Monday, September 18, 2017

Rampas Kuasa BN S'gor Semalam Seperti Di Perak Gagal, Ini Yang Berlaku!

 Najib (tiga dari kiri) bersama Zahid (dua dari kiri) dan Noh (empat dari kanan) menjulang tangan Muhammad Muhd. Taib selepas diumumkan kembali menyertai UMNO pada sidang akhbar khas di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur semalam.

Mat Taib Kembali Ke UMNO Dari PKR.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir lima tahun meninggalkan UMNO, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, 72, kembali menyertai parti keramat itu sekali gus keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu sidang akhbar khas yang diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
“Saya yakin dan percaya penyertaan semula Muhammad Taib akan mengukuhkan parti. (Kosmo!)
Hasil carian imej untuk Jahabar Sadiq Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Komen Dan Ulasan: Cubaan Rampas Kuasa Di Selangor

Penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2017. 

Ia sepatutnya lebih daripada sekadar Muhammad Muhammad Taib masuk Umno semula semalam. Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang. Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur. 

Sumber memberitahu The Malaysian Insight rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri. 

"Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti kepada The Malaysian Insight, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada The Malaysian Insight. 

Perkembangan itu membawa kepada pengumuman yang pendek dan hambar semalam Muhammad kembali ke pangkuan Umno, biarpun kehadiran hampir semua anggota Majlis Tertinggi Umno hadir sama mencetuskan desas-desus serta spekulasi peralihan sebuah kerajaan negeri atau rombakan dalam parti menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Ogos 2018. 

Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. 

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Kenapa lapan Adun PKR itu mahu meninggalkan parti mereka tidak didedahkan, kata sumber Umno yang mengetahui percaturan tersebut. Pemerhati politik berkata langkah membawa Muhammad dan lapan Adun mengulangi episod yang berlaku di Perak pada 2009 ketika mana tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat keluar daripada kerajaan yang memerintah dan menyokong Barisan Nasional di DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi. 

Ia menyebabkan kerajaan PR yang mempunyai 28 wakil rakyat tumbang. Sultan Perak kemudian mempelawa BN yang mempunyai 28 Adun untuk membentuk kerajaan negeri setelah ia mempunyai majoriti tipis susulan tindakan tiga Adun yang lompat parti itu. Pemerhati juga berkata langkah Muhammad semalam membayangkan hasrat Najib dan Umno untuk mengguna pakai jalan yang sama seperti di Perak untuk mengalahkan seteru politiknya di Selangor. 

Muhammad empat penggal menjadi wakil rakyat Batang Kali (1982-1999) dan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila beliau letak jawatan berhubung kes mata wang di Australia. Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013, empat tahun selepas tidak tersenarai dalam Kabinet Najib pada 2009. Beliau meninggalkan PAS selepas dua tahun dan menyertai PKR pada 2015. Muhammad berbalah dengan Istana Selangor apabila berkahwin secara sulit dengan adinda kepada Sultan sekarang pada 1987 di Thailand. 

Beliau dan puteri Selangor itu, Tengku Puteri Zahariah Sultan Abdul Aziz Shah, kini sudah bercerai. Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia dua tahun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyentuh tentang beberapa menteri besar negeri itu tetapi membuat kenyataan yang keras tentang Muhammad. 

"Yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Muhammad Taib. Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran. 

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. Kemudian apabila PAS kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat. 

"Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan," titah baginda. – 18 September, 2017.

Sekian.

SEBAHAGIAN daripada penduduk Rohingya dari wilayah Rakhine di Myanmar menuju ke sempadan Bangladesh untuk mencari perlindungan susulan keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar.


Klik di sini..


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

4 comments:

Anonymous said...

... berlaku sesuatu atas ketetapanNYA, bukan perancangan kita. Ada erti ka?

Anonymous said...

sepatutnya mat taib bersama pemimpin2 pas lompat ke umno..

takpelah pokjib.. dpt kuda tua pun jadilah dpd takde

tua2 pun dia pakar bawak pelari duit dlm beg. mungkin berguna
utk pokjib satu masa nanti.

Anonymous said...

kemungkinan pertama mungkin najib dh kena main dgn PKR.

kemungkinan kedua ia adalah rekaan mat taib supaya ia
dianggap berbaloi oleh najib buat siding.

kemungkinan ketiga.. ianya adalah perancangan mat taib
dan umno utk MENIMBULKAN KECURIGAAN BAHAWA KERAJAAN
PKR SELANGOR MEMANG SEDANG BERGOLAK DALAM DIAM. Isu
kepimpinan PKR yg dilihat sedikit hangat cuba diapi2kan
lagi dgn siding ini.

seterusnya mereka cuba menimbulkan kecurigaan dlm PKR
siapakah 8 org adun berkenaan yg cuba 'belot'. walaupun
hakikatnya tiada.

mungkin betul mat taib adalah kuda Trojan umno dlm pakatan
pembangkang. sama seperti hassan ali, moktar senik, dr zuhdi
datuk zahrin..malah hj hadi sendiri.

jika benar 8 adun Selangor telah pekena najib, kita ucap
tahniah lah kerana menafikan 'money is king'. klu adun Selangor
pun gagal dibeli, apakah trump juga akan termakan oleh
'small money is king?'

Unknown said...

Berikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian christian di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam beberapa hari .. Adakah anda sedang mencari pinjaman ? Atau adakah anda telah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

DATA PEMOHON:

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negara:
    5) Seks:
    6) Status Perkahwinan:
    7) Kerja:
    8) Nombor Telefon:
    9) Kedudukan di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Pinjaman Faedah:
    14) Agama:
    15) Pernahkah anda memohon sebelum ini?
    16) Tarikh lahir;

Terima kasih,
Puan Christian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails