Sunday, March 01, 2009

Kuliah Politik Islam Percuma Dari Presiden PAS.


'Fahaman & Ideologi Umat Islam' versi rumi & 'Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam' versi jawi boleh didapati di kedai-kedai berhampiran masjid Rusila atau di internet: e-Kedai.net.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

BERKATALAH webmaster ‘Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam’ (http://mazhab.sementoji.net/v1/?page_id=2), Saudara Muhammad Fuad Syazwan Ramli,

Blog ini... memaparkan koleksi kuliyah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila yang mensyarahkan kitab beliau, “Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam”. Kuliyah ini memaparkan perbincangan sekitar lahirnya pelbagai mazhab Akidah dalam dunia umat Islam seperti Sunnah, Syiah, Murjiah, Qadariah dan sebagainya. Saya ingin berkongsi koleksi rakaman audio dan video yang saya kumpul melalui muat turun dan pembelian vcd dengan mengambil syarah kitab ini sahaja, dan memotong bahagian syarah Riadhus Shalihin dan Tafsir yang juga merupakan bahagian dalam kuliyah Jumaat Tuan Guru.

Pada saya bila saya mulai mendengarnya dan membacanya melalui web tersebut, inilah kuliah politik Islam, apa lagi bila beliau sendiri adalah Tok Guru merangkap Presiden PAS dan pernah menjadi Menteri Besar Terengganu, seorang guru agama yang mengamalkan ilmunya. Pada tahun 1994, YB. Tuanguru Hj. Abdul Hadi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam berpusat di Istanbul , Turki. Menjadi AJK penyelaras gabungan parti-parti politik yang menangani isu Pa1estin berpusat di Amman , Jordan.

Tahun 1990, menjadi Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran, Iran. Beliau juga menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada tahun 1990 dalam usaha untuk menyelesaikan krisis Telok. Juga pernah berbincang dengan Setiausaha Agung PBB ketika itu, Butros-Butros Ghali. Maka wajarlah kuliahnya disebut kuliah politik Islam, walaupun beliau mengatakan..

Saya kemukakan kajian ringkas ini untuk tatapan pembaca bab Akidah supaya akidah dapat dipelihara dengan sebaiknya. Walau apa jua cabaran yang dihadapi, gerakan pembaharuan akidah dapat menyelamatkan umat Islam dalam bentuk dan ulasan yang pelbagai. Mudah-mudahan, sumbangan ini diterima Allah dan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk generasi kini dan seterusnya.

Akhirnya, saya juga mengucapkan terima kasih ‘PASpenang’ yang memperkenalkan blog ini pada saya, melalui tulisan saya Saturday, February 21, 2009 Sultan Perak Murtad? . Saya perpanjangkan kuliah politik Islam percuma ini melalui blog tersebut kepada anda!

Sekian catatan kali ini... Wallahu aklam.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 1, 2009. KL.

Percuma e-book. Klik di sini..
1..Thursday, November 27, 2008 Lagi Percuma! Buku ‘Aku Melawan Teroris’ -Imam Samudra. 2..Wednesday, November 26, 2008 Percuma! Buku Jihad, As-Syahid Dr Abdullah Azzam..

1 comment:

Anonymous said...

T.kasih Pak Ibnu kerana maklimat yang diberi. Sekarang sambil tenguk di internet, boleh dengar kuliah politik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails