Saturday, September 01, 2012

2 Pemain Bawa Perermpuan Ke Hotel, Masya Allah!

MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.   
SUKAN
 DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin. Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi. Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya. (Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Masya Allah, dari sudut disiplin. Dari sudut agama, belum tahu lagi..

2 comments:

Temuluk said...

Salam Pak Ibnu Hasyim perzinaan yang berleluasa ini telah diberitakan oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lampau, sebahagian dari tanda kiamat kecil. Sebagai umat saya berasa malu dengan jurulatih Terengganu Peter James Butler kerana beliau seorang bukan Islam tetapi bertindak tegas dan tidak boleh terima perbuatan kedua pemain tersebut berbanding kedua pemain itu yang jelas Islam tetapi berperangai lebih teruk dari orang bukan Islam. Di Malaysia sekarang perzinaan seolah-olah menjadi sebahagian dari kehidupan baca Harian Metro dan Kosmo tiap-tiap hari ada laporan kes zina di merata tempat. Ini kes yang berjaya dikesan dan dilaporkan bagaimana dengan yang tak dapat dikesan. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah semua ini.

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails