Tuesday, August 19, 2008

Pantas & Pintas Kuasai Maklumat.


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


TERBACA saya, dalam komen di blog saya…

Cik Lee said... Doktor, saya baru bagi award kat doktor. Silalah jenguk blog saya untuk ambik award doktor.. sila.. sila.. August 17, 2008 8:43 AM.”


Saya tekan 'Cik Lee’, keluar biodata beliau, rupanya seorang anak muda yang gigih dan sedang membangun 5 blog yang berlainan, termasuk sukan, motivasi dan lain-lain. Saya pilih blog ‘Pengembara Jalanan’, rupanya di dalam tertulis mengenai award yang beliau berikan kepada saya.


Blog saya antara 7 blog yang diberi award penghargaan oleh beliau. Antara komennya, “Ibnu Hasyim - Dr. Hasyim seorang ahli pemikir. Juga seorang sejarahwan. Kalau terasa hendak membaca perkara-perkara yang tak pernah dibaca, silalah masuk blog beliau. Boleh baca sendiri sejarah-sejarah yang telah dikaji dan beliau terokai.


Terima kasih anak muda! Saya sanjungi kegigihan anda dalam usaha murni ini.


Teruskan seperti matlamat anda, iaitu:

“Sebenarnya blog ini diwujudkan atas rasa kesedaran untuk berkongsi kesedaran tentang masalah-masalah yang menimpa masyarakat pada hari ini. Terlalu banyak kategori yang dijaguhi oleh anak-anak bangsa kita yang sepatutnya sebagai Muslim tidak layak langsung untuk dijaguhi kita. Dadah, masalah sosial, politik dan pelbagai masalah yang tak mampu kita hendak kira dan hitung. Dengan sedikit kesedaran harapan kawang menulis sekurang-kurangnya menyedarkan kita betapa hidup kita ini hanyalah satu pengembaraan yang sekejap cuma. Jika kita alpa dan leka, maka rugilah kita.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat-menasihati kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Al-Asr (masa) 1-3.”


Apalagi bila saya lihat beliau meletakkan blog saya sebagai sumber rujukan beliau. Alhamdulillah.


Suatu panduan bagi anak-anak muda lain, supaya pantas dan pintas dalam menggunakan masa (al-asr) yang bagaikan pedang, kalau kita tak gunakan untuk memotong, dia akan memotong leher kita balik. Kalau dulu orang perang gunakan pedang, sekarang gunakan nuklier. Namun dalam kekuatan senjata-senjata itu, kekuatan senjata ‘maklumat’ antara factor kemenangan sebenarnya. Walaupun dalam peperangan di medan perniagaan juga.


Tuhan jadikan ‘bumi ini sebagai hamparan’, siapa yang lebih pantas dan pintas menguasai atau membaca maklumat, telus juga terus dari jarak jauh melihat hamparan hingga ke hujung bumi, dialah yang akan memerintah dunia dan berjaya… apalagi bila disuntik dengan kekuatan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ilmu inilah sepatutnya dikuasai oleh umat Islam!.

Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos18, 08 KL


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails