Monday, September 18, 2017

666 Militan, 147 Askar &47 Maut. Perang Di Marawi Tamat?

 REUTERS - SEORANG askar Marin Filipina meronda di kawasan pertempuran di Marawi pada Khamis lalu.

MANILA – Tentera Filipina menawan pusat pe­rintah pemberontak pro-Daesh yang menawan bandar Marawi di Pulau Mindanao, selatan negara itu sejak hampir empat bulan lalu, kata Manila semalam.
Pemberontak itu termasuk kumpulan Maute menjadikan sebuah masjid di Marawi sebagai markas mereka.
Pasukan keselamatan bertempur dari jalan ke jalan dan me­lancarkan serangan udara dalam usaha mengusir militan tersebut dari bandar Marawi.
“Kejayaan besar ini melemahkan lagi kumpulan pengganas tersebut.
“Pihak tentera meneruskan operasi pembersihan dan kami menjangka musuh akan me­nyerahkan lebih banyak kawasan yang ditawan tetapi bukan tanpa pertempuran,” kata ketua angkatan tentera, Je­neral Eduardo Ano dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak tentera menawan pusat perintah militan itu dalam operasi yang bermula kelmarin bagi menawan sebuah masjid dan bangunan lain di Marawi.
Timbalan komander pasukan bertindak tentera Filipina di Marawi, Kolonel Romeo Brawner pula berkata, pihak tentera berdepan tentangan paling sengit dalam usaha menawan masjid tersebut.
Kejatuhan pusat perintah militan di Marawi katanya, menandakan pertempuran di bandar utama penduduk Islam itu hampir tamat.
“Penentangan mereka sema­kin lemah,” kata Brawner.
Ratusan pemberontak Islam Maute dan penyokongnya me­ngibarkan bendera Daesh apabila mereka menawan Marawi pada 23 Mei lalu.
Kerajaan berkata, seramai 666 militan, 147 askar dan 47 orang maut awam maut dalam pertempuran itu yang turut memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails