Monday, July 21, 2008

Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim


BY ASYOK KUMAR


UKAY PERDANA 20 Julai –PAS perlu berfikiran terbuka, bahkan bersikap tegas supaya jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang, dalam soal muzakarah dengan UMNO, bahkan sehingga ke peringkat kerjasama memerintah negara. PAS perlu tegas mempertahan prinsip perjuangannya dan membela rakyat tertindas tidak kira kaum seperti yang dikehendaki oleh agama Islam dengan membelakangkan kepentingan peribadi-peribadi tertentu.


Demikian pandangan Dr Mohd Hasyim, selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang dalam suatu majlis pertemuan bersama ahli-ahlinya di sini malam tadi. Contohnya, antara tuntutan yang wajar dikemukakan ialah melaksanakan hukum dan perundangan Islam di negeri yang dimenangi oleh PAS, menurunkan harga minyak supaya tidak membebankan rakyat, menghapuskan ISA, membebaskan tahanan-tahanan politik yang ada kaitan dengannya, memberi kuasa penuh kepada penghapusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, merancang program baikpulih ekonomi rakyat dan sebagainya.


Menurut beliau lagi, kuasa ke arah melaksanakan hal-hal tersebut perlu didapati, samada melalui jawatan atau jabatan yang se wajarnya. Tidak kira samada muzakarah atau kerjasama dengan parti atau kumpulan mana sekalipun samada pemerintah atau pembangkang, kalau hal-hal tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka muzakarah atau kerjasama tersebut adalah sia-sia dan buang masa sahaja.


“Mana-mana muzakarah atau kerjasama dengan parti-parti yang mampu memberi ruang perlaksanaan hal tersebut kepada PAS, maka barulah muzakarah, kerjasama atau kongsi kuasa itu dianggap wajar…” Jelas beliau lagi yang juga seorang penulis webblog.


Ditanya mengenai maksud ‘jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang’, katanya, “Kongsikuasa PAS/ UMNO 1969, di mana PAS ditipu UMNO, ditendang keluar dari BN diharapkan jangan berlaku lagi. Juga diharapkan jangan ditipu pula oleh pakatan yang akan memerintah!”

16 comments:

Anonymous said...

'Juga diharapkan jangan ditipu pula oleh pakatan yang akan memerintah!'

Apa maksud kata-kata ini? Cuba kawan-kawan bagi pendapat!

anak KL.

Anonymous said...

Saya rasa PAS tidak ditipu oleh Pakatan Rakyat (PK), cuma ada perkara-perkara yang dibuat oleh DSA tidak perlu dibuat mewakili Pakatan Rakyat. Tak mestinya kena lapur kepada PR semua.

Amin
Ahli PAS KL.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim,

Dari tulisan hang, aku buat kesimpulan, la ni PAS adalah parti yang paling mahal.

Sapa yang nak tolong agama dan bangsa, kena cari PAS. UMNO kena lobi PAS. Aku yakin PAS boleh terima. Kalau PAS sokong Pakatan Rakyat & PKR boleh perintah Malaysia bila dapat 30 kerusi (bukan Islam) dari Sabah, sudah tentu majoriti kerusi di parlimen milik bukan Islam. Di situlah ruginya Islam bila PAS bersama PKR.

Lebih baik PAS bersama UMNO, mintalah jawatan penting supaya citanya membela rakyat terlaksana. Jaga jangan kena tipu lagi. Memang pengalaman lalu PAS kena tipu, tapi belum tentu dengan rakan Pakatan Rakyat PAS tak kena tipu.

Di situlah perlunya kepintaran dalam politik, kerana politik itu adalah tipuhelah atau helah menipu..

Muzakarah bermulanya ujian ilmu politik..

aku anak pulau.

Anonymous said...

Aku rasa tulisan Aku Anak Pulau, yang menyebut..

'PKR boleh perintah Malaysia bila dapat 30 kerusi (bukan Islam) dari Sabah, sudah tentu majoriti kerusi di parlimen milik bukan Islam'...

Itu tidak tepat. Kerana bila Pakatan Rakyat perintah negara tentu ramai wakil-wakil rakyat UMNO akan melompat ke kerajaan PR, jadi majoriti wakil rakyat Islam akan diperolehi..

aku
ANAK KL.

Anonymous said...

Porrah!

Tu andai hang anak KL saja.. Hang dari PKR kot?

Bawa betenang, sabaq sikit.. biaq pikiaq terbuka.

Aku Anak Pulau.

Ibnu Hasyim said...

Maaf, itu kenyataan saya bukan tulisan saya. Sebenarnya panjang lagi yang saya huraikan.Tapi, tak pa...

Anonymous said...

Saya lebih bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz:

PAS akan berpecah jika muzakarah diteruskan. 21-07-2008 10:54:07 PM

(Mutakhir) KOTA BAHARU:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Aziz berkata, jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

"Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang.

"...dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau kecewa kerana tidak dijemput menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno, Nik Aziz berkata, beliau tidak kecewa tetapi "tidak gembira" dengan kenyataan pemimpin PAS dan Perdana Menteri mengenai isu itu.

"Saya tidak happy dan tidak gembira dengan kenyataan pemimpin Umno dan PAS mengenai muzakarah ini," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang mengenai perkara itu.

Nik Aziz bagaimanapun menafikan wujud ketidaksefahaman antara beliau dengan pemimpin PAS yang lain berhubung isu itu dan juga menafikan wujudnya masalah dalaman parti itu.

"Persefahaman tetap ada dan kalau pecah-belah seronoklah Umno dan sebab itu kita mesti bersatu dan apa yang saya katakan ini sebagai reaksi balas sahaja dan terpulanglah kepada penyokong (untuk menilainya)," katanya.

Nik Aziz juga berkata, terpulang kepada perwakilan untuk membincangkan mengenai isu itu pada muktamar PAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Boleh jadi dibincangkan tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk membincangkan isu ini," katanya.

Beliau juga menafikan pertemuannya dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru turut membincangkan isu muzakarah itu dan menurutnya perbincangan hanya berkisar mengenai bagaimana untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. BERNAMA

Rojokan tambahan:

* Muzakarah Umno-PAS: Terlalu awal untuk menilai impak agama, politik?
* Shafie: Muzakarah langkah baik satukan kaum Melayu
* Muzakarah: Karpal minta PAS beri penjelasan
* Muzakarah Umno-PAS tidak jejaskan Pakatan Rakyat- Lim
* KLIP VIDEO KOMEN ABDULLAH TENTANG MUZAKARAH
* Hadi sahkan 3 pemimpin kanan PAS temui Abdullah sejak PRU.


Amin
Ahli PAS KL

Anonymous said...

Mengulas anonymous said (anak KL) & Amin Amat:

Cuba lihat ini:

anwaribrahimdotcom.blogspot.com
Sunday, June 29, 2008 di bawah tajuk 'ANWAR IBRAHIM 100 TOKOH DUNIA (TIME)'

Video di atas memaparkan 'kehebatan Anwar' kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan 'kehebatan' Anwar di persada dunia.

Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting.

Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME.

Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz.

Ketiga; Anwar dipilih kerana ISLAM MODERATE tajaan AMERIKA.

Keempat; Anwar menolak KETUANAN MELAYU


Pertama : Tokoh 100 Majalah dipilih TIME Tokoh-tokoh 100 berpengaruh di dunia, majalah TIME Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh YAHUDI.

Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin.

Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah NEWSWEEK yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai "The Asian of the Year" pada tahun 1998.

Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas, sila baca di sini.

Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi 'watak Anwar' di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai '100 tokoh berpengaruh dunia'.

Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, "The Jerusalem Post" meramalkan "Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia" sebaik sahaja selesai PRU ke-12.

Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh "mempromote nama Anwar" di pentas antarabangsa ? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik ISRAEL, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa hanya Anwar dipromote sebagai PM? Kenapa tidak Najib Tun Razak?

Sudah tentu, pemikir Yahudi, zionis dan neocon lebih mengetahui sebab musabab kenapa mereka pilih Anwar Ibrahim.

Kedua : Penulis biodata Anwar= Paul Wolfowitz Penulis biodata Anwar semasa mencalonkan 100 tokoh TIME ialah Paul Wolfowitz. Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman "Zionis" yang pernah dinobatkan "Israel Zionis Paling Berjaya 2002" oleh THE JEWISH INSTITUTE for NATIONAL SECURITY AFFAIRS (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq. Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD.

Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar ? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis ? Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME?

Jawabnya tidak ada. Hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah 'menteenya'. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar.

Pengakuan Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz. Kata Anwar, Yahudi berideologi Zionis (Wolfowitz) itu bukan musuhnya


Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University. Wolfowitz juga lantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR)

Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990-an melalui Dailog Pasifik.

Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.

Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger.

Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis, 'I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense', ketika Anwar dipenjarakan.

Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama. Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika.

Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai 'arkitek perang & pemusnah negara Islam' sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar ?

Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..

Ketiga : Anwar model Muslim Moderate

"MUSLIM MODERATE" adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih DEMOKRASI ke negara-negara Islam.

CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai "Muslim Democrat of the Year" pada tahun 2005.

Dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID),Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID). Kenapa hanya Antony Sullivan sahaja tepuk tangan ketika Anwar dinobat "Muslim Democrat of the Year" ?

Maksud "Muslim Moderate" adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya DEMOKRASI dan HAK ASASI.Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.

Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai 'Teroris' telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam.

Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).

Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi, President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi.


Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak Demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator. Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu.

Persoalannya adakah Demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan Demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana Keadilan, Demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?

Keempat : Anwar menolak Ketuanan Melayu

Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak KETUANAN MELAYU dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dasar menolak 'ketuanan bangsa' dan menjaga 'hak keistimewaan kaum' ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar "affirmative action" (hak keistimewaan).

Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.

Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan "affirmative action", bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar "affirmative action", maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.

Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.

Betapa akrabnya Anwar dengan Pengerusi IMF,Michael Camdessus hingga berpeluk-peluk.


Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar "affirmative action" yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.

Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana TELAGA MINYAK, Malaysia pun ada telaga minyak dan PETRONAS!

Sebagai kesimpulan, elok direnungi tulisan blogger Ibnu Hashim, yang mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, "Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”

AnwarIbrahimDotCom 29 Jun 2008

Artikel lepas yang berkaitan :
1. Betulkah Anwar Agen Yahudi ? (1)
2. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika ?
3. Video Siapa Anwar Siri 6 -Kupasan 'Hubungan Anwar & Wolfowitz'. Percaturan kerja Anwar di Amerika dan pertolongan tokoh-tokoh neocon kepada Anwar.
4. Video Siapa Anwar Siri 7 - Kupasan terperinci 'Hubungan Anwar & Wolfowitz' dari 80-an hingga sekarang
5. Video Siapa Anwar Siri 8 - Kupasan 'Hubungan Anwar, Wolfowitz & Shaha Riza' terhadap kes Perang Iraq

Posted by Anwar Ibrahim Dot Com (AIDC) at 6/29/2008 07:32:00 AM
Labels: Artikel tulisan AnwarIbrahimDotCom
4 comments:

Maharaja Zhou said...

DSAI tidak menafikan bahawa dia memang telah meliwat Saiful Bukhari dan lebih gemar bersilat dan bermain kata-kata bahawa ada konspirasi terhadapnya. Banyak persoalan yang perlu Anwar jawab dan terangkan.

Oleh itu, bacalah artikel berkenaan di Anwar Liwat lagi? untuk selanjutnya.

June 29, 2008 4:56 PM Anonymous said...

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9363/84/
tengok link kat atas...... siapa dia tuh? yang sanggup mengakau diliwat??

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/
Yang kat atas nih pun adalah pendedahan kawan2nya.

June 30, 2008 1:52 AM amspotte said...

Wargh... makin hebat banget itu anwar ibrahim... kasi capek sama aku sih...

June 30, 2008 2:10 PM jefry said...

bagus juga anuar ni banyak kenalan di luar.. tak semesti org islam rapat dengan orang islam je.. mcm mana org kafir nak masuk islam kalau kita tak dapat dengan beliau.. kalau anaur perintah saya pasti ekonomi kita setabil banyak pelabur luar masuk malaysia, tak mcm pak lah hampeh...
July 3, 2008 4:18 PM

Anonymous said...

Selamat Kembali ke Tanah Melayu Bang Mat

Anonymous said...

Pak Ibnu,

Kau pergi tanpa pesan..
Pesan memesanlah;
moga bisa ketemu lagi..


Hetty
Universitas Kisaran
Sumut

Anonymous said...

Ana setuju sangat dengan pandangan anta syeikh. Pas mesti berpegang dengan dasar utama penubuhannya untuk mendaulatkan hukum Allah dan memberikan keadilan kepada semua rakyat tak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.Tak kira apa-apa agama sekalipun. Bila akan terlaksana itu bukan kerja kita. Itu kerja Allah. Perjuangan untuk mencari keredhaan Allah mesti diteruskan.

Bagi saya letaklah nama apa pun, muzakarah ke, muqobalah ke atau apa-apa nama sekalipun jika tidak kembali kepada tujuan utama maka ianya akan mendapat kemurkaan Allah. Jadi saya syorkan agar PAS berjaya kerana kekuatannya bukan kerana mengambil peluang kelemahan UMNO. Jadi PAS perlu melipat gandakan usaha untuk memacu kekuatan.

Contohnya dalam perlawanan bola sepak...biarlah kita menang kerana pasukan kita kuat...bukannya kerana pasukan lawan lemah. Ini kerana jika pasukan lawan menjadi kuat maka kita yang masih ditahap yang sama akan menerima kekalahan. Semoga Allah mengurniakan kekuatan akal fikiran dan fizikal kepada semua pimpinan pas, pendokong serta penyokong PAS sama ada dari Melayu, Cina, India, Islam, Kristian Budha dan lain-lain.

Ingatlah Malaysia negara kita bersama. Negara kita tanggungjawab kita. Bukan tanggungjawab UMNO dan BN.

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Sekarang kita memiliki 121 MP Melayu Islam dalam Parlimen. Jika usul perlembagaan untuk melaksanakan pemerintahan Islam sepenuhnya disokong dan ditambah sokongan non muslim supaya memperolehi 2/3 sokongan. Ini tidak mustahil boleh dibentuk perundangan Islam.

Masalahnye kebanyakkan MP Islam selain MP PAS bersungguh-sungguh tidak mahukan perundangan Islam itu sendiri. MP2 Islam perlu menyokong usul ini. Kalau tidak, muslim jenis apakah mereka?

Jika UMNO ikhlas dalam muzakarah yg mereka war2kan tu... Hentikan segera kempen Islam Hadhari yg byk merosaakkan ummah terlebih dahulu. Kemudian laksanakan syarat2 yg disyorkan oleh Dr.Mohd Hasyim nie.. lepas tu bolehlah nak borak panjang2 nnti..

Wassalam

Anonymous said...

Akum...

Secara ikhlas, saya mengucapkan tahniah kepada Dr. kerana berjaya keluar dari kepompong pemikiran kuno dan fanatik segelintir golongan PAS. Rupa-rupanya masih ada ahli dari PAS yang mampu berfikiran terbuka seperti yang ditunjukkan oleh Dr. Mohd Hasyim.

Inilah yang rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya inginkan. Dasar keterbukaan dan bersedia menerima pendapat dan teguran.

Muzakarah mahupun muqabalah tidak kiralah apapun istilah yang diberikan sebenarnya memerlukan pemahaman konsep yang mendalam di kalangan pihak yang terlibat. Tidak seharusnya kita mentafsir niat untuk bermuqabalah hanya dari sudut negatif semata-mata. Apapun, matlamat muqabalah itu sendiri perlu difahami sebelum ia dinilai.

Pengabungan antara Pas dan Umno sebenarnya menjadi agenda yang terakhir dalam muqabalah ini. Ia hanyalah boleh dianggap sebagai satu bonus sekiranya muqabalah ini berjaya menyatukan dan mengabungkan kedua-dua parti. Walau pun skar namun sekurang-kurangnya ia bukanlah perkara mustahil.

Mungkin setelah semua perkara yang dimuqabalahkan berjaya mencapai kesepakatan yang mampu menguntungkan kedua-dua pihak hingga masing-masing berpuas hati dan mencapai hala tuju yang selari maka pengabungan MUNGKIN berlaku.

Apapun, langkah pertama perlu dimulakan terlebih dahulu sebelum kita dapat mengintai langkah kedua dan seterusnya. Jika dari mula lagi kita takut untuk melangkah maka sudah pasti dan mustahil untuk sampai ke mana-mana destinasi sekali pun.

http://suaramelayubaru.blogspot.com [suaramelayubaru.blogspot.com]

Anonymous said...

Umno, PAS dibubar tubuh parti baru satukan orang Melayu?
26-07-2008 11:58:56 PM

(Dikemas kini) MACHANG: Menyusul isu muzakarah-muqabalah, hari ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Selepas tiga hari pemimpin kanan PAS bertemu dan tiga hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang menyentuh isu syor muzakarah-muqabalah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan manamana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Ke-37 di sini.

Nik Abdul Aziz memberitahu, UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di manamana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.
# Muqabalah atau muzakarah: Najib tidak mahu berbalah, PAS tentukan nasib minggu depan
# PM akan jelaskan pertemuan Umno-PAS kepada parti komponen BN
# Mahathir: Muzakarah tidak boleh belakangkan komponen BN

Anonymous said...

Saya rasa kita tidak perlu meragui akan DSAI sebab beliau sebenarnya bukan perkara yang terpenting. Cuma sekarang beliau pengerak utama untuk memberikan pembaharuan dan harapan kepada RAKYAT. Ada tiga perkara yang tidak akan berubah tak kira bagaimanapun situasi politik tanahair, iaitu 1) orang MELAYU dan ISLAM sebagai penduduk majority negara ini tidak akan kehilangan pengaruh walaupun dalam keadaan sebagaimanapun. Apa yang berlaku sekarang dalam pemerintahan sekarang(BN dan UMNO), yang dipentingkan bukan bangsa atau agama, yang paling penting ialah kepentingan sendiri. Bila BN dan UMNO tumbang, secara otomatik politik negara akan berubah dimana MELAYU dan ISLAM akan masih menjadi pengaruh yang dominat. 2) DSAI mungkin akan jadi PM, akan tetapi PM kedua dan selanjutnya akan juga orang MELAYU dan ISLAM dan bermungkinan dari PAS. Akan tetapi, yang pasti dalam keadaan sekarang, walaupun PAS bergabung atau masuk UMNO atau berkerjasama dengan UMNO, orang PAS tak akan menjadi PM atau pengaruh dominat bila keadaan stabil semula dan UMNO kuat semula.3) Pada orang bukan ISLAM dan bukan MELAYU, realitinya ialah mereaka tak akan menjadi pengaruh dominat akan tetapi menjadi satu factor 'safety' untuk mewujukkan satu keadaan untuk pembaharuan bila keadaan amat sangat memerlukan sperti sekarang. Pembaharuan ini bukan untuk saja kebaikan negara tetapi juga untuk BANGSA dan ISLAM.Yang bukan MELAYU dan ISLAM cuma harapkan satu corak pemerintahan yang adil tanpa kira kaum. INGAT dalam ISLAM perkauman adalah tidak dibenarkan.

Jangan terlalu bimbang dengan DSAI sebab beliau bukan segalanya. DSAI cuma satu factor untuk pembaharuan. Dalam dunia sekarang berkenalan dengan tokoh bangsa lain yang dianggap anti-ISLAM tak semestinya orang itu juga berfahaman sebegitu. Kalau HADI Awang berbincang dengan UMNO, adakah dia juga macam orang UMNO juga?. Yang mengaku ISLAM tidak semestinya baik sesama ISLAM,lihat apa telah berlaku di negara Teluk dan Afrika, ISLAM BUNUH ISLAM.Yang penting AGAMA mengajar kita kesederhaan. Keadaan rakyat menentang Kerajaan sekarang adalah sebab ia telah keterlaluan, rasuah dan penipuan sudah jadi amanah biasa. Adakah kalian rasa BN dan UMNO boleh direform lagi?.

Yang pasti Rakyat berbilang Kaum Malaysia secara umumnya boleh berbincang dengan baik demi kepentingan bersama selagi tidak ada fahaman extreme. Bukan agama kita juga mengajar kita akan kesederhaan?.

Anonymous said...

Harga Minyak di Singapura turun lagi, kali kelima dalam masa 20 hari


Artikel Oleh saf Oleh BHS Selasa, 29 Julai 2008

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.


Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.


Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.


Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.

'Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.

'Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,' kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails