Sunday, October 19, 2014

Larang Kalimah Allah Bukan Islam, "tidak masuk akal" -Dr Tareq Suwaidan.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.  Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.

 Larangan menggunakan kalimah "Allah" bagi bukan Islam "tidak masuk akal", kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

Dalam ceramah anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS di Kuala Lumpur Malam tadi, Tareq berkata tiada undang-undang Islam berhubung larangan penggunaan Allah oleh komuniti bukan Islam.

"Saya mengikuti perkembangan di Malaysia, berhubung kalimah Allah, ia tidak masuk akal... tidak ada undang-undang Islam untuk perkara ini," katanya.

Beliau berkata terdapat ribuan bukti yang menunjukkan tidak terdapat larangan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Muslim.

"Jangan keliru, ini salah, saya ada ratusan, malah ribuan bukti, kita perlu efektif," katanya, di hadapan lebih 100 hadirin di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi.

Mahkamah sebelum ini memutuskan larangan penggunaan perkataan Allah kepada penerbitan Mingguan Herald berbahasa Melayu, dengan merujuk konteks perkataan itu digunakan merujuk kepada Tuhan. Perkataan Allah dikatakan hak eksklusif penganut Islam, dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu didakwa akan memesongkan akidah dan menjadi ancaman kepada umat Islam.

"Benar Islam harus memerintah dunia, dan Allah memilih Islam untuk itu.
"Tetapi ia tidak akan berfungsi tanpa usaha manusia," kata Tareq.

Pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara kerana mengandungi perkataan Allah di dalamnya.

Kesemua 300 Bible berkenaan dikatakan masih lagi berada dalam simpanan pihak berkuasa berkenaan meskipun Jabatan Peguam Negara berkata agensi berkenaan harus mengembalikan kesemua kitab penganut Kristian itu kepada pemiliknya. – 19 Oktober, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

Salam
Siapalah sebenarnya Tareq Suwaidan ini?

Sejak Islam tiba dianuti oleh orang Melayu, masyarakat Melayu mengenal Allah sebagai tuhan.

Agama lain tidak menjadikan Allah sebagai tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails