Sunday, July 17, 2016

“Saya tak percaya pada kuasa lebih tinggi berbanding kuasa rakyat" -Erdogen


ISTANBUL – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau bersedia untuk mati demi mempertahankan Turki daripada dimusnahkan oleh pihak yang cuba merampas kuasa semalam.
Katanya, pihak berkenaan perlu ‘membayar’ harga yang mahal di atas apa yang mereka lakukan bagi memusnahkan sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi itu.
“Kami tidak akan mening­galkan negara ini kepada penjajah. Bendera saya adalah maruah saya, negara ini juga adalah maruah kepada saya dan kerana itu saya sanggup mati. Saya bersedia mati,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu siaran televisyen sejurus tiba di Istanbul selepas bergegas pulang daripada percutian berikutan rampasan tersebut malam kelmarin.
Erdogan yang memerintah Turki sejak tahun 2003 berjaya melakukan perubahan besar di Asia Barat dalam beberapa tahun ini.
Beliau dalam pada itu turut menggesa orang ramai supaya bangkit menentang rampasan kuasa berkenaan.
“Turki tidak akan dipe­rintah oleh tentera. Saya percaya rancangan untuk merampas kuasa tidak akan berjaya. Saya menggesa penduduk Turki supaya berkumpul di dataran awam dan beberapa lapangan terbang.
“Saya tidak percaya kepada kuasa yang lebih tinggi berbanding kuasa rakyat,” katanya di laman sosial, Facetime pula. – Agensi
 Cubaan Rampas Kuasa, Pelajar Malaysia Di Turki Ketakutan
 ASKAR Turki di Dataran Taksim, Istanbul. - Foto AFP
  Sekurang-kurangnya 60 orang maut di Ankara dalam cubaan rampasan kuasa di Turki yang bermula semalam.

2 comments:

Anonymous said...

Presiden Recep Tayyip Erdogan cuba memasukkan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan Turki dan sangat mengambil berat tentang kebajikan umat Islam yang sedang ditindas di Gaza Palestin, Myanmar dan Syria.

Sikap beliau ini telah menyebabkan kerajaan Israel, Amerika Syarikat dan NATO menggunakan pelbagai operasi sulit (black operations and false flag operations) untuk menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Setakat ini musuh-musuh Islam masih gagal menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan!

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
(A-li'Imraan 3:54)

Semoga Allah menjadikan Turki sebuah negara Islam yang kuat dan kukuh untuk membela umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Morsi dari rancangan jahat musuh Islam.

Anonymous said...

Pas memasukjan nilai ketaksuban pada ahli ahli menegur ulamak ulamak PAS masuk neraka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails