Thursday, June 07, 2012

Esok, Demo Di Kedutaan Syria.. -Riduan














KL: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Syria di ibu negara Jumaat ini.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, himpunan itu bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad yang tidak henti-henti membunuh rakyat sendiri di negara itu. Terbaru minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

"Kita akan berkumpul di masjid Tabung Haji dan akan berarak ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat," kata Riduan kepada Harakahdaily.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.

Presiden Syiria itu juga mengulangi ketegasannya akan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam berdepan batahan rakyat di negara itu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh umat Islam dan individu prihatin bersama mereka Jumaat ini bagi mendesak kerajaan Syiria menghentikan segala kezaliman terhadap rakyatnya.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails