Friday, August 22, 2008

Exco Perak Ditahan: Banyak Lagi Jerangkap Samar BN Akan Meledak…Wan Rahim



Ibnu Hasyim:

CATATAN SANTAI
dari Permatang Pauh


Menurut sebahagian dari berita BERNAMA..

IPOH: Seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak dan empat yang lain yang ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini. Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada pukul 5.20 petang, sehari lebih awal daripada tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan oleh lapan peguam yang mewakili lima suspek itu untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret semalam. Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.

Demikian berita dari BERNAMA. Tetapi menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, se waktu saya temui beliau di pejabat Pusat Khidmat ADUN Permatang Pauh yang menjadi markas besar PAS di Permatang Pauh, hari ini..

“Inilah jerangkap samar awal meledak hasil kenyataan bekas MB Perak BN dulu yang begitu yakin akan merampas Perak dari Pakatan Rakyat selewat-lewatnya pada 31 Ogos ini. Beliau berkata demikian kerana gagal merayu PAS untuk sama-sama memerintah Perak dengan meninggalkan Pakatan Rakyat di Perak.” Menurut Wan Rahim lagi, “Akan banyak lagi yang akan meledak, kita tunggu dan berjaga-jaga. Saya ingatkan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati lagi, apa lagi saat-saat menjelang pilihan raya Permatang Pauh ini.”

Saudara Sharifuddin Nasution pemimpin PKR waktu ditemui di sini pun menyuarakan begitu. Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... Undilah PKR.


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails