Monday, April 21, 2008

Tercetus Politik 13 Mei, Jika Anwar Jadi PM?



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


“SEKALI lagi akan berlaku politik selepas 13 Mei 1969, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia… Selepas tsunami ‘perkauman 13 Mei’, PM pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa letak jawatan, diganti oleh PM ke 2, Tun Razak. Maka berlaku, Parti Perikatan ditukarkan kepada BN (Barisan Nasional), di mana Parti Gerakan yang tawan Pulau Pinang dari Perikatan waktu itu, PAS yang berkerajaan sendiri sejak lepas merdeka, PPP yang menguasai Majlis Perbandaran Ipoh dan beberapa parti lain ditarik bergabung dalam BN.”

Kata seorang dari kami, selepas majlis pertemuan ahli-ahli Group Universiti Ulu Kelang baru-baru ini. “Dikatakan pada masa itu ada orang telefon Dato’ Harun MB Selangor suruh turun dari tahta, kerana negerinya sudah tidak selamat lagi, sehingga lahirlah Wilayah Persekutuan, idea Tun Razak selepas darurat ditarik balik oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan waktu itu.”

“Jadi apa kena mengena dengan politik sekarang atau selepas PRU 12 ini hingga boleh berlaku 13 Mei sekali lagi menurut kamu?” Saya tanya.

“Jika berlaku lompat parti 30 kerusi BN kepada Pakatan Rakyat (PR), maka PM sekarang akan tersungkur dan gantinya tentu Anwar atau Wan Azizah sebagai PM ke 6. Waktu itu BN akan jadi pembangkang macam PR sekarang. Pakatan Rakyat akan jadi BN sekarang, di mana PKR berfungsi macam UMNO (tulang belakang BN), DAP akan berfungsi macam Parti Gerakan yang dulunya juga tawan Pulau Pinang mewakili kaun Cina, dan parti-parti lain (yang mungkin akan sertai PR) akan jadi macam MCA, MIC dan lain-lain rakan BN sekarang. Itulah 13 Mei yang akan menumbangkan PM kini macam dulu juga. Itulah tsunami politik BN sebenarnya, kerana PRU 12 yang lalu baru tsunami kecil, sebagai tanda-tanda kedatangan tsunami sebenarnya. ” Sambung beliau yang juga seorang tokoh politik veteran.

“Oo. Mengapa kamu tak sebut PAS? PAS duduk dimana?” Yang lain bertanya.

“PAS akan jadi macam PAS juga…” Saya pula jawab.

“Betul tu! Saya setuju.” Sambung beliau lagi, tidak beri peluang orang lain mencelah. “PAS selepas 13 Mei berkongsi kuasa memerintah dengan Perikatan (bersimbol kapal layar) di bawah lambang dacing BN. Tetapi selepas satu PRU sesudah gabungan, PAS ditendang keluar (walaupun ada yang sebut ‘tarik diri’) dari BN… Saya berpendapat, hal ini berlaku ‘sesungguhnya’ adalah kerana dasar Islam tidak akan dapat digabungkan dengan dasar asobiah kebangsaan.

Perjuangan kebangsaan yang diperjuangkan oleh PAS peringkat awalan bukanlah dasar, tetapi sebagai alat pendekatan. Seperti juga UMNO, dasar perjuangannya ialah kebangsaan tetapi menggunakan Islam sebagai alat pendekatan. Bezanya macam langit dengan bumi. Semua orang tahu hal ini.. Itu sebabnya ‘kongsi kuasa’ PAS-UMNO tidak akan kekal lama. Apalagi dengan parti bukan Islam yang lain!!”

“Cakap-cakap kamu ni, macam tak setuju dengan Pakatan Rakyat?”

“Saya setuju. Tetapi PAS tetap PAS. Tetap dengan Islam. Tetap dengan negara Islam dan hukum Islam, walaupun memilih pendekatan tidak perkatakan tentang itu sekarang. Perkenal hal itu pada bukan Islam, sehingga mereka faham dan tidak takut pada Islam. Tidak takut akan ditendang atau diterajang dari macam yang pernah berlaku sebelum itu. Yang penting PAS jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang!”

“Allahu Akbar. Allahu akbar!!” Tiba-tiba sudah ramai di keliling kami yang menyambut dengan takbir. Ya kerana seruan PAS ialah ‘Allahu akbar’.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 21-04-08. KL.

9 comments:

Hasbullah Pit said...

13 mei pasti terjadi walaupun BN memerintah.

Negara tidak mempunyai teknologi untuk melompat daripada 12 mei ke 14 mei.

Redhuan D. Oon said...

Ada...ada .. dalam lif... ada orang letak tingkat 12A.. tapi turun tingkat 13 jua.

Kepada saya, PR ini mampu menang dan memerintah jika keadaan BN makin parah.

Dan tentunya tidak akan stabil keadaan kerana keadaan agak 50:50 dengan katak melompat kiri kanan. Hendaklah PM baru nanti tak kira Anwar ke melakukan tindakan drastik untuk mengawal balik keadaan.

Untuk mengelakkan keadaan tidak diingini dimana rakyat tidak berdosa menjadi mangsa, hendaklah PM baru itu menangkap pembangkan tak kira mereka BN ke, supaya tidak berlaku sabotaj dan subversif semasa PR di atas.

Maksud saya tak kira BN atau PR, yang kalah harus jadi pembangkang terhormat dan tidak melakukan provokasi diluar parlimen - arena yang sah dari segi undang-undang untuk melakukan bangkangan.

Anonymous said...

Macam kenalaje.

Kamu dulu PAS ke? Sekarang macam mana? Hebat juga ulasan politik kamu.Skrg buat apa, tak politik lagi. Tak dengar crta pun?

Redhuan D. Oon said...
This comment has been removed by the author.
Redhuan D. Oon said...
This comment has been removed by the author.
Redhuan D. Oon said...
This comment has been removed by the author.
Redhuan D. Oon said...

Najib Fahmi bercakap dengan saya, Redhuan Daniel Oon yang dulunya PAS sekarang tak lePAS? Jika ya, rasanya nama NF tu pun pernah i dengar.

Nak tahu setakat yang boleh pergilah belik-belik perlahan sambil minum kopi kunyah pisang goreng di serambi rumah nanti kat websitus saya yakni www.red1.org

red1.org

Anonymous said...

balgis factory oday approaches zeroboundary pharmacy filling sales pity appealed lfky
lolikneri havaqatsu

Anonymous said...

я тоже так думаю иначе и не возможно! [url=http://failikitut.ru/sitemap.xml ] скачать книги mp3 [/url] скачать обои 640 480
[url=http://failikitam.ru/sitemap.xml ] скачать фотошоп 64 [/url]
http://failikitut.ru/sitemap.xml

скачать фильм поезд

http://failikitam.ru/sitemap.xml

скачать цветное лого для cs 1.6 буква b

http://failupload.ru/sitemap.xml

наруто манга игры онлайн

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails