Sunday, November 28, 2010

K'tan/M'sia Perlu Ada Masjid Cheng Ho..


KOTA BHARU, 27 Nov 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi. Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan. Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China. Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam Editor Ibnu Hasyim melawat 2 buah Masjid Cheng Ho di Surabaya, hari ini dijangka akan melawat Masjid Cheng Ho di Palembang. Tahniah Kepada Tok Guru dan Datuk Husam.. Apakah di Kelantan atau Malaysia juga perlu wujud Masjid Cheng Ho walaupun di Kelantan sudah ada Masjid China di Rantau Panjang?

6 comments:

Anonymous said...

JANGAN LUPA LEPAS NI BUAT PULAK EXPO CHING PING YA BOLE JV DENGAN DAP PULAK TENTU GEMPAKLAH.

Anonymous said...

HARAP BN BOLEH JUGA BUAT EXPO JUDI KAT GENTING DAPAT DUIT BANYAK BEB KAWAN NGAN TAUKE JUDI

Anonymous said...

GITULAH PERANGAI DIA ORANG NI KALAU BUAT BENDA BAIK PERLI PULAK.KALAU BUAT KONSERT MAKSIAT BUKAN MAIN SUKA.

ahmed said...

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

ali said...

JANGAN LUPA LEPAS NI BUAT PULAK EXPO CHING PING YA BOLE JV DENGAN DAP PULAK TENTU GEMPAKLAH.

zaid said...

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails