Saturday, April 26, 2008

Mana Cadangan Projek Kaum Lain Imbangi Projek Cina Selangor? Group Univ UK



BY ASYOK KUMAR


UKAY PERDANA 26 April – Kerajaan Selangor ditanya, sila tunjukkan cadangan projek untuk kaum lain iaitu bagi kaum Melayu dan India, yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat atau jangka panjang. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden Group Universiti Ulu Klang, Dr Mohd Hasyim semasa di temuramah di pejabatnya di sini semalam.

Dikatakan belum lagi reda masalah babi di Sepang, timbul pula cerita tentang satu lagi usul dari ‘Timbalan MB Selangor’ Theresa Kok, yang mencadangkan supaya mewujudkan suatu konsep Perkampungan China bertujuan untuk menarik lebih minat pelabur-pelabur dari China. Perkampungan China tersebut akan mempunyai kemudahan dan prasarana asas seperti kolej atau Universiti yang bergaris-panduankan dari negara China sendiri.” Kata beliau.

Perkampungan tersebut dikatakan juga tidak terkecuali adanya sekolah antarabangsa dan kawasan-kawasan perumahan. Antara tempat yang bakal disebut menjadi pusat perkampungan itu ialah Pulau Indah. Menurut beliau lagi, walaupun cadangan ini masih lagi diperingkat perbincangan awal tetapi ia perlu diberi perhatian serius, kerana ianya dikatakan lebih mirip kepada gaya tindak-tanduk parti DAP di Singapura yang mungkin boleh menimbulkan tidak puas hati di kalangan kaum di Malaysia.

Oleh itu pihak pimpinan Selangor perlu segera rancangkan projek yang sesuai untuk bangsa-bangsa lain selain Cina, sekurang-kurangnya bagi dapat mengimbangi projek babi di Sepang itu. “Saya yakin di kalangan Parti Keadilan dan PAS pun ramai pakar-pakar ekonomi yang mampu merancang dan menarik pelabur luar negara… Insya Allah.” Menurut beliau lagi.

2 comments:

GG Edar said...

http://ggedar.blogspot.com/

m1ngle3 said...

Satu cadangan yang boleh dikatakan baik. Dalam hal ini Kerajaan PR Selangor harus mengimbangi pembahagian hak dalam semua aspek kepada semua kaum. Didalam pembahagian kuasa yang telah dilakukan oleh PR kepada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, maka PR Negeri selangor jangan lupa kepada kaum Melayu juga. Pengimbangan ini penting bagi menjaga hak sesautu kaum. Apa yang diperhatikan ada kaum tertentu sahaja mementingkan kaum nya sahaja. Ingat, hak-hak kaum Melayu juga jangan dilupai begitu sahaja....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails