Monday, August 18, 2008

Baitulmal Tak Mahu Tolong Orang Susah?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

TERTARIK saya melayari blog kawan saya http://wartashubhi.blogspot.com/ di bawah tajuk ‘Cobaan Kehidupan’ Ogos 6,2008.


Beliau menggunakan blognya untuk membantu dan menolong saudara baru kita yang susah. Orang yang disebut-sebutnya itu adalah orang yang saya kenali. Maka berkewajipan juga saya untuk membantu atau perpanjangkan khidmatnya. Begini sedutan dari ceritanya:


“Namanya Fauzi. Dia merupakan seorang India yang pada asalnya merupakan seorang pemuda yang beragama Hindu. Fauzi satu hari mendapat hidayah untuk menjadi seorang Muslim melalui Tuan Guru Yusof Rawa. Fauzi ini dahulunya merupakan seorang penganut agama Hindu yang bengis dan amat bencikan orang islam, namun kehendak Allah tiada siapa menduga yang akhirnya dia jatuh cinta dengan Islam. Kami sampai di tempat Fauzi tinggal iaitu sebuah kedai makan mamak di mana dia bekerja menyara hidupnya.


Sambil itu Fauzi juga amat cekap dalam bidang IT. Begitulah dia menambahkan pendapatannya untuk sesuap nasi buat meneruskan kehidupannya. Sekarang ini dia mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan untuk memulihkannya. Saraf tulang belakangnya mengalami kerosakan akibat tulang belakang berhampiran tengkuknya terseliuh dan menghimpit sarafnya. Keadaan ini amat serius dan memerlukan pembedahan segera, jika tidak Fauzi bakal lumpuh dari leher turun kebawah.


Sekarang pun kedua tangannya telah mula kebas kebas dan keupayaan untuk dia berdiri lama amat terbatas. Dia menceritakan pada saya bertapa susah untuk dia rukuk dalam solatnya. Apatah lagi untuk melakukan kerja yang berat. Saya lihat Fauzi amat cekal dalam menjalani kehidupannya. Merupakan satu kerugian kita sebagai orang Islam membiarkan orang seperti Fauzi ini berada dalam ketidakupayaan sedangkan jika dia sihat tentu banyak sumbangan yang dapat diberikan pada agama. Dia redha dengan ketentuan yang Allah berikan padanya.


Untuk menjalani pembedahan dia memerlukan dalam 20 ribu ringgit, dia tak nampak jalan bagaimana dia dapat mencari jumlah wang sebanyak itu. Berbagai usaha dia lakukan termasuk memohon bantuan kepada Baitulmal, namun pihak Baitulmal mengecamnya sebagai India yang datang menipu untuk mendapatkan wang. Dia nampaknya kecewa dengan orang Islam sendiri. Saya melihat beginilah yang sering terjadi pada para muallaf yang menyebabkan mereka kembali tersesat. Kita yang Islam baka ini tak sensitive untuk menolong mereka.


Saya meminta nombor akaun Fauzi untuk saya cuba war-war kan, manalah tahu Allah mengerakkan hambanya yang lain yang sedang mencari peluang untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Saya ada mencatitkan maklumat nombor akaunnya pada sekeping kertas. Saya harap jika ada sesiapa yang terbaca kisah ini dan ingin menolong Fauzi untuk pembedahannya boleh komen pada artikel ini untuk saya paparkan maklumat Fauzi atau saya beri nombor Fauzi untuk dihubungi terus.”


Hanya ini yang saya mampu bantu melalui weblog saya… Jika ada yang berminat untuk membantu, sila hubungi blog beliau. Sekian catatan santai untuk kali ini.

Wassalam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos17, 08 KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails