Sunday, April 20, 2008

Syabas Nora tv9, Penonton Terkilan?


Oleh Prosencons Procon

SATU pujian yang ikhlas harus di beri kepada penerbit rancangan Keluarga Di 9 yang dikendalikan oleh Pn Nora, yang tersiar pada hari Khamis 17 April, 2008 lepas. Memang amat tersentuh sekali akan paparan sepasang suami isteri sebagai tamu undangan untuk sesi tersebut. Personaliti yang dimaksudkan ialah seorang penulis lirik yang tidak asing lagi iaitu Seri Bayu bersama isteri beliau yang bernama Erema, seorang artis/penyanyi.

Apa yang tersentak dan tersentuh dihati para penonton (ini dapat dibayangkan dari respon dari para pemanggil (telefon)) yang begitu teruja, tersentuh, terharu, terpegun dan berbagai macam perasaan emosi dan simpati. Yang bersimpati adalah terhadap tamu lelaki iaitu Seri Bayu yang sedang mengalami suatu penyakit saraf dengan keadaannya diatas 'wheelchair' dengan tidak dapat bercakap seperti manusia biasa dan reaksinya agak tidak seperti manusia yang sehat dan ceria disegi fizikal juga mental.

Padahal beliau bukanlah seorang yang menghidapi sakit mental. Kita yang melihatnya amat tersentuh dan terasa sedih dan amat bersimpati sekali, walau pun bagi saya inilah kali pertama mengenali beliau (at sight). Begitu juga dengan isterinya, Pn Erema. Suatu perasaan yang berbagai-bagai menimpa saya dan juga sesiapa saja yang menonton siaran kali ini, amat teruja dan terpesona dengan sikap Pn Erema sebagai seorang isteri yang begitu taat dan setia pada suami yang sedang uzur sejak sekian lama (kalau tidak silap mungkin beberapa tahun sudah - tiga atau empat tahun sudah).

Apa yang saya begitu teruja adalah kerana si isteri yang muda cantik jelita seperti Pn Erema ini sanggup melayani seorang suami yang agak lebih berusia disegi umur dan tidak punya rupa paras yang sehandsome sesetengah orang dan tidak pula menarik seperti sesetengah Datuk yang handsome berpangkat lagi tinggi kedudukan tambah pula kaya raya, mewah bergaya dalam serba serbinya. Pendek kata bak cerita dulukala bagaikan 'putera turun dari kayangan' menjelma kedalam hidup sesiapa yang terpilih menjadi pasangan hidupnya.

Alangkah bertuahnya si yang empunya badan yang terpilih menjadi isterinya macam cerita dongeng orang putih 'Cinderella' pula jadinya pada masyarakat Melayu kita. Namun sebagai seorang isteri yang bergelar artis yang lawa, cantek dan menarik masih setia bersama suami yang uzur, sanggup mengendalikan segenap keperluan kehidupan bagi suami yang memerlukan untuk terus hidup.

Sungguh mengagumkan dan tersentuh hati sekali. Syabas saya ucapkan kepada Pn Erema yang begitu tabah menghadapi dugaan. Memang susah hendak cari manusia yang macam Pn Erema (apalagi seorang artis yang mengejar 'glamor' lagi) begitu bertanggung-jawab sebagai seorang isteri yang tidak lari dan abaikan tanggungjawab dan maseh tetap taat dan setia kepada suami yang tercinta.

Inilah yang dikatakan 'cinta sejati'. Bukan seperti 'cinta yang ada makna' tuuuuuu ...... tau tau aje laaaa ..... Bukan seperti sesetengah cinta yang sentiasa menjadi rahsia, apa lagi jika ianya seorang artis popular pula. Tapinya, apa yang dapat dilihat dengan nyata sudah jelas yang cinta seperti itu hanyalah cintakan pada paras rupa, pangkat darjat, harta dan kekayaan semata. Entah jika si artis sebagai isteri jika ditakdirkan seperti Pn Erema, adakah ia akan mampu bertahan dan sanggup berada disisi suami yang uzur yang senantiasa memerlukan belaian dan kasih sayang seorang isteri seperti Pn Erema. Susah juga untuk mengandaikannya.

Justeru, cinta yang hanya bersandarkan kepada 'rupa paras, pangkat darjat, harta dan kekayaan' - apabila hilang segala 'rupa paras, pangkat darjat, harta dan kekayaan', maka cinta itu pun juga akan turut hilang begitu sahaja. Ini kerana disebabkan faktor-faktor itu maka timbulnya cinta .... cinta yang hanya sementara bukan cinta kekal yang sejati dan abadi. Namun apa yang terkilan dilubuk hati saya adalah tentang peranan media kita.

Kalau lah tidak kerana TV9 yang memaparkan episode yang menyayat hati ini, tidak mungkin kita semua dapat mengetahui akan penderitaan, perit getir yang dialami oleh pasangan suami isteri ini. Bukanlah penderitaan orang lain yang kita penonton suka atau gemar menontonnya, akan tetapi, artis contoh seperti Pn Erema yang patut di pertonjolkan untuk perhatian umum. Bukannya unsur-unsur gossip yang negatif yang selalunya di hebah-hebah dan di heboh-hebohkan oleh pihak media.

Jika apa yang boleh dijadikan contoh terbaik tidak pula di usahakan oleh pehak media (sama ada tv atau media cetak) untuk memberi paparan untuk semua pehak dan golongan artis juga boleh mengambil iktibar dan mempelajari akan contoh-contoh yang baik dipertontonkan. Pada kebiasaannya, media massa atau media hiburan hanya akan memaparkan apabila seseorang personaliti (artis atau tokoh terkenal) hanya selepas mereka dalam keadaan nazak ataupun sudah sampai ajal mereka.

Dan yang lain-lain pada kebiasaannya ialah lebih kepada 'gossip' untuk melariskan seseorang artis atau personaliti yang popular sahaja, dan juga untuk melariskan jualan akhbar atau majalah hiburan atau juga rating untuk jumlah bilangan ramai yang menonton siaran hiburan tv sesuatu stesen itu. Memang segalanya semata-mata untuk hiburan jua. Walaupun semua itu berupa unsur-unsur negatif dengan apa yang dipertonjolkan. Sepatutnya perkara-perkara yang berunsur negatif seperti ini tidak harus diketengahkan dan diberi galakan oleh pehak media.

Kita sebagai penonton berasa amat terkilan sekali terhadap media-media yang tidak begitu prihatin dalam memberi paparan yang berunsur positif seperti apa yang dipaparkan oleh Keluarga Di 9 ini kepada khalayak umum. Cuba bayangkan setiap respon dari para penonton yang menelefon semuanya rasa amat terharu bercampur sedih sebak dan penuh rasa simpati terhadap pasangan suami-isteri Seri Bayu dan Erema.

Namun kebanyakan mereka lebih memberi kata perangsang dan pujian keatas ketabahan si isteri iaitu Erema sendiri. Syabas kepada Erema sekali lagi. Dan untuk Seri Bayu diharap hadapi dengan penuh keredaan dan kuatkan semangat untuk terus hidup. Oleh itu, gambaran positif untuk golongan artis harus diberi keutamaan untuk dijadikan sebagai satu contoh teladan yang baik dan berguna untuk semua golongan (baik yang artis mau pun yang bukan dari kalangan artis).

Ini tidak, acapkalinya media-media hiburan hanya gemar dan ghairah memberi gambaran negatif sahaja terhadap para artis dengan alasan untuk mempertingkatkan populariti artis berkenaan disamping melariskan jualan majalah-majalah atau akhbar-akhbar mereka. Kesan sampingan (yang lebih membawa keburukan) akan terpalit kepada pihak artis itu sendiri akhirnya.

Syabas kepada Keluarga Di 9!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails