MIRI:Hujan lebat yang berterusan di pedalaman Sarawak menyebabkan beberapa kawasan di Baram dan Subis dinaiki air.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) paras air semakin menaik di pedalaman Baram, di mana penduduk diarah bersiap sedia.
Di kawasan rendah berhampiran Sungai Tinjar juga dinaiki air. Malah ada rumah panjang terputus hubungan disebabkan jalan kampung ditenggelami air semalam.
Antaranya Rumah Dennis Madang Long Loyang, Rumah Francis Ubi Long Jegan A, Rumah John Mato Long Tuyut dan Rumah Duri Endu Nanga Lait di tebing Sungai Tinjar.
Manakala kawasan Rumah Panjang Bulin Nyalu Sungai Saeh hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.
Turut dinaiki air Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok dan SK Long Teru, Tinjar.
Tinjauan UKAS hari ini di kawasan di Pekan Long Lama didapati air semakin naik sehingga ke paras lutut, menyebabkan sebahagian lalu ke jalan besar terputus perhubungan.
Sehubungan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan memantau keadaan dan mengingatkan penduduk bersiap sedia disebabkan trend air semakin naik. – EDISI UKAS
Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)
Jeanette Zacarias Zapata (tengah) tewas kepada Marie Pier Houle dalam acara Tinju Antarabangsa GYM Gala di Montreal Sabtu lalu. - Foto AGENSI
MONTREAL, Kanada: Jeanette Zacarias Zapata, peninju 18 tahun dari Mexico, meninggal dunia lima hari selepas cedera dalam pertarungan, kata promoter perlawanan Yvon Michel.
"Kami dimaklumkan oleh wakil keluarganya, yang Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia pada jam 3.45 petang tadi," kata Groupe Yvon Michel dalam satu kenyataan semalam.
Zapata mengambil bahagian dalam acara Tinju Antarabangsa GYM Gala di Montreal Sabtu lalu, tewas kepada pada pusingan keempat kategori welterweight.
Tumbukan kiri dan kanan dari Houle membuatkan Zapata tidak sedarkan diri di pusingan keempat dan dia dikejarkan ke hospital.
"Tinju mempunyai banyak risiko dan bahaya. Ini adalah tugas kami, minat kami.
"Mencederakan pihak lawan dengan serius bukan sebahagian daripada perancangan saya," kata Houle. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat?
HUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURAT( )
Soalan:
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat seperti bola sepak, badminton dan hoki, di mana pemain-pemainnya tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi tidaklah terlalu mendedahkan seperti acara gimnastik dan renang?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Maksudnya: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah Al-Isra’: 36)
Segala apa yang kita dengar, lihat dan fikirkan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak, samada sekecil-kecil perkara kepada yang sebesar-besar urusan. Allah SWT juga mengarahkan kaum Muslimin dan Muslimat agar memelihara pandangan mereka dan tidak mendedahkan aurat aurat:
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
(Surah an-Nur: 30-31)
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda kepada Saidina Ali r.a:
Maksudnya: Wahai Ali! Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua.
Maksudnya: Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain.
Riwayat Muslim (338)
Menurut Imam Nawawi pula, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 4/30)
Jarir ibn Abdillah r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang memandang wanita secara tidak sengaja, Baginda SAW menjawab:
اصْرِفْ بَصَرَكَ
Maksudnya: Palingkan penglihatanmu.
Sunan Abi Daud (2148)
Keharusan Menonton Acara Permainan / Sukan
Hukum asal menonton acara sukan dan permainan secara umumnya ialah harus. Hukum keharusan ini tsabit melalui hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah R.Anha:
جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ
Maksudnya: Beberapa orang Habsyah telah datang ke masjid (Nabawi) pada hari raya ‘Eid dan bermain acara lawan pedang, dan Rasulullah SAW telah memanggilku untuk menontonnya. Aku telah meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW dan menyaksikannya, hinggalah aku bosan dan berpaling darinya.
Sahih Muslim (892)
Begitu juga dengan hadith berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Hanzalah yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah SWT dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi SAW. Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.
Sahih Muslim (2750)
Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 17/66)
Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkata:
رَوِّحُوا الْقُلُوبَ سَاعَةً وَسَاعَةً
Maksudnya: Rehatkan hati-hati kalian, ada masa untuk urusan dunia, ada masa untuk urusan akhirat.
(Lihat Ibn ‘Abdil Barr, Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi, 1/434 dan Al-Maqasid al-Hasanah fima Isytahara ‘alal Alsinah, hal. 372)
Hukum Menonton Sukan Yang Mendedahkan Aurat?
Setakat ini, kita telah menetapkan tiga premis awal, iaitu:
Hukum menutup aurat ialah wajib secara nas dan ijmak
Melihat kepada aurat secara sengaja tanpa keperluan ialah haram
Hukum asal menonton sukan dan permainan ialah harus.
Maka timbul persoalan: apakah hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat seperti bola sepak, badminton dan hoki, di mana pemain-pemainnya tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi tidaklah terlalu mendedahkan seperti acara gimnastik dan renang? Apakah ada kelonggaran padanya, selagi mana tujuan menontonnya ialah semata-mata untuk hiburan ringan dan bukan untuk tujuan syahwat?
Kami bawakan fatwa-fatwa dan pandangan para ulama’ berkenaan isu ini:
Fatwa-Fatwa dan Pandangan Ulama Berkenaan Menonton Bola Sepak dan Acara Sukan
Fatwa Lajnah ad-Da’imah menfatwakan keharusan menonton acara sukan selagi mana ia tidak melibatkan sebarang unsur yang haram seperti mengabaikan solat, mendedahkan aurat, percampuran lelaki dan perempuan atau perjudian. (Lihat Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 15/238)
Syeikh Ziyab bin Sa’ad Aali Hamdan al-Ghamidi: Hukum sukan bola sepak ialah haram tanpa syak, bahkan keharamannya lebih berat berbanding arak dan judi. (Rujuk Haqiqat Kurratil Qadam, Cetakan Pertama, 2008, hal. 441)
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia memberikan rukhsah kepada atlet yang terpaksa menepati piawai pemakaian yang tidak menutup aurat secara sempurna. Rukhsah ini juga terpakai kepada penonton acara sukan tersebut, sekalipun kaum Muslimin mestilah berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan tuntutan agama supaya menutup aurat. (Lihat https://www.al-qaradawi.net/node/3867 )
Syeikh Faysal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah menyatakan bahawa tiada nas syarak yang mengharamkannya. Dakwaan bahawa menonton acara sukan ialah haram secara mutlak dengan alasan ia merupakan satu pembaziran masa tertolak kerana Baginda SAW sendiri menggalakkan kita menghiburkan diri dengan perkara-perkara yang diharuskan.
Menonton sukan menjadi haram sekiranya ia melibatkan perkara haram seperti melihat pemain-pemain yang berpakaian tidak sopan, menghabiskan terlalu banyak masa dan mengabaikan kewajipan agama. (Lihat https://archive.islamonline.net/?p=1414 )
Dr. Jamaluddin ‘Athiyyah, ahli Akademi Fiqh Islamiy di bawah Organization of the Islamic Conference (OIC) yang menyatakan tiada halangan menonton acara sukan, dengan syarat tidak terlalu banyak masa dihabiskan untuk tujuan tersebut. Hasil pendapatan atlet sukan juga harus selagimana mereka menerimanya sebagai balasan atas usaha dan tenaga mereka. (Lihat (Lihat https://archive.islamonline.net/?p=1414 )
Syeikh Muhammad bin al-Hasan ad-Diddu, anggota Kesatuan Ulama’ Sedunia menyatakan bahawa menonton acara sukan dan permainan ialah harus selagimana ia tidak melibatkan perkara haram.
Adapun dalam isu pemain yang mendedahkan lutut atau peha, beliau menyatakan bahawa aurat terbahagi kepada dua, iaitu aurat mughallazah (berat) yang wajib ditutup dan aurat mukhaffafah (ringan) yang tidak wajib ditutup.
Dr. Majdi ‘Asyour, penasihat kepada Mufti Besar Mesir menegaskan bahawa menonton bola sepak ialah halal dari sudut syarak, selagi ia tidak menyebabkan pengabaian kewajipan agama dan tanggungjawab kerja. Adapun dosa itu ialah pada meninggalkan kewajipan agama dan kerja, bukan pada menonton bola sepak itu sendiri. Tambahan pula, kaum Muslimin di seluruh dunia menonton sukan terutamanya bola sepak, apakah kita ingin mengharamkannya, sedangkan tiada dalil jelas yang menyatakan ia haram? (Lihat https://www.elwatannews.com/news/details/2473962 )
Dr. Ahmad ‘Umar Hasyim, Rektor Universiti al-Azhar juga menyatakan bahawa menonton bola sepak adalah harus dengan syarat ia tidak memberi kesan kepada ibadat dan tanggungjawab pekerjaan. (Lihat https://fatwa.islamonline.net/5861 )
Perbahasan Fatwa dan Dalil Pentarjihan
Daripada fatwa-fatwa yang kami kemukakan, kita dapati para ulama’ amnya terbahagi kepada tiga pendapat, iaitu yang mengharamkannya secara mutlak, mengharamkannya jika ada unsur maksiat dan yang mengharuskan dengan sedikit kelonggaran.
Berdasarkan fatwa-fatwa yang diberikan para ulama, kami mentarjihkan pandangan yang menyatakan keharusan menonton sukan yang tidak menutup aurat, dengan syarat pakaian yang dipakai pemain-pemain masih lagi dalam batasan tatasusila dan kesopanan yang dapat diterima. Ini merangkumi sukan seperti bola sepak, hoki, badminton, ping-pong, silat, sepak takraw dan bola baling.
Adapun sukan-sukan seperti gimnastik, terjun dan renang, maka hukumnya haram kerana pakaian yang dikenakan adalah terlalu menjolok mata, ketat dan mendedahkan sebahagian besar bahagian badan.
Alasan-alasan pentarjihan kami adalah seperti berikut:
Menurut satu kaedah fiqh, suatu hukum itu ditinjau dari sudut keumumannya:
الحُكْمُ عَلَى الغَالِبِ
Maksudnya: Hukum itu ditinjau dari sudut keumuman dan kelazimannya.
Secara umum dan kebiasaannya, acara sukan ditonton dengan tujuan hiburan dari sudut kerancakan permainan, kebijaksanaan strategi, dan menzahirkan semangat kenegaraan / kenegerian / sokongan kepada kelab. Amatlah janggal dan aneh jika ada yang menonton acara sukan seperti bola sepak, hoki dan badminton dengan tujuan untuk melihat kepada aurat pemain dan untuk memenuhi nafsu syahwat.
Memudahkan urusan manusia. Terdapat satu hadith dimana Nabi SAW memilih perkara yang ringan antara dua benda, selagi ianya tidak berdosa:
مَا خُيِّرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَأْثَمْ، فَإِذَا كَانَ الإِثْمُ كَانَ أَبْعَدَهُمَا مِنْهُ
Maksudnya: Tidak Baginda Nabi SAW apabila diberi pilihan antara dua perkara, melainkan Bgainda akan memilih yang lebih mudah dan ringan antara keduanya, selagimana ia bukan perkara dosa. Jika ia melibatkan dosa, Baginda lah yang paling jauh daripadanya.
Sahih al-Bukhari (8786)
Menonton sukan merupakan antara medium paling popular bagi masyarakat dalam berhibur menurut batas-batas yang dibenarkan syarak. Mengharamkannya secara total hanya akan memberi kesusahan ke atas mereka kerana kebanyakan sukan melibatkan pendedahan aurat.
Dalam kes ini, memilih pandangan yang mengharuskan menonton acara sukan yang mendedahkan aurat selagimana ia masih sopan dan bertatasusila merupakan manifestasi kepada prinsip memudahkan urusan manusia yang amat dituntut dalam Islam.
Memberi keluasan dalam perkara yang sempit sepertimana kaedah fiqh:
إِذا ضَاقَ الْأَمر اتَّسَع
Maksudnya: Sesuatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka ia diperluaskan.
Mengharamkan menonton acara sukan yang mendedahkan aurat secara mutlak akan memberikan kesan besar kepada para pemain, jurulatih, pengurus serta mereka yang terlibat menyiarkan acara sukan dalam kalangan pengamal media akan terkesan jika pengharaman secara mutlak dikenakan, kerana kehidupan dan pendapatan mereka bergantung kepada sukan. Apabila tiada penonton, sumber pendapatan mereka akan terjejas.
Maka dalam hal ini, fiqh yang lebih luas perlu digunakan dalam keadaan yang diperlukan, bagi mengelakkan kemudaratan terhadap satu industri yang ramai orang Islam terlibat di dalamnya.
Meraikan hajat setakat keperluan. Menurut kaedah fiqh:
الْحَاجة تنزل منزلَة الضَّرُورَة
Maksudnya: Sesuatu hajat atau keperluan itu diraikan setakat yang diperlukan.
Dalam hal ini, para pemain dan penonton boleh bertaqlid kepada mazhab yang menyatakan bahawa peha bukan aurat sama sekali seperti pendapat Imam Malik dan Ibn Jarir at-Thabari, atau mazhab yang menyatakan lutut dan peha termasuk di bawah aurat mukhaffafah yang tidak wajib ditutup, seperti Imam Bukhari dan Imam Ibnul Qayyim.
Namun demikian, para pemain adalah amat dituntut untuk seboleh-bolehnya berusaha agar menutup aurat secara sempurna menurut pandangan majoriti ulama’ yang berpandangan lutut dan peha merupakan aurat dan mesti ditutup.
Kesimpulan
Satu hal yang wajib kita perhalusi ialah Islam merupakan agama untuk semua tanpa mengira kaum, sempadan negara, latar belakang dan tahap pemikiran. Islam datang untuk memberi kemudahan dan mengangkat kesusahan daripada manusia, bukannya untuk memberi beban ke atas mereka. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Sesungguhnya agama ini mudah; dan sesiapa yang melampau-lampau dalam beragama tidak akan mampu meneruskannya. Bersederhanalah, berusaha ke arah kesempurnaan dan gembirakanlah...
Maksudnya: Permudahkan dan jangan menyusahkan; berilah khabar gembira dan jangan menjauhkan orang daripada Islam.
Sahih Bukhari (69)
Menjadi tanggungjawab ke atas setiap dari kita untuk melaksanakan dakwah yang inklusif dan merangkul segenap lapisan masyarakat. Dalam zaman globalisasi yang kita hadapi sekarang, sebarang anasir dan elemen luar mestilah ditangani secara berhikmah dan berhemah. Sikap mengharamkan setiap perkara tanpa memberikan bersikap anjal akan menjauhkan masyarakat daripada Islam.
Allahyarham Muhammad Ali (lagenda tinju dunia) dan Mohamad Salah (bintang bola sepak Mesir / Liverpool) merupakan antara nama besar yang menjadi ikon dunia sukan yang berjaya membawa nama Islam di dunia Barat. Mereka menunjukkan bahawa umat Islam juga mampu bersaing di peringkat tertinggi dalam apa jua bidang yang diceburi.
Kesimpulannya, meskipun kami mengharuskan menonton acara sukan yang tidak menutup aurat (namun masih sopan) seperti bola sepak dan badminton, namun sikap bersederhana wajib diamalkan. Segala perkara yang halal akan berubah menjadi haram apabila adanya elemen berlebihan dan melampau, hatta dalam ibadat sekalipun.
Selain itu, Nabi SAW juga ada berpesan supaya kita meninggalkan perkara yang tidak berfaedah padanya:
Maksudnya: “Di antara kebagusan keislaman seseorang adalah dengan dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat padanya.”
Riwayat Tirmizi (2317)
Antara contoh perkara yang tidak bermanfaat ialah menonton acara sukan secara berlebih-lebihan, sehingga mengabaikan tuntutan kerja, kewajipan menuntut ilmu, memperbanyakkan amalan ibadah dan melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat sekitar.
Pada kesempatan ini juga, kami mengambil kesempatan untuk menyeru sahabat-sahabat atlet kami yang beragama Islam supaya berusaha semampu mungkin untuk menutup aurat secara sempurna. Kewajipan menutup aurat tetap terpakai kepada setiap Muslim walau dalam apa jua keadaan dan di mana saja mereka berada.
1. IMF unjur ekonomi Malaysia 2022 berkembang 6.0 peratus
UNJURANrasmi pertumbuhan ekonomi negara bagi 2021 diumumkan kerajaan pada Mac lepas ialah di antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus.
Bagaimanapun, susulan risiko ancaman varian baharu Covid-19 yang lebih berbahaya, kerajaan melaksanakan semula langkah pembendungan penularan wabak yang lebih ketat bagi melindungi nyawa rakyat.
Selain itu bagi memastikan sistem kesihatan tidak lumpuh. Berikutan itu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Mei, diikuti oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa bermula Jun 2021.
Oleh itu, pelaksanaan langkah pembendungan tersebut dijangka menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi pada 2021 setelah mencatat pertumbuhan yang menggalakkan sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua 2021.
Justeru itu unjuran kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi keseluruhan tahun 2021 disemak semula kepada antara 3.0 peratus hingga 4.0 peratus seperti yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 13 Ogos lepas.
Anggaran pertumbuhan itu menurut Kenyataan Pra-Bajet (KPB) yang dikeluarkan Kementerian Kewangan semalam, jangkaan kadar pertumbuhan itu berikutan pembukaan semula semua sektor ekonomi dan sosial pada suku keempat.
Perkembangan tersebut dijangka akan mendorong sentimen positif dalam kalangan perniagaan dan pengguna.
Kadar vaksinasi
Pada masa ini, Malaysia antara negara yang mencatat kadar vaksinasi terpantas di dunia, iaitu secara puratanya melebihi 400,000 dos sehari melalui program vaksinasi kebangsaannya.
Pada akhir Ogos 2021, jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi melebihi 90 peratus bagi Lembah Klang dan lebih 60 peratus bagi seluruh negara.
Vaksinasi yang lengkap dapat mengurangkan beban sistem kesihatan iaitu kadar kemasukan ke hospital, terutamanya ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU), dijangka akan menurun ke tahap yang terkawal.
Faktor-faktor lain yang mendorong pemulihan ekonomi Malaysia ialah peningkatan permintaan luar khususnya daripada rakan dagangan utama, pemulihan harga komoditi, peralihan kepada digitalisasi serta pelaksanaan projek infrastruktur dengan kesan pengganda yang tinggi.
Secara keseluruhan bagi tahun 2021, semua sektor utama ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif kecuali sektor pembinaan dan pelancongan akibat pelaksanaan langkah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.
Dengan mengambil kira faktor-faktor yang menyokong pemulihan ekonomi bagi tahun 2021, setelah pembukaan semula sektor ekonomi dan aktiviti sosial, trend pemulihan ekonomi diunjur berterusan sehingga ke tahun 2022.
Pertumbuhan ekonomi
Malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 berkembang sebanyak 6.0 peratus, manakala Bank Dunia pula sebanyak 5.0 peratus, iaitu kembali kepada trend pertumbuhan KDNK tahunan dalam tempoh pra-pandemik.
Dari sudut penawaran, sektor pekhidmatan dan pembuatan dijangka terus memacu pertumbuhan ekonomi berikutan normalisasi aktiviti ekonomi sejajar dengan kejayaan program vaksinasi kebangsaan.
Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur dengan kesan pengganda yang tinggi akan menyokong sentimen pelaburan.
Peningkatan permintaan luar yang berterusan serta pemulihan harga komoditi dijangka turut memacu aktiviti pengeluaran dalam semua sektor ekonomi.
Aktiviti ekonomi yang dijangka lebih cergas akan memulihkan sentimen pengguna berikutan prospek pendapatan yang semakin baik.
Oleh itu, pasaran buruh dijangka kembali pulih pada 2022 walaupun pada tahap yang lebih sederhana berbanding pra-pandemik, seiring dengan pembukaan semula sektor ekonomi berikutan pencapaian imuniti kelompok.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi negara, iaitu antara lain kemunculan varian baharu Covid-19 yang memaksa kerajaan untuk melanjutkan langkah kawalan pergerakan serta menangguhkan pembukaan sektor ekonomi.
Kerajaan turut menyasarkan defisit fiskal sebanyak 5.4 peratus kepada KDNK bagi 2021 semasa Belanjawan 2021 berdasarkan andaian pemulihan ekonomi yang stabil dan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan pada separuh kedua 2020 dan berterusan sehingga 2021. – HARAKAHDAILY 2/9/2021
2. Erdoğan: 'Ekonomi Turki telah Menjadi Ekonomi Kedua Terpantas di Dunia'
Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa Turki adalah ekonomi kedua paling pantas berkembang di dunia dengan 21.7 peratus pada suku kedua tahun ini.
Presiden Erdoğan menekankan bahawa mereka meneruskan perjalanan dengan semakin kuat bersama drone dan drone bersenjata buatan tempatan,
''Sekarang, kami telah meningkatkan kedudukan dalam industri pertahanan kami dari 20 peratus menjadi 80 peratus. Kami menjadi salah satu daripada 3 negara teratas di dunia dalam bidang UAV. " Katanya.
Presiden Turki Erdoğan menyatakan bahawa mereka telah membuat organisasi pengganas pemisah PKK tidak dapat bergerak dengan operasi-operasi anti-keganasan yang dilakukan di dalam dan luar negara,
"Kami menemui pengganas di sarang mereka dan memusnahkan mereka. Kami telah menjadikan penyertaan dalam organisasi pengganas ke tahap paling rendah. Bersama saudara-saudara kami, kami telah mencapai banyak kejayaan di Karabakh dan Libya. Kami menunjukkan kepada seluruh dunia betapa hebatnya negara kami dengan merangkul orang yang tertindas." Katanya.
Presiden Erdoğan menyatakan bahawa angka pertumbuhan suku kedua yang diumumkan sekali lagi membuktikan dinamisme, daya pengeluaran dan daya tahan ekonomi Turki,
"Turki menjadi ekonomi kedua terpantas di dunia dengan 21.7 peratus pada suku kedua tahun ini." Ujarnya.
Erdoğan menambah bahawa mereka bertekad untuk menjadikan Turki sebagai pusat pelaburan, pengeluaran dan eksport.
3. K'tan prihatin.. Bangunan tertinggi dibina di Kubang Kerian
KOTA BHARU: Selepas berjaya membina bangunan tertinggi di Kelantan, Troika Residence, Kumpulan Malvest menerusi Kelmedic Sdn Bhd kini sedang giat membangun sebuah lagi kediaman 39 tingkat di Kubang Kerian.
Jurucakap Kumpulan Malvest, Pui Lee Yin berkata, kediaman servis lengkap dinamakan Arika terletak di Jalan Tok Kenali berhampiran dengan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Katanya, Arika mempunyai 39 tingkat bakal menjadi salah satu bangunan tertinggi di Kelantan apabila siap kelak.
“Lokasinya terletak di Kubang Kerian, menampilkan dua tingkat runcit komersil serta kemudahan gaya hidup seperti sukan, perpustakaan, gym dan trek joging,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 4,000 pek pelitup muka kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di pejabat News Strait Times Press (NSTP) di sini semalam.
Kumpulan Malvest melalui Kelmedic Sdn Bhd, syarikat usahasama dengan Yayasan Kelantan Darulnaim dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebelum ini membangunkan Troika Kota Bharu setinggi 37 tingkat di Jalan Mahmood.
Pui Lee Yin juga berkata di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya menyumbang RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada golongan terjejas dengan Covid-19.
Selain itu sebanyak 30,000 pelitup muka turut diserahkan kepada Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan al Muhammadi untuk diedar kepada pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 dan golongan B40 di Kelantan.
“Atas inisiatif Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan al-Muhammadi, 350 pek makanan turut disumbangkan untuk diedarkan kepada asnaf dan golongan B40 yang dikenal pasti di bawah Program Bakul Makanan.
“Sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan sumbangan tambahan sebanyak 30,000 pelitup diserah kepada badan-badan Kerajaan dan petugas barisan hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/9/2021
KUALA LUMPUR: Sudah menjadi rahsia umum bahawa Pakatan Harapan (PH) mendapatkan bantuan asing demi kelangsungan karier politik mereka.
Perkara ini pernah didedahkan Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining selepas kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, tiga tahun lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, Twining sendiri membuat pengakuan pernah menjalinkan kerjasama dengan pihak pembangkang sejak tahun 2002.
“Lebih mengejutkan, beliau mendedahkan bahawa mereka mendapat tajaan dana daripada National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Dalam sebuah forum antarabangsa, Presiden IRI sendiri mengaku kemenangan PH pada PRU-14 adalah hasil bantuan dan sokongan mereka.
“Beliau menyifatkan sebagai usaha mereka di Malaysia sebagai berbaloi dan berjaya dengan kemenangan PH tersebut.
“Beliau telah beberapa kali datang ke Malaysia untuk bertemu dengan pimpinan PH setelah kemenangan mereka dalam PRU-14,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.
Menurut Khairil, PAS yang pernah menjadi sebahagian daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) menyuarakan pandangan tegas berhubung perkara tersebut sehingga mengakibatkan perpecahan dalam parti.
“PAS sendiri yang pernah menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah mendapat maklumat-maklumat di peringkat dalaman bahawa sememangnya parti komponen lain ‘menjemput bantuan asing’ khususnya dalam beberapa usaha termasuk demonstrasi tertentu.
“Ini yang menyebabkan PAS mula berhati-hati dan bersuara tegas terhadap perkara ini sehingga berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat,” katanya yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).
Tambah Khairil, hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak berkenaan bukanlah sesuatu yang asing kerana pembangkang akan melakukan apa jua cara bagi memiliki semula Putrajaya.
“Sebab itu pada kami, tidak pelik bahkan boleh dikatakan semestinya usaha pembangkang kini untuk merampas semula kuasa mendapat perhatian dan bantuan asing, apatah lagi pengalaman lepas menunjukkan hasil dan keberjayaan,” katanya.
Baru-baru ini bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Dato’ Mohd Salleh Ismail dilapor mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia menerima bantuan dan sokongan moral dari luar negara.
Ia membabitkan individu dan pertubuhan terutamanya di Amerika Syarikat bagi membolehkan pemimpin politik terbabit meneruskan karier mereka.
Isu itu kemudian dihangatkan semula Penasihat SUARAM Dr Kua Kia Soong yang mendesak Pakatan Harapan (PH) menjelaskan hubungan mereka dengan National Endowment for Democracy (NED).
Seperti dilapor portal berita, Dr Kua mendakwa dana kepada blok pembangkang berlaku sejak sedekad lalu.
Menurut laporan itu hubungan antara PH dengan NED didedahkan Presiden International Republican Institute (IRI) AS, Daniel Twining, tiga tahun lalu. – HARAKAHDAILY 2/9/2021
Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)
MUAFAKAT Nasional (MN) Negeri Selangor melahirkan rasa kesal dan dukacita di atas tindakan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor yang telah meneruskan tindakan menyahwartakan tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 536.7 hektar atau bersamaan 1,326.33 ekar tanah walaupun telah berjanji untuk menangguh dan menyemak semula ia di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini sebagaimana dinyatakan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar.
Untuk rekod penyahwartaan tanah Hutan Paya Gambut ini telah diluluskan dalam mesyuarat MMKN 17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 dan dengan kelulusan itu nyahwarta ini direkodkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada tarikh 12 Ogos 2021 dan terus berkuatkuasa.
Tindakan mengenepikan protes serta bantahan awam dan suara Ahli-ahli Dewan Negeri kerajaan dan pembangkang yang lantang menolak tindakan ini cukup tidak bertanggungjawab dan mencerminkan betapa kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Amiruddin Shari selaku Menteri Besar tidak lagi memiliki integriti sebagaimana diikrarkan oleh Manifesto Pakatan Harapan dulu.
MN Negeri Selangor mendesak agar kerajaan negeri akur serta menghormati suara rakyat dan langkah membatalkan penyahwartaan ini perlu dilakukan serta-merta tanpa berdolak-dalik dan bermain politik.
Kerajaan Negeri Selangor perlulah sentiasa mengamalkan tadbir urus yang baik dan penuh berintegriti demi memberikan kualiti hidup yang baik dan bermakna buat rakyat selain memelihara dan mempertahankan negeri tercinta ini.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada hari ini Khamis 2 September 2021 bersamaan 24 Muharam 1443.
DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
TAN SRI NOH OMAR Pengerusi Badan Perhubung Umno Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 3/9/2021
Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)