Saturday, January 21, 2017

Sedia Ubah Kepimpinan Negara, PAS Ajak Melayu, Cina, India..

Hasil carian imej untuk abdul hadi dan cina
DUNGUN: PAS mengajak seluruh pengundi Melayu, Cina dan India agar bersedia membuat perubahan kepimpinan negara dengan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika PAS menang semula seperti tahun 1999 di peringkat Malaysia banyak perkara boleh dilaksanakan.

Katanya rakyat hari ini menghadapi kesukaran kenaikan harga barang yang tinggi serta cukai yang mahal.

Ini kerana, menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri.

“Kita kena pakat Melayu, Cina dan India sama-sama untuk buat perubahan, sokong (PAS) lagi pilihan raya ini. Jika kita menang pula seperti tahun 1999 dan kalau boleh menang peringkat Malaysia, banyak kita boleh buat, insya Allah.

“Hari ini kita menghadapi harga barang-barang naik, cukai mahal. Ini kerana, kerajaan Umno BN tidak pandai tadbir, tidak pandai nak urus negeri. 

“Malaysia ini, Tuhan beri hasil banyak kelapa sawit ada dan macam-macam lagi. Jadi tidak patutlah kita menyusahkan rakyat,” ujarnya ketika berucap pada program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dan Dailog Bersama Presiden PAS di Kampung Batu Lima, dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hasil kekayaan negara ini hanya berlegar di kalangan orang kaya dengan pemerintah.

“Banyak kekayaan harta ini dibahagi antara orang kaya dengan orang yang memerintah negara. Orang kaya bayar rasuah, komisen kepada orang yang memerintah. 

“Orang memerintah pula terima duit. Masa pilihan raya bahagi duit kepada pengundi RM50, RM500 atau RM1,000. Selepas pilihan raya naik cukai dan rakyat yang kena cukai itu. 

“Ini semua kita nak baiki dan kita tidak boleh baiki selagi kita tidak boleh tukar kerajaan,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi ketika mengetuai Kerajaan Terengganu tahun 1999 banyak melakukan perubahan ke arah negara berkebajikan.

Katanya, ajaran Islam dalam memerintah tidak boleh menyusahkan rakyat miskin dengan bebanan cukai.

“Bila kita (PAS) memerintah Terengganu tahun 1999, kita buat seperti ‘Negara Berkebajikan’. Ini diajar oleh Islam dan kita tak mahu bebankan rakyat dengan cukai. 

“Cukai orang kaya sahaja yang kena dan orang miskin tak patut dikenakan cukai. Sebab itu, bila kita memerintah dihapuskan cukai pintu rumah kediaman. 

“Ini kerana, (waktu itu) kita ada hasil minyak (royalti). Walaupun lima peratus sahaja kerajaan pusat beri kepada Terengganu tapi cukup untuk kita tadbir negeri dan hapus cukai pintu. 

“Tol di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu kita (PAS) hapus kerana semua orang lalu guna jalan itu. Tapi, yang sedihnya bila kita nak tunjuk macam ini, dia (pusat) rampas (royalti) minyak semasa kita memerintah,” jelasnya di hadapan kira-kira 300 warga tionghua. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Adun Chukai, Hanafiah Mat serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Dungun, Puan Serena Lim. - HARAKAHDAILY 20/1/2017

38 comments:

Anonymous said...

Menang tahun 1999 tu pssai apa? Tuang presideng dah kaji? Hmmm...

Unknown said...

Nak motong tak buleh. Ujan lebat. Jom pekena kopi pahit dgn cokodok liat.

Ir Anonymous said...

Menang 1999 masa tu pasal rakyat meluat kat tun.. kini pru14 rakyat meluat pula kat najib dan mungkin tambah meluat lagi kat tun..

Myshah said...

Ya.. tambah lagi meluat kt Dap dan Pan..

Anonymous said...

Ya..Org melayu makin meluat kat Umno dan Pas. Parti penggadai bangsa dan agama.

Anonymous said...

Arwah Nik Aziz mb kekal memerintah Kelantan selama 5 penggal. Hadi layak jd mb Tganu sepenggal pastu terus ditendang rakyat Tganu yg waras.

Pru 1999 takde citer skandal rasuah Pas 90juta. Pru14 Pas akan melingkup di seluruh negeri.

Ir Anonymous said...

Semoga mereka di tempatkan bersama dap di akhirat kelak..

Anonymous said...

wahai tuan2 anon penyokong Pas.. rasional lah sikit jangan benci membabi buta dengan Dap.. cuba berfikiran terbuka, yang tuan maki hamun tu betul ke.. Dap satu aje yang tolak hudud.. MCA MIC pun tolak hudud.. kenapa tak maki hamun macam tu..

Ir Anonymous said...

Apa yg perlu dirisaukan utk bersama dap di akhirat kelak jika itu pilihan sendiri.

Anonymous said...

Undi pas masuk syurga...yg lainnya dihumban ke neraka..tau..

Anonymous said...

Ingat pas..ingat syurga...
lupakan yg lain...

Anonymous said...

Silap2 orang Pas yang masuk neraka. Follow the leader....si Hadi Mereng, munafiq abad kini.

Anonymous said...

PAS ni kalau kalah PRU 14 nanti
Sebelah mata pyn UMNO tak pandang..Hadi tak pe la..deposit 90j dah ada..bye bye lah macai PAS.
Hadi kata pada macai "ada aku kisah"....

Ir Anonymous said...

Dah takde modal lain ke selain fitnah.. sebab tu tghh masih kekal.. alhamdulillah..

Anonymous said...

bacalah pandangan Dr Yusuf Qardhawi mengenai hudud wahai Ir anon..

Anonymous said...

Anon 7.30pm..
Huraian Sheikh Yusuf Qardawi tentang Hudud adalah seiring seperti Tgha dan tidak menghina Islam. Yang tak jumpa dlm tulisan Sheikh Yusuf ialah umat Islam wajib mempertahankan Dap dalam membahas hukum hakam Islam sepertimana dibuat Pan..

Anonymous said...

Semoga walaun2 biol Pas ditempatkan bersama ulama suu mrk di akhirat nnt krn menipu, merosakkan akidah org2 melayu dan memperalatkan Islam utk kepentingan diri.

Anonymous said...

Syurga Pas di Krabi.

Anonymous said...

Anon 9:44

Org melayu adalah penerima terbesar BRIM dari ketua penyamun Najib menunjukkan bukti hudud tak sesuai dilaksanakan mengikut huraian Sheikh Qardhawi.

Yg jelas, Hadi dan lebai2 penunggang agama mempermainkan hukum Allah utk kepentingan diri dan politik sempit mrk. Percayalah, lebai2 penunggang agama Pas sendiri tak yakin dgn hudud yg mrk laung2kan selama ni.

Anonymous said...

Anon 10:32...

Karya Sheikh Yusuf al Qardawi sgt luas. Tapi hanya itukah rumusan yg kamu dapat iaitu mengaitkannya dengan brim? Janganlah jadi seperti penulis2 pan sebelum ini yg hanya pandai memberikan link tapi tidak faham isinya. Kalau hendak diikutkan drpd nukilan Sheikh Yusuf itu, pan sendiri TIDAK boleh ditubuhkan. Penulisan Sheikh Qardawi itu pernah saya lampirkan dihalaman lepas. Namun tidak disambut oleh peminat Pan.

Banyak pihak mengambil kesempatan dengan menyalahtafsirkan penulisan Sheikh Yusuf al Qardawi bagi tujuan menolak Hudud secara total melalui alasan perubahan akhir zaman.

Walaupun terdapat halangan2 yang dinyatakan oleh Sheikh al Qardawi, namun beliau tidak pernah membatalkan hukum qisas dan hudud dalam al-Quran.

Saya berminat untuk 'percayalah' pada kata2 kamu bahawa 'Pas tidak yakin dengan Hudud'. Tapi sila terangkan which part, siapakah mereka dan kata2 mereka in detail. Kalau malas tulis pun takpe bagi shj link.

Kalau kamu dapat berikan 2 nama pun jadilah. But in fact, jika wujud 10 nama pun daripada kalangan pemimpin dalam Pas yang tidak yakin dengan hudud, saya masih tidak 'mampu' untuk merumuskan jemaah Pas tidak yakin dengan hudud. Kerana yang yakin itu berganda ganda jauh lebih ramai. 10 suara itu masih belum boleh menggambarkan keseluruhan pendirian pas walaupun dicampur sekali dengan yang dah tak percaya lebih awal dan membentuk Pan. Wassalam..

Anonymous said...

Saya akan percaya lebai2 ni ikhlas utk laksanakan hudud kalo mrk berani saman Sarawak Report atas tuduhan skandal rasuah 90juta. Duit rompakan rakyat terbesar di dunia yg ditabur oleh ketua penyamun 1mdb kpd lebai2 penunggang agama Pas. Bagaimana mungkin org yg berkawan rapat dgn ketua penyamun nak laksanakan hudud krn dia pun turut menyamun dlm sembunyi?

Akta hudud dah lama diluluskan di kelantan sejak zaman arwah nik aziz lg. Knp sampai skrg Pas masih tak buat hudud di sana?

Sidang Parlimen dah bg ruang utk Hadi dan ahli2 parlimen Pas berbahas ruu355. Knp Hadi mtk tangguh sampai 2kali? Hukum Allah katanya haram dipinda dan dilengah2kan.

Sebab tu saya yakin ahli2 yg masih tinggal dlm PAS, Parti Ajaran Syiah skrg ni kebanyakannya walaun2 biol krn mrk buta hati dlm melihat penyelewengan lebai2 peralatkan Islam utk kepentingan diri.

Lebai2 penunggang agama PAS cakap atau tulis tak serupa bikin.

Anonymous said...

Anon 6:42...

Maaf bukan niat merendahkan. Tapi pls janganlah sampai selemah ini. No wonder you keep choose pan.

Baca reason himpunan ruu355 dibuat. Nnt kamu jumpa knp ruu ditangguh. Klu smpt nnt sy tuliskan.

Anonymous said...

Anon 8:54am

ruu355 hanya perlu sokongan 222 ahli parlimen atau satu pertiga mp utk majoriti mudah luluskan akta. Kalo Umno betul2 nak tolong Pas.. Tak perlukan undi mp2 non muslims dan parti2 politik yg lain pun.

Berhentilah dari terus kaldaikan ahli2 parti dan seret rakyat yg tak boleh mengundi berhimpun. Jgn peralatkan hukum Allah atau Islam demi kepentingan diri dan politik sempit lebai2 penunggang agama.

Btw, saya bkn penyokong Pan atau mana2 parti politik. Jgn taksub pd manusia dan parti politik utk elak diri jd biol serta tolol.

Hakikatnya, Pas telah merosakkan ajaran Islam yg mulia dan menyesatkan akidah org2 melayu dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Anon 12:16..

Jika berhimpun bagi tujuan menegakkan hukum Islam itu keldai dan merosakkan akidah. Bagi lah alternatif cadangan contoh m.mana untuk memuliakannya pula. Membenarkan kafir-harbi Dap sesuka hati judge hudud tidak sesuai utk orang Islam tu dah satu contoh. Sila bagi contoh mulia yg lain

Anonymous said...

Anon 3:54

Berhimpun utk dijadikan keldai2 oleh parti lebai penunggang agama takkan dpt menegakkan Islam. Yg dapat hanya jd bahan ketawa umum dan diperbodohkan. Yg akan mengundi adalah 222 ahli parlimen.

Ruu355 menjadi isu polemik krn Pas peralatkannya. Pihak yg harus bwk ruu355 adalah pihak kerajaan melayu sendiri yg diketuai Umno atau Agung atau raja2 melayu selaku ketua agama negeri.

Hadi guna isu ni utk political mileage Pas bkn krn Islam. Hadi dan lebai2 jual agama tahu hakikat sebenar dan mrk terus2an mau mengkeldaikan ahli2 parti yg biol utk memecahbelahkan masyarakat.

Tlg berikan nas atau hadis mengatakan ruu355 yg ada kenaikan denda duit ini adalah berasaskan hukum Allah dlm Al Quran.

Ruu355 dan Hudud Pas tak boleh mengenyangkan perut rakyat miskin yg dizalimi pemimpin2 umno. Kemiskinan itu menghampiri kekufuran. Ruu355 bkn keutamaan dlm Islam. Ini yg dihuraikan oleh Sheikh Qardhawi bila Pas sibuk nak buat hudud.

Anonymous said...

Anon 4:47...

Kamu sendiri yang mengatakan isu ni untuk political mileage. Jika benar ia ada kesan untuk milage politik, bukan ke membawa maksud ianya isu penting? Bukan ke bermaksud orang Islam perlukannya?

Menegakkan hukum Islam itu boleh pecahbelahkan rakyat? Bukan kah menghina/campurtangan agama anutan orang lain tu faktor yg lebih berat kearah perpecahan masyarakat?

Kamu tak setuju dgn denda yg dikenakan mahkamah syariah kerana tiada nas. Habis tu apa denda yang kamu rasa patut bagi memenuhi tuntutan syarak? Kamu pakar bidang fikh?

Solat itu rukun Islam. Kalau kafir harbi menafikan/memperlekehkan solat, adakah kamu akan biarkannya shj dengan alasan kamu iaitu solat tak boleh mengenyangkan perut rakyat?

Anonymous said...

Anon 5:30

Sebab tu saya kata walaun2 biol PAS dah dibutakan hatinya oleh Allah krn masih mempertahankan penipuan dan bersubahat dgn lebai2 penunggang agama PAS mempermainkan hukum Allah. Political mileage itu bermotifkan kepentingan diri dan politik sempit sehingga sanggup memecahbelahkan masyarakat demi menagih undi pru.

Walaupun para pemimpin PAS menyedari perlaksanaan hudud adalah mustahil, mrk tetap membiarkan walaun2 biol membina angan2 hudud kerana itulah modal undi PAS. Malah ahli2 PAS telah dipupuk untuk memerangi ahli2 Parlimen Muslim yg tak sependapat dgn mrk dlm memperalatkan Islam.

Soalan2 saya..

1) Adakah Hudud yg sgt penting bg Pas itu terkandung dlm Rukun Islam dan Rukun Iman spt solat 5 waktu?

2) Adakah keldai2 lebai penunggang agama yg berhimpun ruu355 itu nnt boleh mengundi mcm 222 ahli parlimen?

3) Apabila keldai2 selesai berhimpun adakah ruu355 akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat?

4) Betul ke ruu355 tu hukum Islam yg terkandung dlm Al Quran? Bagi lah nas dan dalil yg sah.

5) Apakah hukum dlm Islam bagi ulamak politik spt Hadi dan lebai2 penunggang agama Pas terlibat dgn wang pertaruhan setiapkali diadakan pilihanraya. HARAM atau HALAL?

Anonymous said...

Anon 5:30

PAS TIDAK PERNAH MELULUSKAN ENAKMEN HUDUD KETIKA BERKUASA DI KEDAH.

Di Kedah, PAS mempunyai bilangan ahli terbesar dan pakatan pembangkang memiliki majoriti ahli DUN slps pru12. Namun, dlm tempoh 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah, mrk tidak pernah meluluskan apa2 enakmen ‘hudud’ atau meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 (Kedah) bagi memasukkan hukuman ‘hudud’.

Di Kelantan pula, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) telah diluluskan kira-kira 22 tahun lalu. Kenapa Pas masih tak laksanakan hudud hingga kini? Memandangkan Kelantan di bawah kerajaan Islam Pas adalah negeri melayu paling mundur tapi aktiviti maksiatnya yg paling tinggi. Makanya, hudud sgt diperlukan oleh rakyat Kelantan tapi mengapa parti lebai masih menangguhkan perlaksanaannya?

Kenapa terus salahkan DAP tp tidak MCA, MIC dll terutamanya parti org melayu Umno yg sekian lama memerintah? Najib si ketua penyamun dari Umno pernah berkata, hudud akan menghuru harakan negara. Mcm ni jelas kata2 menghina takpe pulak ye? Org mcm ni yg Hadi buat baik konon atas alasan kerjasama Islam.

Sekiranya PAS benar2 ikhlas berjuang hudud, lebai2 penunggang agama wajib membersihkan nama parti Islam dgn berani menyaman SR atas tuduhan skandal rasuah 90juta ditabur ketua penyamun 1mdb. Buktikan PAS tak bersubahat dgn ketua penyamun berkongsi duit rompakan rakyat terbesar di dunia.

Anonymous said...

Anon 5:30...

Sebelum saya jawab ni, klu ada ustaz atau ahli2 agama yg terbaca ni sy minta maaf dulu. Sbb method jwp yang saya berikan ini tidak ilmiah. W.pun saya rasa agak bodoh cara saya, tapi sesuai bagi penanya yang bersifat BS.

1. Jawapan saya hudud tidak ada dalam rukun iman dan rukun Islam. Soalan saya pula, bolehkah kamu menampar muka ibumu? Kalau ada dalam rukun tentang itu sila jelaskan.

2. Mereka yang berhimpun memang tiada kuasa dan tidak boleh mengundi untuk ruu355. Soalan saya pula. Apakah tujuan himpunan bersih sedangkan pesertanya juga tiada kuasa mencorak pilihanraya seperti spr?

3. Jawapan saya mungkin boleh dan mungkin tidak. Soalan saya pula, bagaimana dgn himpunan bersih?

4. Ruu355 itu tidak terkandung dalam al Quran. Soalan saya pula. Setujukah kalau saya tuduh kamu dan Pan tidak setuju dengan panduan Islam tentang qisas, diyaz dan ta'zir? Sbb bagi kamu agama Islam itu cuma rukun iman dan rukun islam. Adakah kamu sudah boleh berhujah ttg hukum hakam Islam hanya disebabkan pengetahuan yg 'tinggi' dalam 2 rukun ini?

5. Jawapan saya kalau yang menang dlm bertanding ambil semua wang pertaruhan setelah menang, ia adalah haram sbb sama seperti judi. Sila rujuk Fiqh Urbun. Soalan saya pula. Setujukah kalau saya menuduh kamu juga akan bertanding cuba2 nasib mana tau kot2 boleh menang...kalau ada 500 orang bertanding setiap kerusi mau pening spr nak urus dan tanggung printing cost.

Hehe jangan marah ok sbb yang ni soalan gurau je. Cuma saya pesan sikit...dont simply judge the book from its cover. Serupalah 'wang pertaruhan' itu cuma terma..tapi pengisiannya tidak membawa maksud kepada judi...

Anonymous said...

Jgn nak belit2 bg jawapan sehingga mempermainkan hukum Allah. Hadi dan walaun2 keldai PAS adalah perosak ajaran Islam sebenar dan menyesatkan akidah org melayu.

Bagaimana nak buat hudud kalo yg asas pun lebai2 jual agama dah kantoi menipu. Soalan mudah tapi bg jawapan BS..

Apakah hukum dlm undang2 Islam bg ulamak politik mcm Hadi dan lebai2 penunggang agama melibatkan diri dlm wang pertaruhan(judi) setiapkali pru..

HARAM atau HALAL?

Anonymous said...

Addduhhh...wrongly addressed again...

Its for anon 10:15pm..

Anonymous said...

Laaaa....kan ada jwp dalam no.5 tu wahai anon 1.05...

Anonymous said...

Jawapannya adalah bukan halal dan bukan haram..tapi harus...

Anonymous said...

Sebab itulah ulamak2 muktabar dan ikhlas mengembangkan ajaran Islam tak masuk politik spt Hadi munafik dan lebai2 penunggang agama yg sanggup menggadai agama, menipu Allah dan ahli2 parti yg tolol utk kepentingan masing2.

Hudud hanyalah alat lebai2 Pas menagih undi menipu org melayu dulu, kini dan selamanya.

Muka ibumu patut ditampar dulu krn melahirkan walaun biol yg bersubahat jd keldai lebai penunggang agama, taksub pd manusia dan parti politik, perosak Islam serta ummah.

Anonymous said...

Kalo kena kat orang lain hukumnya haram. Kalo puak dia jatuh harus pulak. Bagilah dalil atau nas yg sahih. Jgn belit2 mempermainkan hukum Allah.

Anonymous said...

Eh ada lagi...

Oklah...kpd anon 1:20 dan 1:23...sabar ya dik sabar...saje bagi jawapan dlm tone gurau sikit sbb kamu ni tense sangat...mcm mana nak terbuka hati...

Tang mana pulak lah kena kat orang lain jadi haram dan diri sendiri jadi harus ni...calon pilihanraya tu kan semua terlibat...kan saya dah beritahu fiqh urbun tu...carilah ya...rajin sikit usaha tangga kejayaan.

Tang mana lah yang saya belit dan permainkan hukum Allah. Cuba cerita sikit...

Anonymous said...

Anon 1:49am

Dah agak dah. Kalu pihak dia join sama yg haram pun otomatik jd halal. Org melayu dah tahu prinsip parti jual agama Pas..walharammu mkn sorang, walhalalku mkn berdua. Sbb tu lebai2 penunggang agama ni tak malu berkongsi duit haram rompakan rakyat Msia 90juta yg ditabur ketua penyamun 1mdb. Sampai la ni lebai2 dok menikus sekor pun tak berani bersuara atau saman SR kecuali walaun2 biol mrk mcm cacing kepanasan.

Haram tetap haram. Wang pertaruhan adalah judi. Sepatutnya sblm hudud, parti lebai berjuang utk hapuskan konsep judi dlm pru tetapi lebai2 ni ikut terlibat sama dah 65thn. Sbb tu ramai ulamak2 muktabar spt Sheikh Qardhawi dll tak masuk politik mcm Hadi munafik dan lebai2 penunggang agama Pas.

Parti lebai penunggang agama Pas sanggup mempermainkan hukum Allah sbg modal pru, political mileage krn ketagihan undi org melayu.

Anonymous said...

Anon 10:45...

Kalau wang pertaruhan pilihanraya tu haram... Tolong la jelaskan bagaimana unsur2 judi tu wujud...

Tak tahulah kamu faham atau tak point no.5 yg dijawab tu...ok camnilah..katakanlah di tukar terma wang pertaruhan tu kepada wang pilihanraya. Adakah ia telah jadi halal sekarang sbb perkataan pertaruhan tu dah takda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails