Wednesday, June 06, 2012

Isteri Dituduh Lelaki Ingkar Perintah Mahkamah?


 

Sri Wani ingkar perintah mahkamah

KUALA LUMPUR – Pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk menjawab notis tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dipenjarakan berhubung permohonan komital suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi selepas wanita itu didakwa menghina dan melanggar lapan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dua tahun lalu.

Hakim Abdul Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan komital Bahrom, 61, dan berpuas hati bahawa isteri ketiga bekas dekan itu melanggar semua perintah yang dikeluarkan mahkamah pada 29 Disember 2010 berhubung kes pengesahan cerai dan faraq (membubarkan perkahwinan) pasangan itu.

Terdahulu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili Bahrom selaku pemohon, memaklumkan pihaknya memfailkan notis tunjuk sebab pada 17 April lalu atas alasan Sri Wani, 37, telah melanggar lapan perintah tersebut.

Sehubungan itu, pemohon mahu responden iaitu Sri Wani menjawab permohonan komital dengan mengemukakan sebab mengapa dia tidak patut dihantar ke penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda maksimum RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah mahkamah. (IH)

Lihat sebelum ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails