Wednesday, August 29, 2012

Hudud: Semuka, Tak Payah Surat -N/Aziz


KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut. Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu. Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. (SH)

5 comments:

Anonymous said...

kan ulaRSEmaK wahabhy dah kene sound..wahabiwahabuwahabin

Anonymous said...

Ulama (tahi sembelit) Muda UMNO ni tak habis-habis nak menempa nama membela parti Ayah Mertua (Shahidan Kassim) beliau tu... Tak payah lah Tuan Guru nak layan Munafik tahi sembelit ni, padahal ramai lagi Ulama-Ulama Tua UMNO yang tak pernah sedar-sedar nak menolak Hudud, inikan Ulama Ikan Bilis jenama "Munafik" mahu berbincang soal apa?

budak hutanmelentang said...

Tak pase2 kepala teman penin dibuat dek budak ulamak muda ameno ni ... getik beno teman nengoknye, ghope macam alim beno, tapi koghang hajor! dah gitu agaknye bila aje masok ameno ni ...

Anonymous said...

la..hantar surat je pun..nk bising pasal pe?kalo nk kol mungkin payah sbb atuk ni mungkin sibuk dgn urusan..

Anonymous said...

Adakah atuk ini ulama pewaris nabi atau sekadar menteri besar yg lain?kenalah berhikmah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails