bijak.
“Kenyataan Ronnie Liu ini mungkin tidak membabitkan pendirian pimpinan DAP, sebaliknya lebih kepada pendapat peribadi.
“Namun, saya nak ingatkan kepada Ronnie Liu yang sebahagian daripada parti yang berada dalam kerajaan, sepatutnya tanya diri sendiri mengenai kedudukan beliau tanpa BERSATU.
“Saya rasa ini adalah kenyataan kurang bijak dan saya harap pimpinan DAP dapat tangani dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ronnie semalam, yang antara lain berpandangan PH akan tetap berjaya walaupun tanpa BERSATU, selain mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kuasa prerogatifnya membawa PH menyimpang daripada nilai aspirasi asalnya.
Sementara itu, Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun, mengecam kenyataan Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek yang membelakangkan kebersamaan empat parti komponen PH.
“Kita kena ingat apabila ditubuhkan PH, ia merangkumi semua empat parti dan tak mungkin kita berjaya menubuhkan kerajaan tanpa kerjasama semua pihak.
“Tak perlulah ada lagi pihak nak pertikai bila Perdana Menteri nak letak jawatan, atau tentang BERSATU dalam keadaan kita nak fokus memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah sandiwara, politik murahan gigit menggigit.
Hasil carian imej untuk binatang gigit menggigit
Lihat Sebelum Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails