Thursday, July 24, 2008

Anwar Tak Layak Jadi PM?

Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI


“AKU baca ulasan atas kenyataan hang pasai ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim’. Ramai yang bagi komen, antaranya meragui sikap hang terhadap kepimpinan DSAI..” Kawan saya bertanya pula. “Aku nak

dengaq dari mulut hang pulak!”

Ini jawapannya…

Pertama:


Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com….


…“(DSAI) Anwar model Muslim Moderate. Muslim Moderate adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih Demokrasi ke negara-negara Islam. CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai ‘Muslim Democrat of the Year’ pada tahun 2005 …. Maksud ‘Muslim Moderate’ adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya ‘demokrasi dan Hak asasi’. Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.


Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai ‘Teroris' telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam. Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED). Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi,


President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi. Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator.


Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu. Persoalannya adakah demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana keadilan, demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?”


Teringat pula saya kepada pemikiran yang dibawa oleh Drs Nurcholis sejak awal tahun 70an lagi, semasa dia menjawat Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia (Ucapannya pada 2 Januari 1970 bertajuk Keharusan Pembaharuan Pemikir Islam dan Masalah Integrasi Umat’ dan artikelnya ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’ . Pimikiran yang diciplaknya dari pemikiran Harvey Cox, seorang pemikir Kristen mengkritik agamanya dalam bukunya ‘The Secular City (New York:The Macmillan Company -1965) yang menjadi best seller di Amerika pada tahun 1965. Sila rujuk buku ‘Koreksi Terhadap Drs Nacholis Madjid Tentang Sekularisasi’ oleh Prof Dr H.M. Rasjidi (Jakarta: Bulan Bintang-1977).


Penulis Barat yang menyebutnya dengan ‘Islam Liberal’adalah seperti seperti Leonard Binder (‘Islamic LiberalismChicago: The Unversity of Chicago Press-1988) dan Charles Kurzman (‘Liberal Islam’ New York: Oxford University Press-1998). Buku khusus di kalangan pemikir Indonesia ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 (The Emergence of Neo Modernism’ Liberal Movement of Islamic Though-1995), yang asalnya adalah disertasi Ph.D di Monash University, Australia.


Buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan tajuk: ‘Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Neomerniodsme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdurrahman Wahid’, diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999. Pemikiran Islam Liberal itu, mulanya disingkatkan sebagai ‘Islib’, kemudian dipopularkan oleh sekumpulan pemuda dengan menubuhkan rangkaian kerjasama ke peringkat antarabangsa dengan nama ‘Jaringan Islam Liberal’ atau JIL.


Kalau di Malaysia atau Indonesia golongan ini menjadikan Syeikh Ali Abdul Raziq sebagai idola mereka. Kata mereka,Abdul Raziq menyimpulkan bahawa sistem khilafah bukanlah sebuah kemestian bagi kaum Muslimin untuk mendirikannya, bahkan ia bukan sama sekali sebahagian dari agama Islam.(Ali Abdul Raziq menulis dalam kitabnya ‘Al-Islam wa Ushul Al-Hukm’: Cairo Cetakan pertama 1342/1925). Dengan itu mereka tetap bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia yang sekular sekarang. Tak perlu ditukar sekularnya. Begitu juga dengan system Pancasila di Indonesia..


Sebenarnya, Sheikh Ali Abdul Raziq hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Ataturk, tokoh sekularisme Turki. Kedua tokoh ini memiliki ideologi politik yang hampir sama. Ataturk mengumumkan penghapusan sistem khilafah (1924) dan menyatakan pemisahan urusan agama dari negara (1925), maka Abdul Raziq menerbit buku yang menyokong Ataturk. Syed Rasyid Ridha tokoh gerakan pembaharuan dan murid-muridnya seperti Hassan Al-Banna pendiri gerakan ‘Ikhwan Muslimin’, telah menolak pandangan yang amat berbahaya ini.


Begitu juga PAS di Malaysia. Teringat saya kepada ceramah-ceramah mantan Presiden PAS Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor yang menyerang habis-habisan faham sekular yang dipanjangkan oleh Abdul Raziq itu, pada tahun-tahun 80an. Ustaz Fadzil pernah bersama-sama Dato’ Seri Anwar menggerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum beliau aktif dalam PAS. Masa itu ABIM pernah menerbitkan buku penjelasan ‘Islam and Secularism’ oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas (ABIM 1978 & ISTAC 1993).


Faham Sekularisme telah menjadi kunci pembuka bagi penganut-penganutnya mengamal banyak lagi faham-faham sesat yang lain atas nama ‘kebebasan berfikir’. Contohnya Pluralisme Agama (menyamakan semua agama), isu Al-Qura’an Edisi Kritis (edit semula), Hermeneutika (merombak atau merubah orientasi tafsir yang sedang digunakan oleh ulama turun-temurun), Feminisme (‘gender equality’, samakan lelaki dengan perempuan, seperti perempuan berkuasa ceraikan suami, jadi imam sembahyang kepada lelaki dan lain-lain), dan macam-macam kesesatan yang dimodenkan sepanjang masa. Adakah ia termasuk Islam Hadhari? … perlu dibincangkan pada kesempatan yang lain!


Sebuah kertaskerja bertajuk ‘Fakta dan Data Liberalisasi Islam di Indonesia’ telah dibentangkan dalam seminar Ancaman Islam Liberal di Kota Bharu Kelantan pada 3 Jun 2006. Pembentangnya, Adian Husaini MA dari Institute For The Study Of Islamic Though And Civilization (INSISTS), Jakarta Indonesia, telah menyenaraikan 16 antara organisasi-organisasi di Indonesia dari 30 organisasi-organisasi yang dibiayai oleh The Asia Foundition antara organisasi-organisasi talibarut US yang beroperasi sejak 1970an lagi hingga kini.


David E. Kaplan (Hearts, Minds and Dollars, www.usnews.com 4-25-2005) menyebutkan, dimana jutaan dollar US telah dipersetujui oleh White House secara rahsia untuk dihamburkan bagi kempen mengubah masyarakat Islam dan agama Islam itu sendiri di dalam sekurang-kurang 24 negara umat Islam seluruh dunia. Donald Rumsfeld, atas alasan membendung pengganas telah mengumumkan pada 16 Oktober 2003…


AS (Amerika Syarikat) perlu menciptakan lembaga donor untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang radikal menjadi moden. Lembaga pendidikan Islam biasa lebih cepat menumbuhkan teroris baru, lebih cepat dibandingkan kemampuan AS untuk menangkap dan membunuh mereka.”(Harian Republika 3-12-2005).


Kedua:


Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com. lagi….


Video di atas (seperti di blog disebutkan..) memaparkan 'kehebatan Anwar' kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan 'kehebatan' Anwar di persada dunia. Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting. Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME. Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Ketiga; Anwar dipilih kerana Islam Moderate tajaan Amerika. Keempat; Anwar menolak Ketuanan Melayu”


Mengenai tokoh 100 Majalah dipilih TIME, tokoh-tokoh 100 berpengaruh di dunia, majalah TIME Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh Yahudi. Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin. Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah Newsweek yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai ‘The Asian of the Year’ pada tahun 1998.


Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas. Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi 'watak Anwar' di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai '100 tokoh berpengaruh dunia'. Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, "The Jerusalem Post" meramalkan "Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia" sebaik sahaja selesai PRU ke-12.


Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh mempromote nama Anwar di pentas antarabangsa? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik Israel, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Kenapa tidak Najib Tun Razak?, Atau kalau pembengkang Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang? Puak-puak pemikir Yahudi tentu tahu kerja-kerjanya!


Penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Semasa mencalonkan 100 tokoh TIME, Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman zionis yang pernah dinobatkan ‘Israel Zionis Paling Berjaya 2002’ oleh The Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq.


Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD. Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis?



Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME? Dikatakan hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah 'menteenya'. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar. Pengakuan Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz. Kata Anwar, Yahudi berideologi Zionis (Wolfowitz) itu bukan musuhnya. Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University.


Wolfowitz juga melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR) Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990an melalui Dailog Pasifik. Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.


Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger. Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis..

I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense’

…ketika Anwar dipenjarakan. Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama.


Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika. Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai 'arkitek perang & pemusnah negara Islam' sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar? Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..


Dalam 3 perkara yang dilontarkan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir selaku Ahli Parlimen Jerlun di Dewan Rakyat Parlimen Selasa 13 Mei 2008, antaranya menyebutkan…


Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.


Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya.... dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?”


Itu pandangan Dato’ Mukhriz.


Ketiga:

Dikatakan juga Anwar menolak ‘Ketuanan Melayu’. Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com lagi….


Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar menolak 'ketuanan bangsa' dan menjaga 'hak keistimewaan kaum' ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar ‘affirmative action’ (hak keistimewaan). Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa ‘pilihan Tuhan’.


Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan ‘affirmative action’, bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka yang bukan Yahudi itu ‘Bangsa Kelas Kedua’. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar ‘affirmative action’, maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu. Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.


Betapa akrabnya Anwar dengan Pengerusi IMF,Michael Camdessus hingga berpeluk-peluk. Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar ‘affirmative action’ yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika. Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana telaga minyak, Malaysia pun ada telaga minyak dan Petronas!”


“Yang penting ketiga-tiga alasan ini ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika. Kalau Anwar bagaikan bulan purnama, maka isu-isu ini adalah awan hitam yang boleh menggerhanakan beliau sebagai pemenang bintang Perdana Menteri (PM). Ada lagi isu-isu lain seperti perbedaan dari segi gerak kerja dan kekuatan antara PAS, PKR & DAP. Peribadi Anwar berbanding Ustaz Hadi. Dikatakan juga tindak tanduk Anwar membelakangkan Pakatan Rakyat, gendang kosong contohnya nak dapatkan pelabur di Selangor atau 30 kerusi parlimen masih belum menampakkan bunga-bunga kenyataan. Tuduhan-tuduhan skendal dan lain-lain.



Pada saya PAS kena dapatkan jalan pintas untuk realisasikan dasar perjuangannya, termasuk turunkan harga minyak. PAS cuma menunggu dan memilih kumpulan mana yang dapat membantu cita-cita perjuangannya. Kunci pembukanya adalah.. Muzakarah!!” Saya memberi pandangan.


“Bagaimana dengan isu-isu lain??”

“Tak cukup masa, coming soon!”

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 22-07-08. KL.


5 comments:

Aku Anak Pulau said...

Liwat: Rice bertegas isu Anwar bukan isu dalaman, mahu ditangani telus 24-07-2008 01:41:27 PM

Bagaimana kita nak percaya DSAI jadi PM.. Lihat kenyataan ini!

Disertai gambar DR. RAIS Yatim bersama Dr. Condoleezza Rice ketika tiba untuk untuk menghadiri Forum Serantau ASEAN di Singapura pagi tadi. - fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun.

"Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik," kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.

"Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau hari ini.

Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.

Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.

"Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.

Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.

Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice.

Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.

Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.

Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang.

"Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya.

"Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang - sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara," katanya.


Kita bimbang kalau Anwar Jadi PM, beliau pun jadi macam pemimpin UMNO ni..


Isu Anwar: Rais harap AS tidak curigai undang-undang Malaysia
24-07-2008 01:32:02 PM

SINGAPURA: Amerika Syarikat menghormati susunan dan tatacara undang-undang Malaysia dan tidak menyangkal penerangan yang diberikan mengenai dakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata, beliau hari ini telah menerangkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice mengenai "susunan dan tatacara undangundang negara yang melibatkan Anwar Ibrahim."

"Rice tidak menyangkal penyampaian Malaysia itu," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Forum Serantau Asean Ke-15 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Rice selama 15 minit di luar forum itu.

Rais berharap "Amerika Syarikat selepas ini, sama ada melalui pegawainya atau mana-mana pihak, tidak lagi mencurigai apa yang terkandung secara dalaman negara Malaysia, dan ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia."

Rais berkata, beliau turut menerangkan kepada Rice mengenai undang-undang penjenayahan dan juga undang-undang yang berkaitan dengan perlembagaan.

"Peraturan negara di Malaysia adalah hal dalaman dan dengan demikian negara luar harus menghormati apaapa yang telah disusun di bawah undang-undangnya sendiri," katanya.

Menteri Luar itu berkata, beliau turut merujuk kepada suratnya kepada Rice awal bulan ini yang melahirkan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.

Rais berkata, Malaysia telah menafikan dakwaan pegawai Amerika Syarikat itu, Tom Casey, "yang Malaysia mengamalkan sistem yang berpunca daripada desakan politik maka undangundang jenayah dikenakan terhadap Anwar sedemikian rupa.

"Malaysia telah menafikan bahawa ini adalah berkaitan dengan politik ataupun berbau politik, malah Malaysia hanya menerangkan secara tegas bahawa ini adalah susunan undang-undang jenayah kita sendiri di bawah Prosedure Criminal Code atau Acara Kanun Jenayah Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, "rule of law ataupun susunan undang-undang Malaysia harus dihormati." BERNAMA

Komen
Aku Anak Pulau.

mykppm.blogspot.com said...

PAS terpinggir dalam Pakatan Rakyat?
24-07-2008 02:28:20 PM

ISU ‘londeh seluar’ oleh sebuah kumpulan muzik under ground dalam perhimpunan Protes beberapa waktu lalu perlu dianalisis dari pelbagai sudut. Pengamatan yang cetek hanya akan melihat isu ini sekadar isu moral sekumpulan anak muda yang terlepas dari tatasusila bangsa Melayu.

Perkara yang lebih mendalam timbul apabila kita menggunakan premis pemikiran bahawa tidak mungkin parti PAS akan bersetuju dengan persembahan tersebut jika mereka dimaklumkan format persembahan itu lebih awal.

Kita perlu sedari hakikat bahawa perhimpunan yang berhasrat menghimpun sejuta rakyat ini dianjurkan oleh ketiga-tiga parti sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat. Dengan itu, kelihatan apa yang terjadi dalam perhimpunan itu bukannya satu bentuk permuafakatan, tetapi satu perancangan yang dilakukan oleh satu pihak yang dominan dalam pakatan tersebut.

Kini PAS tidak mahu dibabitkan sama dengan perhimpunan itu. Melihat kepada kenyataan Presidennya dalam laman rasmi mereka, kelihatan bahawa kaedah perhimpunan itu tidak mendapat persetujuan. Mengapakah mereka tidak menyatakannya lebih awal?

Malah, Pemuda PAS Kedah dan Pahang membuat kenyataan yang lebih keras apabila menyatakan bahawa ‘ kehadiran ahli Pemuda PAS beramai-ramai ke perhimpunan itu adalah untuk ditipu oleh penganjur Protes dan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga minyak dan barangan telah dipermainkan.’

Pemuda PAS Pahang seterusnya mendesak Jawatankuasa Protes meletakkan jawatan dan bertanggung jawab di atas aksi 'tunjuk punggung' di Pentas Kelana Jaya.

Persoalan yang muncul dari adegan ‘londeh seluar’ ini nampaknya lebih besar iaitu ‘adakah PAS di dalam Pakatan Rakyat sekadar melukut di tepian? Sekiranya pandangan PAS tidak diambil kira disebabkan pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai agenda yang lebih nasional, maka nampaknya PAS perlu membuat penilaian semula.

Pilihannya mungkin samada meningkatkan peranan dan kedudukan mereka dalam kerjasama Pakatan Rakyat, mahupun keluar menjadi entiti yang tersendiri sebagaimana kedudukan mereka selepas pilihan raya 1999.

Pilihan lain ialah mencari gabungan lain yang lebih sesuai dan lebih dekat dengan objektif perjuangan PAS. Mungkinkah penggabungan dengan UMNO, kerana ternyata perjuangan DAP dan PKR terlalu jauh untuk digapai oleh PAS.

Ambil sahaja adegan londeh seluar sebagai contoh. Menjemput kumpulan underground di bawah urus setia Hishamuddin Rais untuk membuat persembahan sudah semestinya tidak di bawah kawalan PAS yang menginginkan seumpama persembahan kumpulan nasyid Raihan atau Ustaz Akil Hayy yang lebih menggambarkan cita rasa parti itu.

Sekali pun Hishamuddin Rais hampir menangis dengan kejadian tersebut, kejadianakikat ini bukanlah berlaku secara kebetulan. Malah, ketua kumpulan Carburator Dung menyatakan bahawa telah lima tahun mereka membuat persembahan londeh seluar dalam pertunjukan under ground mereka.

Hakikat yang tersirat ialah PKR mahukan sebuah persembahan yang mencerminkan unsur ‘kebebasan anak muda’ yang menjadi simbol bahawa PKR meraikan anak-anak muda, sedangkan PAS tetap dianggap parti konservatif yang ingin mengekalkan nilai-nilai murni dan kebebasan yang dibatasi nilai-nilai Islam.

Kritikan yang lebih berhemah dan bersimpati kepada dilema PAS dibuat oleh Abdul Rahman Koya dalam sebuah laman web. Komentar beliau bertajuk ‘Lessons for PAS in Democratic Politics’ sempena 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di lima negeri menyebut bahawa ‘PAS may be the biggest loser in terms of sacrificing its commitment and identity so as not to offend the sensitivities of its fellow coalition members’.

Menurutnya lagi, sekalipun PAS dianggap ‘king maker’ namun disebabkan kegagalannya dalam mengawal permainan dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Pas terpaksa melupakan objektif utama kewujudannya.

Kini, pilihan terletak di tangan PAS, sebuah parti yang dianggap paling teguh dan berpotensi berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat. Apakah mereka akan meneruskan corak permainan sekarang yang menjadi under dog dalam kerjasama longgar itu atau cuba menguasai padang dengan menjadi penentu kepada aliran masa depan Pakatan, sesuai dengan kekuatan sokongan yang ada padanya.

Oleh: Umar Zain
(mykppm.blogspot.com)

Mutakhir said...

Isu Anwar: 3 bekas pemimpin badan antarabangsa pertikai Malaysia?
26-07-2008 10:36:34 AM

KAMI yang pernah berpeluang berkhidmat bersama dan di bawah kepimpinan beliau di institusi antarabangsa, mendengar dengan penuh kebimbangan berhubung pertuduhan yang dihadapkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertuduhan yang sama dan tidak berasas yang dihadapkan ke atas beliau 10 tahun dulu telah pun ditolak oleh mahkamah tertinggi negara Malaysia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi keyakinan kami terhadap integriti moral beliau, dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dan masyarakat antarabangsa, beliau mengamalkan piawaan tertinggi dalam kepimpinan, sentiasa menekankan keadilan, keamanan dan pembangunan sejagat.

Kami juga ingin menyatakan keyakinan kami bahawa apa pun keadaan politik semasa, Kerajaan Malaysia tidak akan bertindak untuk mencampuri urusan kes ini, malah akan menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu contoh bahawa kerajaan ini menghormati hak individu. Ini amat penting buat Malaysia di mata antarabangsa.

Ditandatangani oleh:

— Paul Martin, Mantan Perdana Menteri Kanada and bekas Pengurusi G20

— Michel Camdessus, Bekas Pengarah Urusan dan Pengurusi Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa.

— James Wolfensohn, Mantan Presiden Bank Dunia.

* Kenyataan bertarikh 14 Julai 2008 yang diperturunkan dari laman web Anwar.

Anonymous said...

Hairan juga kita dengan saudara-saudara yang bercakap macam sudah mahir tentang dunia politik antarabangsa. Kita semua tahu negara barat dan yahudi yang anti-ISLAM wujud dalam berbagai bentuk, yang ada macam pro-ISLAM, yang ada anti-ISLAM dan berbagainya. Pernahkah, saudara terfikir bahawa mereka ini yang anti-ISLAM ini sudah lama memantau DSAI sebab DSAI mempunyai potensi menujukkan pada dunia bahawa ISLAM itu agama suci, adil, menentang kekerasan dan amanah. Jadi, mereka pun rancang "reverse psychology" ini buat macam mereka seolah-olah sangat rapat dan menguasai DSAI. Pada DSAI, mereka ini semua cuma kenalan antara bangsa dan mungkin antara mereka menghormati DSAI sebab mereka tahu walaupun DSAI adalah tidak akan menjadi tali barut mereka.Adakah tidak mungkin musuh menghormati, DSAI dan menjadi kawan walaupun tidak sehaluan dalam ideologi?. Jawapannya ialah Ya, kenapa tidak. Itulah yang dikata bakat pemimpim yang sebenar hingga dihormati musuh.Kerajaan sekarang kata menentang barat akan tetapi kapal perang barat masih mendarat diperlabuhan kita. Apa ini?., inilah yang dikatakan politik antarabangsa.Bila pemimpim PAS berdialog dan berbincang dengan pemimpim barat yang anti-ISLAM di luar negara, adakah pemimpim ini juga tali barut orang anti-ISLAM?.

Kita jangan sekali melihat sesuatu
dengan pandangan yang cetek. Dalam dunia politik antarabangsa, yang dilihat tak semestinya betul. Yang penting adakah kita yang buat komem ini adil dan berkecuali.Jangan buat komem yang tak adil dan berunsur fitnah. KALAU semua buat komem macam ini, Pemimpim PAS macam HADI, NASA dan Mustapha boleh dikira SETAN juga sebab berbincang dengan SETAN(UMNO).Ahli PAS di Terengganu dibalasah macam binatang akan tetapi pemimpim meraka masih boleh duduk semeja dengan UMNO untuk berbincang.

Anonymous said...

Dalam isu 1 Malaysia, APPCO adalah sebuah sykt yahudi. Kerajaan telah bergabung dgn Yahudi. Jadi kerajaan BN pun agen Yahudi jgk lahh. Yang paling bodoh nye kerajaan hari ni telah melenyapkan bangsa pribumi itu sendiri dan mewujudkan bangsa baru iaitu 1Malaysia. Bodo betoi si najib nih.....podahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails