Tuesday, August 28, 2012

Merdeka! Sambut Raya Tiada Air, Dah 55 Tahun!


SAYA pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua.

Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip. Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan sebagainya. Demikian Hamba Allah Terengganu mengadu dalam Harakah Daily hari ini.

Sebelum itu, di Pahang juga, pada hari raya ke-2 hingga raya ke-3 tiada bekalan air di Felda Cini 1 & Felda Cini 3. Felda ini merupakan kawasan undi Najib tapi malangnya Najib tak mampu nak jaga. Jangan cerita nak jaga Malaysia, tempat sendiri pun kantoi. Menyambut hari raya di sana terpaksa bawak anak-anak mandi di anak sungai dalam ladang sawit, pemimpin selesa, rakyat terseksa. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails