Saturday, August 06, 2011

Rumah Ibadat Tidak Boleh Diceroboh -N/Abduh N/Aziz


KL, 6 Ogos 11: Semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.” Kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan

Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati. Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam. Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, “ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog.”

“Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

“Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan,” katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain.

Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu. Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Bakpo Abduh dan Hasan Ali jadi gini??

leekonu said...

Saturday, August 6, 2011
SelangorKu: Paderi Didahulukan JAIS Dibelakangkan
Petikan dari malaysiakini

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Itulah sikap seorang ketua kerajaan yang beragama Islam di negeri Selangor.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan.Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf.

Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP.

Saya tak mau mengulas panjang-panjang. Sekarang semuanya telah terbukti depan mata kita. Fikirkan sendiri apa akan jadi kepada kita sekiranya mereka-mereka memerintah negara ini kelak.

Politik mereka sudah melebihi had dan batasan....
Posted by ruang bicara faisal at 10:52 PM

amri5205 said...

Hari ini adalah detik penentuan..adakah Datuk Dr Hasan Ali Exco Selangor dari PAS akan tunduk kepada desakan pemerintah berhubung isu periksa gereja utk bendung kes murtad ataupun meletakjawatan Exco Selangor dan PAS sebagaimana tindakan bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom yang meletak jawatan Mufti semasa era Dato' Seri Abu Hassan Omar dari UMNO berhubung isu 3 orang gadis melayu menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997. Disepanjang zaman akan ada seorang pejuang yang mempertahankan kesucian agama Islam.

Papa Aliah said...

Hanya kerana nak menjaga perasan kafir sanggup mendahulukan paderi dan membelakangkan orang Islam. Hati2 kerana permainan politik ada batasan.
Jangan nanti orang melabel semua ulama dan tokoh PAS sebagai ulama /tokoh terompah.
Sepatutnya dalam isu ini dah nyata siapa yang bersalah berlandaskan perlembagaan.
Ulama yang memperjuangkan isu menentang pengkristianan orang melayu pun telah diharamsanikan oleh tokoh/ulama PAS. Jikalau PAS masih leka dengan permainan politik tunggulah bala dari ALLAH SWT.

san said...

Betul tu, kedua2nya. Pada waktu jAIS amik tindakan mungkin prosidur waran yg lengah lalu tindakan segera penting.
dato' khaled jumpa pastor bukan pasal serbu xde waran ke (prosidur)? klu JAIS betul dgn bukti maka dia orang yg salah.

Ana Ikan Bakar Petai Bangi said...

Sian jugak kat Dr Hassan bila tak lagi disokong PARTI. Ada pimpinan yg terlebih dahulu call Pastor dan mintak maaf & tak pun call Dr Hassan untuk mintak penjelasan. Kadang-kadang Politik dlm PAS pun kejam. Time for Dr Hassan to step down..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails